31 January, 2011

Mr. & Mrs. MZ part 16

Bersambung dari entry part 15>>

Hari ni dah 31/01/2011 bersamaan dengan hari Isnin. Sudah sebulan kita berada di tahun 2011. Mr. Mz pergi bercuti dengan rakannya ke Genting Highland. Kesempatan cuti harus diambil sebelum hari busy dan assignment bergolek2 mendatang. Bagaimana pula dengan Mrs. Mz.. Where is she now.. She have to going to work because Mrs. Mz sedang mempraktikalkan diri. Sekarang ni musim hujan tidak henti2. Kalau berhenti pun sekejap tidak sampai beberapa minit hujan renyai2. So, Mr. Mz pergi bercuti di Genting Highland dengan rasa sejuk bagai di luar negara yang suhu negative darjah selsius. Walaupun Mr. Mz tidak sihat akibat demam dan sebagainya penyakit yg datang, dia tetap gagahkan diri untuk pergi bercuti dengan rakanya. Katanya, di paksa oleh rakannya itu. Mrs. Mz redha saje dengan keputusan Mr. Mz dan yang pasti hanya satu saja yang Mrs. Mz pinta iaitu jaga diri. Kemana saja Mr. Mz pergi atau buat sesuatu hanya satu saja Mrs. Mz pinta iaitu Jaga Diri. Hanya itu saja. Walalupun hanya dua patah perkataan tapi amat mendalam maknanya. Tak lain tak bukan mereka berhubung melalui pesanan sms sahaja hari2 demi mengisi tabung cinta mereka bagi memenuhi goal yang perlu digapai. Setiap hari tabung itu diisi dengan indahnya dan mereka berharap agar jodoh mereka sampai penghujung nyawa. "InsyaAllah.." doa mereka. Berkat usaha, doa mereka moga dimakbulkan tuhan. Banyak pendapat tentang kawin dahulu baru bercinta lebih bahagia atau bercinta dahulu baru kahwin lebih bahagia. Itu semua bergantung kepada setiap pasangan itu sendiri menjaga masjid telah dibina dengan gahnya dan tersergam indah. Sebagai hamba, hanya mampu untuk berusaha dan berdoa. Hanya tuhan yang menentukan takdir itu. Mr. Mz sudah selamat pulang ke rumahnya selepas menuruni cerunam lereng bukit yg telah memakan ramai manusia. Mr. & Mrs. Mz still lagi tidak berjumpa sudah sekian lama. Masing2 bagaikan tertanya2 bagaimanakah rupa paras masing2. "Adakah Mr. Mz sudah berambut panjang?" bisik hati Mrs. Mz. Manakala "Adakah Mrs. Mz ku masih comel seperti pertama kali aku berjumpa dengannya" bisikan hati Mr. Mz. Mr. & Mrs. Mz serupa dengan kekasih lain. Hati bergelora mau bertemu, hati semakin merindu dirasai. Resah gelisah, gundah gulana.. makan berpinggan2, mandi wangi2, senyum seorang diri kerana hati sudah tidak keruan.


Falling in love~

p/s: no matter where u're, i still love u until u love me..
----> next part

Photobucket

Salah orang

Assalammualaikum..

hai semua...
Hari ni aku tak tau la nak buat entry pasai apa lak kan. Rasa cam nak buat
entry berunsur lawak pulak.. hihihi.. Tak la lawak cam orang nak pecah
perut, golek2 jatuh lubangkan.. Saje nak memenuhi ruang entry. Benda aku
nak story mory ni da biasa dengan kehidupan seharian
kita ni.. oke! oke! Hari ni aku pose.. (alim ke?) ganti pose la derr.. :)
So, hari ni hari isnin dan ada pasar malam kat area umah aku ni. Aku pun pegi la dalam
pukul 6 lebih untuk membeli juadah berbuka.. cewah2!! macam bulan pose lak kan. haha..
dengan berlistkan makanan yg dipesan oleh adik2 aku. Aku tak suka bawa dia orang nih..
nanti banyak cukai kene.. aduh.. seksa den nih hah! pokai (padahal duet mak aku) :P

Antara listnya:
  1. Kaya ball (panas2 makan menaikkan selera :)
  2. Ayam goreng (berempah! :)
  3. Roti John (paling best aku rasa:)
  4. Kacang kuda (mak aku kate kat adik yg last, bgus mkn kacang kuda ni, nanti kuat lari :)
  5. Ayam rangka (best bagi sape yg xpenah makan tuh. Kene pandai ratah :)

