28 February, 2011

Daphne Iking Kini Dahlia


Assalammualaikum para blogger semua.. Apa kabar anda disana.. cewah2. Mcm tulis surat je.. Ha.. gini.. Hari ni aku bace paper Metro. Waaa... gitu. Muka depan je da menarik perhatian aku nak bace gara2 Daphne Iking personaliti terkenal lagi tak asing kat Malaysia ni kan.. Alhamdulillah kini dah memeluk agama Islam secara rasminya.. pada 8 Januari lalu sekali gus menjadi seorang isteri yg sah sebagai orang muslim.

Katanye lagi, dia memeluk agama Islam bukan kerana nak kawin dengan lelaki melayu tetapi dengan rela hatinya dan juga minat. Sebab dia selalu atau pun sering menceburi lakonan dan sekelilingnya adalah segalanya tentang Islam. Apa yg berlaku sekelilingnya menarik minat lagi dirinya untuk memeluk agama Islam dan sebagai Muslimah. Alhamdulillah.

Kini, nama Daphne Iking bertukar kepada Dahlia. Sape2 nak panggil namenya Daphne pun dia tak kesah. Yelah. Dia terkenal dengan namenya itu kan. InsyaAllah berkat dia memeluk agama Islam. Bertambah la murah rezekinya.. Amin... Daphne tak terus mulakan solat, tapi mempelajari cara2 utk solat, wuduk. Malah, dia ada membeli buku version malay and english utk solat mcm budak2 baru belajar solat. Its ok. it fine. Tak perlu malu untuk berlajar. Right!
Malah, barang pertama dia beli adalah telekung dan juga sejadah. Anaknye Isobel pun turut di ajar cara solat dan juga memiliki sejadah mini.


p/s: Islam adalah agama yg suci lagi indah...


Photobucket

26 February, 2011

Kemalangan Ngeri.. perghh!!!

Assalammualaikum... hai korang.. oke! hari ni hari yang paling mengerikan bagi aku! Nak tau pe? ce cite, ce cite.... hahaha.. Haipp2!! ada hati nak buat lawak, gelak2. sshuuutt... Ni.. mase aku on the way nak balik umah setelah bank duet di BSN, Alor Gajah petang tadi.. Mase aku pegi nampak la ada orang betulkan tengah-tengah jalan, siap dengan letak cone oren tu. Time tu aku tengah laju, baik sempat elak.. Haishhh.. Balik je dari bank, aku pun menunggang motor dengan cermatnya. Sebab jem, budak sekolah baru balik dari kokurikulum petang. Tiba-tiba aku terdengar bunyi ambulance, tengok-tengok pertahanan awam cam laju je. Ke depan lagi aku bawa motor tu, nampak macam ada eksiden je kat depan tu. Sah!!! betul. Ada van Pertahanan Awam tu tadi. Toleh kiri je nampak sorang pakcik, umur area 40an. Dah terduduk kesakitan dengan muka berdarah. Kesian aku tengok... maju lagi kedepan. Padahal tengah sesak-sesak ni, sempat lagi aku nak toleh2.. Perrrghhh!!! Ni yg aku tak boleh tengok nih! ada orang da terbaring da tengah jalan tu.. Tengok orang tu da pengsan. Dengan, dengan, dengan... aduhh aku nak cite pun ngeri bagi aku la.. tak tau la bagi korang. Aku tengok sekali je tak puas, tengok lagi.. Pergghhh!! tak tahan mata aku tengok. Kaki orang tu dari jauh aku tengok dah terkulai patah, area buku lali tuh. Kaki belah kiri.. dekat-dekat.. Alahai.. bertambah pening kepala aku, tengok2 kaki dia dah la terkulai, TERKELUAR TULANG!!!! arrrghhh!!!! terus je aku perah minyak motor aku.. Dalam dok aku bawa motor tu, asek terpikir je kaki orang tuh.. ishhhh.... Mengucap je aku mampu, mintak2 dia jauhkan dari aku. Lopeh tu.. haaa.. terus bawa motor 60/j.. Kejap je tu. Pastu, jumpe highway.. haaa... bawa laju tapi dengan cermat..


p/s: Berhati-hati dijalan raya. Bawalah dengan cermat. Pastikan bawa motor pakai KASUT!!! Masa berlajar memandu dulukan, orang kat situ sarankan pakai kasut kalau bawa motor. Kalau tak nak kaki jadi mcm tu. So, pakai KASUT! Sekian.

Picture: Sensor . sebab aku takot nak tunjukkan. :(

Photobucket

25 February, 2011

The Mechanic 18xxxx!!!

Assalammualaikum...
hai korang... ape khabar semua.. sihat?? Hmm.. ada antara korang yg tak sehat kan
Al maklum la cuaca sekarang bukan main lagi panas terik. Ada yg demam, batuk2..
Apa2 pun pergi jumpa doktor cepat2, sebelum lagi teruk. Ok frens!!!

Now, bukan itu yg aku nak cakapkan.. Tadi aku dengan dua orang lagi cousin aku
pergi tengok wayang.. Waaa.. tak penah2 aku tengok wayang dengan cousin.
First and sampai la sebelum2 ni dengan kawan je.. hahaha..


Aku tengok cite THE MECHANIC!!!
bak kata pepatah cousin aku... "The Machine".. hahaha.. sabar jelah..
Cewah2 aku ni nak menggelakkan orang pulak. Same jelah dengan aku.. cume tak terluah je td.
Cakap dalam hati, the machine. Aley.. nak tempah tiket dekat promoter GSC tu..
Promoter tu cakap The Mechanic! Malu kitorang.. Eah2 yeke malu. Actually, kiteorang
nak test je minda promoter tuh.. hahahaha.. Dan2. padahal nak cover baek punye.

The Mechanic! ok! Pada aku cite ni like a Mission Impossible sikit la.
Dia bunuh orang tak tinggal kesan sikit pun. Perrghh!!! terbaik punye pelakon nih..
Pengarah dia pun terbaik juga. So, comment aku lagi pasal cite ni.. boleh tengok! haa..
Sape2 yg belum tengok lagi. Ape lagi berlari la ke sane.. =)




Photobucket

23 February, 2011

Malaysia vs Pakistan Olympic Qualifying

VS


Assalammualaikum...haluuu..... hai korang.. korang tengok Perlawanan Bolasepak tak tadi??
Malaysia lawan Pakistan.. 17 tahun tp nampak da besar jew.. hihi. (xde kne mngene)
Kelakar la...tengok dorang main.. nak2 player Pakistan.. Asek nak cari kesalahan player Malaysia jew.. Sabo jelah~~ Baru je bape minit, tak panas lagi montot ni Malaysia dapat gol!!
Goal pertama minit 03:08 oleh Wan Zaharulnizam..haaa... Hamek kaw.. kasi gol sikit. Tak de nak belas kasihan nak bagi gol senang2 kat Pakistan.. Main ganas woo.. dorang tuh..

Aksi paling best lah.. yg bagi Kad Merah terus kat player Pakistan jersi no. 14 kalau tak silap. Hamek kaw!!! Ni part pasukan Pakistan berebut-rebut nak masukkan goal dorang. Then, dia tak dapat nak goalkan.. die da geram.. Kebetulan si Khairul Fahmi (goal keeper) belakang dia.., dia tendangnye dengan sengaja ke kaki goal keeper tu. Haish... Mendatangkan kemarahan semua orang betul lah! Dah goal keeper tu jelah yg boleh di harapkan... Beberapa minit lopeh tuh.. Malaysia masukkan goal yg kedua pulak oleh Mohd Ifran minit ke 45:03.. Tu la. Bale, bale, bale. (kes hantu kak limah balik umah) Apa2 pun.. Malaysia tetap menang 2-0! Walaupun menang tapi kedudukan agak bahaya juga sebab kita tak tau lagi perlawanan yg kedua nanti mcm manekan. So, selamat berjaya ye Junior Malaya.. hehe.. junior mcm budak2. comel la pula. :)


p/s: tak sabarnye nak dapat phone baru.. hihi

Photobucket

CONTEST SAYA:: SAYA DAN GADGET

Assalammualaikum..
Yuhuuu.... oke2. Tak nak cakap banyak!!
Hari ni buat kali ke-2 kalau tak silap aku join Contest orang.. hahaha..
Ikut mood juga kalau nak join contest. Sabar jelah..



Sape2 nak join Contest ni Jom!!! Click Sini

Jom Scroll bawah lagi.. Kita tengok gambar ape yg saya pertaruhkan.. hihi
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
V


aku nak tag member aku Siti Zubaidah

Tarikh tutup: 15/03/2011.. tepat pukul 12a.m.!

Photobucket

22 February, 2011

Tak Sangka! berlaku depan mata!

Assalammualaikum.. haluuu... korang nak dengar tak aku bercerita?? kalau tak dengar aku cakap, korang bace la entry nih.. hihi.. :P
Ce cite, ce cite... Hari ni lepas je aku balik dari menjalankan tugas.. Aku pun balik. Before balik tu aku pun terfikir nak jalan2 jap, usha2 barang.. So, aku pun singgah la kat Tesco!! Jalan punye jalan, usha punye usha.. Lalu la sebuah kedai nih... Kedai jual alatan untuk exercise. Terpandang kanan, dalam hati berkata (mak teringin nak beli basikal yg senaman tu). Pastu aku tengok la seorang makcik nih, dok kecoh2, bising2 marah laki die.. "eah2 makcik ni, bukan main lagi die berloudspeaker.. die ingat tempat ni umah die agaknye.." hati kecil berkate. Mula2 tu nampak laki die da kuar same ngan dia dari kedai tu. Tiba2 laki die patah balik.. Makcik tu pun kate "eah2, buat ape la beli benda alah tu buat semak umah jew..". Tu aku tak kesah la dia cakap camtu.. Then, terdengar pulak makcik tu cakap "eah2. dah2 la tu.. da tua pun nak mengatal lagi". Dalam masa yg same aku pun toleh la kat pakcik yg agak berumur la juga dalam 50an, rambut da penuh dgn uban mintak something kat promoter tempat tu.. Aku hanya mampu mengucap Subahannallah...