Jenuh aku dok mencari makanan dia orang tapi kalau sorang2 dah tak pikir orang belakang dah. Kalau bawa, aduh.. asek nak cari dia orang je kalau hilang.. haishh... Time aku dok usha2 makanan kiri kanan ada la sorang akak ni dengan laluan yg sempit (biasa la kate pun pasar kan) boleh lak dia tegur orang depan dia dengan rasa confidentnya yang agak tinggi melangit. Dia pun cuit bahu orang tu. Tekejut orang tu, kononnya kenal.. Rupa2nya salah orang.. wahahahaha... Aku daripada dok kerut dahi sebab orang jalan macam kura2 (ujan kot) jadi senyum sipu.. hahahaha.. Malu weiii.... kalau aku da sagat da muka kat tar.. paling baik pun nyorok muka dalam longkang.... hahahahaha....


p/s: jahatnya aku gelak. padahal sendiri pun penah juga tp jarang la sbb aku ni xrajin nak tegur orang sebarang2.. haha.. Entry yg nak gelak bwah ni je. atas tu intro~ :)

Salah Kelas daaa~

Assalammualaikum..
yuhuuu.... hello uoolls~
Entry aku hari ni aku nak kongsi sikit kisah2 lawak ala king
Sekali skala kite kene la selitkan sikit entry yang lawak kan. Baru ada
senyum~ awet muda.. kikiki


Firtsly, aku nak cite la kan time aku study dulukan.
Pada waktu pagi ada yang ke kelas, ada yang tidur dikala aku ni terkedek2
ke kelas.. aduh~ jelous sungguh! huh!
tapi tidak mengapa, kan ku balas di lain hari..
masuk la kelas.. lecturer pun mengajar la sejam.. Then, wajib ada take 5!
mengantuk beb! sape2 yang sambung study confirm!
ada experience macam aku.. hahaha..
Bila take 5 tu, aku ni amek la kesempatan ke toilet. Sejuk la pulak
air-con tak reti lak nak slow kan. Bila tutup, ada yang panas.. Aduuhh.. seksa
zahir aku, batin tak ada eahh..haiip!
Adoi banyak dosa ke ape! hahah.. biasa la statement tu kuar bile
orang kate panas.. kan.. Ops! sorry sape2 yg terasa.. maap ye pak! bu!
Gini, bila aku balik dari toilet after 5minit.. nak masuk la kelas semula..
Jalan punya jalan dengan confidentnye tinggi melangit.. bukak la pintu kelas tuh..
masuk2 je.. tengok depan, tengok kanan..


oh! aargghh!!! tersalah kelas weiiii!!! Damn!!! malu giler....
cam orang lain dengan lecturer kelas tu pun dah tengok2.. aduhh....
say sorry, dan bla.. jalan laju2 cam masuk pertandingan jalan laju tu. Atlet jalan laju pun boleh kalah dengan aku taw! terus masuk kelas. Masuk2 je kelas.. cite la kat member..
Dia orang gelak2 besar.. cet!!! siot betul punya kawan.
Tapi kalau dia orang kene aku pun gelak besarkan dia orang..
Mau tak gelak. Segan weiii.. Lopeh tuh~ haa.. bila keluar ke toilet je..
kite kene jengah, jeling2 dulu ke tingkap supaya tidak silap lagi.. oke!!!
Haa.. tu la experience aku antara yang paling aku hengat!
Ada lagi, tapi kite jumpe di next entry ok bebeh!



29 January, 2011

SSDC Academy

Assalammualaikum..
ape khabar semua..??
Adakah anda sihat? Sekarang ni kan musim kejap panas terik,
kejap mendung, kejap hujan tak henti2..
Ada yang batuk2, selesema, demam..
Penyakit2 tu semua, pakej la tuh kan.. hihi..
So, diharapkan anda semua jaga la kesihatan diri anda..
Kalau sakit ni, tak bebas nak bergerak, lemau je badan.. kan.
tak bermaya..
Hmmm... sebenarnya bukan itu yg aku nak cite..
Aku nak cite pasal aku amek lesen hari ni.. hahaha
Walaupun umur da meningkat, haiip!! bukan tua ye.
da masuk 22 tahun. Baru nak amek lesen. Dulu lepas SPM mak tak bagi
time tu da merengek2 da nak lesen sebab tengok kawan semua amek lesen.
Rupe2nya baru ku tahu sekarang ni, mak ingat bayar segedebuk! duetnye.
Padahal sikit2 pun boleh.. haisshh~ kalau tak da lame da aku bermaharajalela
dijalan.. Wahahaha... tak patot betol! Lagi satu mak aku tak bagi amek
sebab die tau aku ni kaki jalan. Takot ni hilang kemane merayau je.. haha :P
Hari aku masuk kelas kete. Semalam patotnye moto.. memandangkan
semalam aku tak boleh pegi. Nampaknya selasa minggu depan la aku pegi kelas moto kan.
Aku amek lesen ni dengan adik aku. So, tu yang sekali amek.
Dia amek moto je. Tapi hari ni die temankan aku dari pagi ke tengahari.
Ayah suruh die temankan aku.. hihi..
kerana takut aku ni tak pandai berdikari.. sabar jelah. Aku ni tua dari die..
tp tak tau nak berdikari sangat. Bukan tak tau langsung ea... sorry skit! kikiki
Tau2 je dapat sms dari dia. "kak ana, mirul balik dulu ikot van. turun kat depan
office ayah. Aku balik naik bus".
Time tu sedyh la skit.. huuuu.. tapi sian gak die tunggu aku tanpa buat ape2
boring kott.. berjam2 lak tu... aku ni syok la dalam kelas, praktikal kete. Die tercongok je..
Kelas, teori sikit.. da settle. Time praktikal tu..
adduuhh.. dup! dap! dup! dap! jantung berdegup kencang..
Asek nak membuang je, sebab nervous. Hadoi..... Tak penah2 senevous gini.. haha
Before ni penah la belajar juga bawa kete ni, ayah pun ajar sikit2..
kat luar mane la ikut peraturan sangatkan.. So, sekarang ni amek lesen. Kene la
ikut peraturan. Kalau tak ikut, tak boleh dapat lesen.. haaa.. kene ingat tu!
bawa la pelan2.. naik bukit. Test mendaki bukit, parking dengan 3 penjuru.
First2 tu.. banyak kali la juga fail. Then, after break.
Test lagi sekali, ade la juga improvement kan.. dari sebelum tu. hihi
Cewah2. Ini sudah bagus.. Abiz je semua dalam pkul 4 la.
Balik2 je orang SSDC anta aku kat office ayah. "nak balik umh naik bus" kata ayah.
"kau bawa kete balek umh nenek lah, nanti pukul 5 lebih dtg amek ayah" kata ayah lagi.
Haaaa... time tuh~ rasa macam.. Waaaaa.... diberi kepercayaan woo...
Padahal baru dapat "L". Tau JPJ or polis. Mampuih den! hahaha
Masa bawa nak jalan tu. adoi. 3x kali mati enjin. Alamak!!! cano nih.
tadi baru belajar, sekarang asek mampuih jo hah! hahaha
Aleh2.. jalan juga.. bukan main laju lagi den bawa. Hamek! hahaha..
Sampai2 je semua orang terkejut.. Den ni dgn sapo. Dah boleh bawa kete sowg2.
Haish... bikin kontrovesi je. kikikih.. Balik ayah call soh amek die.. dan balik umah dengan
selamatnya.. alhamdulillah... :)


p/s: hari yg penat setelah bangun awl pagi hingga ke petang tapi best!


28 January, 2011

Penculikan Kanak-Kanak!!! Perhatian!


Assalammualaikum..
Hmmm... nyaman je hari ni kan..
Dengan tiupan angin sejuk.. Fuhh~~
sodap tido nih.. hahaha...
Wokey.. Sebenarnya nak bagi tahu..
Tadi sedang syok2 on9 facebook.. Terbaca satu post dari member
mengatakan..


"Sila sebarkan sekiranya nampak kereta myvi puteh bernombor WUS948 dipandu oleh seorang lelaki berambut panjang atau seorang wanita bertudung sila hubungi rashid 0196267828 DIKAWASAN PUCHONG. Suspek telah melarikan anak pompuan beliau berumur 1 tahun dari nursery baru sebentar tadi. KISAH BENAR SILA BANTU...... SEBARKAN!"


Sumber: Nurul Shamimi (Facebook)


p/s: agak2 la wei... anak orang tu kot. Ingat senang ke nak dapat anak. Tu kalau ada rezeki. Kalau tak ada. mau bertahun baru dapat. ish... tak berperikemanusiaan langsung lah. Binatang pun tak camni. Hai.. manusia, manusia..