p/s: bukan senang nak jaga suami gatal cam tu. Dont judge book by its cover. Tersalah sangka kat makcik tu. Padahal salah suaminya.

Photobucket

21 February, 2011

Cara Si Gadis Blogger Wish kepada Kekasih Hatinya..

Assalammualaikum...
Tarrraaa..... This is for you... :)
Hari ni 22 February bersamaan hari Selasa..
Would like to wish you HapPy BirThday...
Yg ke berapa?? Ke-22!!! Umur je da meningkat.. tapi tetap muda lagi..
hihihi....




Nak tau ayat dalam?? Haa.. kene dapat by hand la.. kat sini mane boleh..
public.. ayat tu private.. :P

Apa?? tak cukup? Ooo.. Nak hadiah? Scroll ke bawah lagi..







Haaa... Ni namenye 'Kotak Beracun'!!! (beracun la sgt kan) kikikih...
So, dalam ketiga-tiga kotak tu ada hadiah tersendiri..
Haa.. Moh! la pilih yang mane satu..
Kotak Hijau, Kotak Pink or Kotak Biru.. =)
Salah satu kotak tu, ada yg special...

Apa?? tak cukup lagih?? Ishhh.. tamaknye..
Nak kene nyanyi pulak?? Haa.. boleh jew.. nak version mandarin ye..

Zhu ni shengri kuaile,
Zhu ni shengri kuaile..,
Zhu ni xingfu wu zhijing,
Haoxiang song bai chang qing..

yey! yey!
tepuk tangan sikit... Clap (2x)





p/s: Semoga panjang umur, di murahkan rezeki, di pelihara iman.. kesihatan yg sihat selalu. =)
Photobucket

Mr. & Mrs. MZ part 17


Sudah sekian lama Mr. & Mrs. Mz berhubung melalui pesanan ringkas (sms). Hari- hari.. firstly Mrs. Mz bangun pagi cari handphone, kot-kot ada mesej atau call dari sang terunanya iaitu Mr. Mz. Kalau ada, si bunga (Mrs. Mz) akan balas dahulu, jika tidak ada apa2 Mrs. Mz akan buat kejenya dahulu yang mana patut utk di settle down kan dulu.. tapi dalam masa yg sama tangan bergerak buat kerja, dalam pemikirannya asek teringat sang terunannya. Lantas dari itu, Mrs. Mz mengapai telefon bimbitnya utk memberi kata2 senyuman seperti Selamat pagi cinta, Good Morning dan macam2 lagi..

Semenjak, dua, tiga menjak ni Mr. Mz tersangat busy dengan assignment, eventnya, dinner facultynya.. Manakala Mrs. Mz tetap dengan keje hariannya sebagai pekerja. Pergi pagi, balik malam as Personal Assistant (PA). Mereka hanya mampu berhubung melalui talian Maxis sahaja. Jika tiada line itu, masih tidak putus hubungan kerna kini zaman sudah moden. Penyelamat seterusnya adalah Muka Buku ataupun Facebook!!!

Tanggal 19 Feb 2011 bersamaan hari Sabtu, genaplah 3bulan hubungan Mr. & Mrs. Mz sebagai pasangan bahagia.. Pejam celik, pejam celik.. rupa2nya sudah 3bulan bukan 3tahun. Moga tuhan panjangkan jodoh dan umur mereka dengan izin oleh Nya.. Manakala 22 Feb 2011 adalah Hari Lahir Mr. Mz!!! Hari demi hari Mrs. Mz memikirkan cara untuk mengucap ucapan itu kepada Mr. Mz. Pernah terlintas di fikirannya, mahu membuat video, sedikit coretan kad ucapan.

Hampir memasuki 2bulan, sedar tak sedar juga.. Rupa2nya mereka sudah lama tidak dengar suara pasangan mereka. Akhirnya, pada suatu malam Mr. Mz menelefon Mrs. Mz utk bertanya khabar dan meminta maaf atas kesilapannya yg mengabaikan dan juga tidak dapat melayan Mrs. Mz. Dia juga berjanji dan berharap selepas ini mereka akan bermesej dan call seperti sebelum mereka menjadi pasangan iaitu ketika masih berkawan.