27 January, 2011

Mati di Jalanan. T__T

Assalammualaikum..
Ape kabar semua...
Di hari yang indah lagi nyaman..
Angin tiup sepoi sepoi bahasa.. Daun2 bertebangan ditiupi angin..
Jalan kaki ku berjalan langkah demi langkah..
Meniti jalan kejayaan.. Kaki ku menghampiri bustop depan rumahku.
Ada 2 buah bustop, 1 yg lama, 1 yg baru.
Dalam langkahku, ku ternampak sehelai kain merah yg dipenuhi darah,
Ada orang gaduh ke? ke kene belasah? Ternampak juga tin air arak.
ku langkahkan kaki ku ke bustop yg baru.
Dalam lekaku menelek hand phone ku...
tiba2 terpandang ke kiri, ape tu yg lalat urung tuh...
TENGOK2!!! OMG! OMG!!
Kucing~ T__T da mati??
Kucing ape tuh.. meaning Kucing sape tuh..
oooooo... cam kucing aku je.. si Busuk??
uwaaaa.... dengan tiba2 air mata luruh.. cm terpkir2 betol ke..
bus pun dtg.. dengan badan tidak tentu arah..
lepas bayar tiket bus. Air mata berlinangan dengan derasnya..
sungguh sedih mengenangkan kejadian itu tadi.. sungguh syahdu.
Dengan linangan air mata, terpaksa meneruskan perjalananku demi masa hadapan.
Nak telefon mak lah. Adduuuhh... tak ada kredit la pulak.
tak pelah sampai Melaka Central la tipon mak.
Aleh2 terlupa nak tipon. Petang sedang berbaring di katil. Baru teringat. Then,
Call la mak. "hello, mak buat pe? mak ada nampak tak busuk?
Tadikan masa tunggu bus kat bustop ternampak kucing ala2 arnab ade color
coklat2 kat bdn ngn telinga. Macam busuk.." kata ku. "Tah! mak pun
da bape hari ni tak nampak busuk. Kejap lagi mak soh ati g tengokkan." kata emakku.
Letak je fon. Tunggu punya tunggu tak juga call. Aleh2, balik je rumah hari ni
Mak dengan adik cakap.. "Memang betul tu busuk.."
Addduuuhh... sedyhnya.. T__T
Seekor demi seekor kucing ku mati, dengan kucing bnama kecik,
alien, comel (kucing kesayangan mak aku), sekarang pula busuk..
mereka sudah bertahun tinggal dengan keluarga aku ni..
Pembawa rezeki kepada famili aku juga.

p/s: sape2 yang ade kucing atau binatang peliharaan. Sila lah jaga dengan sebaik mungkin. Dan pastikan jangan berumah di tepi jalan. :)

26 January, 2011

Hari yang sejuk..

Assalammualaikum...
Hello.. Hello..
kopi dan milo...
Ape khabar blogger2 semua.. ada sihat?
Saya alhamdulillah.. sihat2 selalu.. :)
Hari semalam ramalan cuaca mengatakan Melaka hujan..
tapi tak ujan2 pun kan tunggu2.. Peh tu.. hamek~ dari malam semalam hinggalah...
ke tengah hari ni.. Walawey.... Macam mane nak kuar nih~


Ape2 pun bersyukur alhamdulillah.. Sebelum2 ni panas terik..
semalam da la bawa vroomm2 (moto) dari umbai ke alor gajah!!!
terbaek~ 45 minit perjalanan sehala. Belum pegi dan balik lagi..
Patah pinggang den ni hah!
Pagi2 bangun. Pinggan bagai di pijak2 orang.. Sakit bukan main kepalang lagi..
Pegi spa pun best jugak ni kan. (bajet kaw banyak duet!)
aaiiggooo~~
Masa pun dah suntuk nk berblogging.. So, saya dengan sopannya
mengundurkan diri..

Moga ada hari yang indah bagi korang semua..




25 January, 2011

Selamat Pagi Cinta~

Salam..
Hello~ Hello~
Monink u oolls~~
Jangan tak tau hari ni aku bangun seawal pagi.. pperrghh!!!
bukan senang nak celik terbeliakkan mate aku ni di pagi hari... memang susah weii..
EXCEPT!!!
keje pagi, ada kelaz pagi, ada hal yg perlu bangun pagi2..
Baru wujud muka pagi aku tuh.. hahahaha..
Mane tanya.. orang dok mimpi tah mana hala.. g 'holiday' serata dunia..
dengan buat peta dunia die atas bantal cantik die tuh..
Kita ni masih segar bugar lagi mata di tengah malam.
jadi guard tuu... Burung antu malam2 nih..
Dulu bila ada kelz pagi. Aduh.... seksa weii.. seksa!!! tido lewat.. Then, pagi2 lagi
da nak kene bangun.. haaa.. Ape lagi.. Kita kasi amek itu port terbaek~
belakang dekat dgn dinding.. senang nak sandar..
Sedang syok lect. mengajar kat depan.. aku kat belakang.. cm dengar lect. aku tu
dok dodoi aku tido.. sedapnya. Air-con yg tersangat2 sejuk~
lagi layan la mata setim aku nih.. Rasa mcm kalau la aku bawa bantal busuk nih..
ppeeh!! tak payah blaja la weii... kita dtg kelaz semata2 nak tdo dengan air-con
hahahaha...
Tapi jangan tak tau ye... sape2 yg da siap niat dari zaman tok adam lagi
nak diet.. cmni.. tak susah pun..


1. of cos la kene bangun pagi2..
2. kene exercise woo.. buang 'kwn' yg semak tu. sehari 15 minit pun da cukup.
3. kite teguk air kosong segelas dlu. bagi cuci perut tu.. haa
bape minit kang.. membuang la tuh. kn
4. confirm2 la kne makn lunch!!! jangan sesekali skip! bahaya.
5. dinner tu tak perlu lah melantak nasi satu pinggan penuh kot~
sok pun boleh makan nasi lagi..
6. sebelum tido, buat exercise sikit.. buat regangan. :)

settle~


p/s: konon la tips diet tuh~ padahal jarang ikot.. chooii!! haha kdg2 ikot juga.
hangat2 taik ayam! :P tapi sape2 yang nak mencuba tuh~ Good Luck!!

24 January, 2011

Mr. & Mrs. Mz part 15

Kisah cinta Mr. & Mrs. Mz kian berbunga lagi.. Setiap masa akan di isi dengan kalimah2 yg berbunga. Dalam berbunga, hati tetap berbisik membisikkan kalimah alhamdulillah.. Moga Allah perkenankan doa kami. Jodoh, ajal maut semuanya di tangan tuhan. Kita sebagai hamba di muka bumi yang cantik ini lagi indah hanya mampu berdoa dan berusaha. Jauh di sudut hati mereka tersangat2 bersyukur dengan nikmat yang ada..
Andai kata telah membuat silap tanpa di duga. Harap di maafkan.. subahannallah.
Mr. & Mrs. Mz kini sudah hampir 2 bulan tidak berjumpa dari first and second meeting..
Masing2 busy dengan keje masing2.. Seorang di Shah Alam dan seorang lagi di Melaka. Mereka hanya mampu berbalas mesej sahaja tiap2 hari. Walaupun kadang2 tu Mr. Mz tak mesej seharian kerana terlalu busy tapi Mrs. Mz tidak terus melatah nak marah macam orang gila.
Mrs. Mz memahami dengan hati yang terbuka.. Mrs. Mz tidak suka gaduh2, marah2.. Anti keganasan.


Hari-hari Mr. & Mrs. Mz akan bermesej untuk bertanya kabar, berbalas pantun pun ada jugak.. Puas memerah otak nak balasnya.. tapi best. Bosan juga asyik berbalas biasa jekan. So, betukar caranya.. baru la ok! lagi mesra! Kadang2 tu, mereka tersenyum sendiri membacanya..
Semenjak, dua menjak, tiga menjak ni.. Mr. Mz agak busy dengan kuliahnya, event nya sendiri dengan teman rapatnya Aman. Meraka ada buat event sendiri bkn under course nya.
"InsyaAllah kalau tidak busy dan tak ada arel melintang.. dtg la juga kesana" kata Mrs. Mz.
Dalam masa yang sama, Mrs. Mz kurang sihat kerana perubahan cuaca kejap ujan tidak henti2, kejap panas terik nauzubillah.. tapi semua tu tidak menjadi masalah pun kepada mereka.
Mereka still boleh contact mcm biasa.. Hari2 rasa falling in love dengan dihujani cinta.




p/s: I love u...
----> next part




23 January, 2011

Profile Facebook baru yg tidak semak lagi!!!

Salam,
hai hai.. haaa...
Tengok tajuk pun nampak menarik la jugak kan kan.. haa..
sekarang jangan tak tau, semua pengguna facebook kini da wajib guna profile baru...
Ramai dah merungut.. "giler pening", "serabut la wei profile baru nih", "nak profile lame balek.. "
hmmm... memang tak lah kan dapat yang lame, sape yang dulu tak tekan button tukar profile.
Sekarang da automatik tukar sendirikan.. nak tengok thumbnail yang gile bagai serabut..
gambar tah hape2 tah kan... Memang tahap gaban benci la kan..
cm kat bawah ni:


sesangat serabutkan..

l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l

cuba tengok yg ni... haaaaa...
tadaaa..... >>> cantek tak cantek tak!
kemas la dari sebelum ni kan kan..


kemas tak kemas tak~ ^__^
baru la senang je mate nak tengok profile..
kalau tak.. dengan tah ape2 tah thumbnail tu kan..

Haaaa..... ape lagi jom la tukar profile facebook anda macam saya...
wokey!!!
Klik link nih! ikut arahan yg dia suruh.. ok!

Jangan malu jangan segan!! Jom cuba!
Selamat Mencuba.
Harap dapat membantu.

19 January, 2011

BerangaN jela weyyy.... ~,~

Hye.... Olaa...
Tajuk pun kata berangan kan. So, entry kita sekarang ni adalah mengenai "Angan-angan"..
haaa...... ngeh~ ngeh~ ngeh~ (muka angkat kening sebelah)
Wokey! Angan atau berangan. Alaaa... lebih kurang sama jelah maksud dia tuh..
Sape je tak ada angan-angan kan.. Tanya je sape2 gerenti ada punyalah!
Tak kesah la macam mana pun orang tuh. Berlatar belakangkan orang berada, serdehana atau kurang mampu.. Haa.. cuma nak tunaikan angan2 tu yang membezakan.
Faham tak?? (ape yang aku merepek kat sini nih!)
Cam gini... Cam orang berada nih, Kalau nak! cakap je! tup tup!
jeng~ jeng~ jeng~~!! taadaaa.. haa.. da dapat da kan!
Kalau yang bawah2 sikit nih.. kene berangan lame sikit.. dapat tak dapat..
haaa.. kite berangan jelah dulukan.. Bermula dengan angan2..InsyaAlah ade rezeki tercapai la impian tu kan kan..
0,o?? yeke.. hmm.. ye kot. Tu pendapat aku la kan.. huhu :)
Rugi sapa yang tak ada angan2 tu. Sapa tak ada angan2, giler la namenye tuh... :P
Wahahahahaha... (gelak jahat) kiki.. jangan marah haa.....
ok!
Buat masa nih.... pergghhh!!!! angan2 aku semakin melampau..
aduhhh...!! sakit aty pun ada jugak nih! yelah... berangan tu da lama.. tapi tak juga tercapai di akal mu.. cewah! masuk skit lagu si Elyana (sorry pinjam kejap kat entry nih) huhu
Sebab dah banyak sangat aku ni berangan... Cam ya Allah~ Tak sabar dibuatnya nak dapat..
Nak cakap usha! aduuhh.. da banyak kali usha.. Sampai nak terputus nyawa dibuatnya..
hahahaha.. kemain lagehhh~~ Sampai cenggitu sekali..
Weeeyyyhhh....... banyak betol angan2 aku nih.. dah tak tertampung je lagi.. kikikih

Calon-calonnya adalah: (cam anugerah pulak kn hahaha..)


haaa.. aduh ~,~ Blackberry bold gitu... agak2 bile la nak dapatkan. Ni kes da niat nak beli yang baru, si Nokia pula da merajok! Sampai aty aku nih, dan2 lak dia dah hilang sound! Sedyhnye... TT__TT. Tengah syok2 dengar lagu, tibe2 lak tak bersound tapi still playing..


Haa.. nampak tak, nampak tak.. Ni la Macbook Air keluaran Apple! cantek khan... Sangat cool~ Damn cool!!! God! tersangat2 best!
baru tengokkan. Belum betol2.. aduh.. terbaek la design die.. Mahal tu memang la mahal tapi kene la dengan standard dia la bagi. Ok what! Dalaman die sumua terbaek.. ish...
tak rugi la sapa2 nak belikan. bagi yang mampu, kalau tak mampu jangan la nak memandai-mandai nak beli yek! nanti nak makan pun tak cukup. Hamek kaw!
Kalau nak usha lebih.. layari lah ( www.apple.com ) =)

NEXT!!!


Jeng! jeng! jeng! taadaaa... haaa.. Wow! perrgghh!!! tah bile abad tah aku dapat benda alah nih...
hehehe.. benda alah ni namenye.. Camera DSLR. Haa... Camera canggeh gitu..
Sekarang nih! Tanya je remaja2 kat luar sane.. majority da ramai ada camera DSLR sendiri.
huh! tak aci. (aci kat india lah! ) haha. Camne aku boleh tak ade lagi nih! hahaha.. tu namenye tak ada rezeki lagi.. kan kan.. Masing2 skang kuar dok usung camera ni merata2. aduh!
Jelous la weyy korang bawa benda alah tuh. ish.... geram.. geram.. geram.. :P


haa... tgk tu!~ monyet pun da ade camera taw! aku je ni tak ade lagi. cet! siot punye monyet!
camera digital tu adalah.. tp tak style la beb! hahaha..





Photobucket

12 January, 2011

Rumors or Betul-betul??? o,0??

Salam...
Hoollaaa...
Nih! nih!! cek nak habaq kang hampa semua.. nih.. Meh! meh! sini pedengaq cek nk habaq nih. Hampa ada dengaq tak pasai si Mark Zuckerberg nih owner muka buku (facebook).
Kononnya dia ada mengatakan niat untuk shut down FACEBOOK!!!
eah!!?? yeke....??? Ramai kat luar sana tertanya-tanya betuih ka???
huuih! huiih! Nak percaya ke idoq nih... aduh..
Korang caya tak pasai nih..?? Haa.. kepada sape2 yang tak tahu lagi pasal benda alah nih..
yang dok sebok diperkatakan oleh pengguna muka buku nih.. Moh! kesini.. JOm!!! kita semak website nih..


Habaq mai skit... cek pon tak taw la nak habaq apa la kan..
cek ni da la ramai kawan kat facebook nih.. lain2 tuh takat orang apa pun cek tak taw la..
Kalau la facebook nih tak ada.. aduhhh... susah la cek nak contact dengan member2 cek yang dok
takat hulu nun sana tuh.. Nak mesej pon jarang, tepon aduh.. jauh la sekali kan!!
Sapa2 yang ada tagged, myspace, friendster tuh haaa.. apo laie.. poie la active kat balek...
kahkahkahkah..... (gelak jahat) padan la muka den nih hah! haih..
Tapi tu laa.. masuk akai tak die nak buat macam tuh?? dengan alasan STRESSFUL!!
hmm... mari kita renung2 kan.. o,0?? Boleh dapat banyak duet kot...
Kalau da tak sanggup manage sendiri.. Meh! bagi kat aku. tapi free boleh??
hahahaha.... bukan main lagi nak free.. orang tuh buat bagai nak rak! cet!!
yelah.. kot ye pun.. p la Jual kat mana orang yang mampu nak manage kan.. aduh!!!
Tau sekarang nih ape2 je kes burok smuenye dtg dari facebook.. semua nak salahkan facebook tu wujud kn. So, tak nak la pulak salahkan pengguna tuh, yg telah menayalahgunakannye??
apo lah bengap sangat!!! Hawaw jelah... adoi..
Cuba fikir.. mana-mana syarikat atau apa2 la company yg pakat dok promote depa punya product ka apa ka kn guna facebook nih.. Tidakkah rugi.. haa..
Itulah orang kite nih.. bila senang sikit.. mesti nak amek kesempatan. Tak boleh nak senang sikit.. sebok jelah die nak mencelah.
Please lah.. stop nonsense!!! Do that thing are not beneficial..
Bab2 divorce nih.. haih! satu lagi kes payah! Puncanya sebab kenal2 dalam facebook nih lah. Nak salahkan facebook ni la yek!!!?? tu! tu! salahkan orang dok usha, dok ngorat tu. Saje je nak bangkitkan kontrovesi! cet! chooii aa..! dah tau impact dia..saje2 je buat macam tu kan.
wak luuu!! Lantak lah!

Senyum selalu, Make your days happy!!! :D



p/s: ni blog saya.. Ada Aku Kesah nak cakap ape??! podah! choooii!!!


Photobucket

05 January, 2011

Mr. & Mrs. MZ 14

Jauh jauh ia pergi, masa berlalu pergi.. namun cintaku, sayangku tetap kukuh terhadap dirimu..
begitula kata hati seorang perempuan yang hampir lembut.. kata hati Mrs. Mz.
no matter what happen, i still trust you..
don't worry.. insyaAllah.. itulah bisikan janji si hati kecil Mrs. Mz..
Tahun baru, azam baru, buka buku "Cinta" baru..
Hopefully.. Kasih tercipta adalah kerna Tuhan yg Maha Esa telah mempersetujuiNya..
Di satu saat itu, sunyi sepi malam.. Mr. Mz call Mrs. Mz pada pukul 12:30 a.m.
Dari segan silu, bertukar gelak manis untuk mengeratkan lagi silaturahim hubungan mereka. Dari satu cerita ke satu cerita.. Tapi yang pasti yg membuatkan Mrs. Mz gelak ketawa berguling2 di atas katil adalah.. haa...
Mr. Mz cepat melatah rupe2nya.. tapi buat2 tak tau jelah..
Kononnya nak cover tak melatah.. selang beberapa minit.. si jejaka itu melatah lagi..
aduh... kuat pula dia melatah.. tapi tidak menjadi penghalang...
Pelbagai topic diborak sampai tidak sedar kredit menghitung dengan lajunya selama 1jam 30 minit yang mencemburui perhubungan mereka.. tapi tidak semudah itu. Turn Mrs. Mz pula calling2 Mr. Mz walaupun sudah tau kredit tidak banyak utk bercakap lama.. tapi bukan senang untuk bercakap lama di handphone.. Sebelum hari busy mendatang tiba, mereka menggunakan masa sebaik-baiknya.. dan selang beberapa minit. Kredit phone Mrs. Mz pula kehabisan.
hanya mampu memberi text "da abiz kredit la.. xpelah. best sangat ckap lame2 ngn sayang. selamat malam. love u & miss you so3 much. :P" text Mr. Mz
"aah.. hmm.. xpelah..len kali kt boleh call lagi ea. sy pun sangat2 suka dapat bercakap lama ngn syg. Selamat malam.. I love u & i miss you too soo much!!! XD
Hari pagi disambut dengan text "Selamat pagi cinta".. so sweet. ----> next part




02 January, 2011

The Tourist!!! best...


The Tourist terbaik lah~~ Lakonan Angelina Jolie (Elise) and Johnny Depp (Frank) ! Den memang suko lakonan cik Jolie nih. Kalau cito dio, den memang suko! kikih.. Macam berkaliber. haa... Hari tu den poie la tengok cito nih. Den boring sangat, apo laie.. Naek bus sorang2, pun jadi kalau sorang2 nih.. Firts time sebenarnya tengok wayang sorang2.. Den tengok2 yoo.. aduhhh.. penuh!! Duduk lah celah2 orang cino. cet! baik tak busuk! Haa.. ada sorang kawan ni nama die Iryani Akram (yanie) dia rajin bona poie sorang tengok wayang.. hehe tu yg den torai.. kehkehkeh... best jugak. Lain kali boleh poie laie...

(after kejar mengejar sebab diorang ni nak kene bunuh)

( scene Frank kene kejar dengan pijamas dia lagi dan nak terjun dari atas bangunan)
terbaek~~

Cerita The Tourist ni memang best lah bagi den ni laa... Kalau orang lain tak tau la cano lak an. Biasa girlfriend yang nak test2 laki nih.... test macam ujian la sejauh mana kesetian boyfriend dia tu.. macam2 test lah an. Kalau dalam The Touris nih... haa.. Incik boyfriend tu test si girlfriend nye.. terbaek~~ Then, sapa2 laki yang tidur ngn girlfriend dia.. haa... Alamatnya pendek la umur.. Habis dipenggalnya kepala orang tuh! Uish.... rugi lah sape2 yang tak tengok cerita The Tourist nih!


p/s: melayani fikiran yang tengah runsing...




Secret Recipe_ best orang belanja nih!!!

Haaa.... sape tak tahu Secret Recipe nih.. kn kn.. tanya je sape2 gerenti tau punye lah!! Kalau bab jual kek paling best.. Mahal macam mana pun orang tetap beli punya lah! Best macam mana pun tak ada sape boleh tiru recipe die... Sebab tu la di namakan Secret Recipe!! haaa.. kn kn.
Bukan apa.. nak cakap sikit ada orang belanja sebenarnya kita ni semalam. kikikih..
Kebetulan orang tu turun Melaka dan kita ni pula tengah round2 la kat kampung Portugis tuh.. Baru nak kuar pulang, dapat la pula call dari orang tu. Terus la jumpa di Dataran Pahlawan Melaka. Dokek yoo.. :) 5minit da sampai. After dinner dengan orang tu and family, dia belanja la kita ni cake!! Terharu punya pasal, so kita abadikan lah dalam blog nih...


(chip walnut!!! best.. )

Pertemuan walaupun sekejap.. tapi amat bermakna dan menjadi secubit kenangan.. :)
bukan senang nak dapat orang tu belanja taw!! ngee...



p/s: thanks to my bee (incik zurai) actually.. ngee.. :D tu la orangnya. Lain kali belanja den laie yoo.. Den memang suko orang belanjo den nih!!! hehe



01 January, 2011

Perpisahan & Kesedihan T_T

Disaat orang lain dok sebok mendaftar course for dgree.. aku disini di tapok lama.. mendaftar untuk diploma lagi. Adakah ni takdir aku?? atau takdir tu aku sendiri yg cipta?? waAllah... Lepas ini tak ada teman2 yg sebaya tu yg pasti, teman makan, teman gelak tawa, teman yg memberi hatiku senang, teman segala2nya bagi aku.. T__T. Aku ada ramai teman dari sekolah rendah, agama, menengah, PLKN, yg pasti ada teman rapat di UiTM. Yelah hari2 jumpe. Mana tak rapat. Teman walaupun hanya sementara tapi cukup bermakna bagi aku. Thanks to be my friend...

(zurai, mai, asma, ira, liza & ika)

Adakah mereka sedang meratap kesedihan seperti aku sekarang ni?? Aku BENCI!!! Pertemuan!!! Bila ada pertemuan, pasti ada Perpisahan... :( Sangat2 tidak suka! Sangat rindukan mereka.. senyuman mereka, gelak tawa mereka, gurau senda mereka.... sangat bahagia bersama mereka.. Tah bila la jumpe mereka.. dapat hangout sama2.


(nama dia Affiqah Mohd Azhar.) Miss her.. :(


(ni haa.. den & the geng poie Qlate, umah mek na (Maziana Mohamad). Buat pertama kalinya after merancang setahun lebih. Akhirnya termakbul jg. Thanks God. :)

(she is my bee (Siti Noorzuriani Mahmood) not hubby but teman rapat dan calling2 bee. Also, Call me bee)

(De' V.O.T)
(kenangan part 4 buat event Suara Kemerdekaan)

Makin hari makin berubah dunia, hati setiap manusia pun sentiasa berubah walau setianya hati itu.. Pertemuan lain kali tidak sama pertemuan yang sebelum ni.. Mungkin kurang mesra dan hanyalah sementara. Hanya air mata berlinangan yang menemai diriku ini.. Titisan demi titisan menitik dan menghujani pipiku. Air mata yg menghujani laju tidak dapatku sekanya lagi.. Makin ia dekat, makin ia jauh.. jauh pergi meninggalkan ku..
Hanya gambar menjadi tatapan ketika rindu...
Harapan ku adalah.. teman2 ku semua dapat jalani hidup dengan senang dan ceria selalu.
Dan aku disini jalani hidup ku dengan kesepian. Senyumku, gelak tawaku, kegembiraanku hanyalah palsu belaka.. Hanya Tuhan sahaja yang tahu bagaimana hati ini.. Subhannallah..



p/s: semua pic diatas majoriti member uitm. Skolah2 tak ada simpan. :( tp tetap dalam ingatan. Love them so much!!!