Ketika deringan handphone Mrs. Mz berbunyi.. Mrs. Mz dapat meneka yg Mr. Mz yg menelefonnya dan ternyata ia adalah benar. Lantas dengan tidak berlengah lagi, Mrs. Mz menjawab panggilan Mr. Mz dengan hati yg berdegup kencang, rasa tidak keruan.. Setelah sekian lama mereka tidak bercakap bersama apa tah lagi bertemu. InsyaAllah, 'saya akan turun Shah Alam bulan 3 nanti' jawab Mrs. Mz dengan yakin dan berharap. Tidak lama kemudian, mereka perlu meletak fon kerana masing2 ada keje perlu di buat..

Setelah buat kata2 terakhir sebelum mereka tidur, masing2 wish Selamat Malam dan sebagainya untuk hari itu. Setelah meletak genggaman telefon bimbitnya, Mrs. Mz terasa seram sejuk, kerinduan kian terasa dan hanya mampu tersenyum sipu. Mr. Mz dengan rasa leganya setelah membuat panggilan dan dia perlu membersihkan diri setelah keluar seharian dan mendapat surprise Birthday party oleh teman rapatnya dan Mrs. Mz tidak dapat join kerna busy dengan kerja. Selain itu, Mr. Mz perlu tidur lebih awal kerna paginya ada kuliah yg perlu dihadiri... ----> next part




19 February, 2011

Pernu-Umbai, Melaka (Ikan bakar)

Assalammualaikumm... yuuhuuu... hai korang.. tengah buat ape je tengah malam ni. Masih berblogging lagi ke. hehehe.. Sama la dengan aku nih.. :) Nak Cite nih.. haa.. malam adalah malam yg paling best bagi aku.. jarang berlaku.. Aku dan family makan besar la juga.. Nak tau kami makan ape.. ce tengok, ce tengok... Antara menu kami...




Slluurrppp!!! ppperggh!!! best weiii.... Ikan Siakap Masak 3 Rasa... Seekor je. =)


Tak sah kalau pegi kedai ikan bakar tak ada ikan bakar kan. Haa.. ni Ikan Bakar Siakap!!!
Aku pun tak sure seekor ke 2ekor. Nampak macam 2 pun ada juga. Sebab ada 2 pinggan.
Apa2 pun layannn!!


For sure Sotong Goreng!!!! Order 1kg!! cukup la tuh.. makan 6 orang.. Nyum2!!!


Haaa.... tak sah la kalau makan tak ada air! Confirm tercekek minum air laut!! air laut senang je bawah kedai tu. haa. Ni air Fresh Orange! Order 2 jak! umpama order 1 jak, mau taknye ais je penuh dalam jak tu.


p/s: nama kedai ni Parameswara. Tak sure la semua orang tau kan. Harga boleh tahan. Jangan tak tau kedai ni dah didatangi byk kali oleh Jalan2 Cari Makan TV3!!! Memang tak rugi makan kat sini.. Ape2 pun Alhamdulillah.. errgghh!!! kenyang sudah! :)
Photobucket

18 February, 2011

Header PERCUMA oleh SyedGraphiX


Assalammualaikum.... Haa.. korang nak tau tak.. aku ada berita baik nih.. Syed GraphiX nak bagi PERCUMA Header.. Aku dari zaman tok kadok lagi dok depan lappy bukak photoshop tak menjadi2 header aku.. Dan satu permintaan kat Syed tolong buatkan header utk saya.. :(

Requests:

1. Tema: Feminine tp suke gadget :)

2. Name header Sentuhan Hati Liyana (pink)
eg: Sentuhan
Hati Liyana

3. Background white color

4. Font biasa2, 3D, selain tu tak kesah lah... aslkan matching dengan template sy.

4. Letak love love gitu..

5. Bawah penjuru kanan letak url sy. (http://sentuhanhatiliyana.blogspot.com)

6. Simple tapi menarik dan cute tu yg penting..

Gambar


Camera ni letak la mane2.. Butterfly atas name header.

Siapa nak dapat header percuma klik ni.

p/s: terima kasih la kepada SyedGraphiX kerana sanggup menolong blogger macam sy yg ketandusan idea..

Photobucket

Sepetang Bersama.....

Assalammualaikum~
Hye kawan-kawan...
Cewah, cewah.. kemain mesra lagi.. say "MESRA"
MESRA~~~~ ( ala-ala Bob AF gitu...)
Hmm... agak tengah malam juga lah aku nak update blog..
Sebab idea tu datang bila2 mase je dari pagi hingga la ke malam..
tapi tang rajin nak bukak lappy tu, nak menaip, bina ayat.. tang tu jo den maleh..
Apo maleh bona den ni pun den tak tau la nak goyakk.. (Allah cmpur la N9 dgn Klate)
Ni kes ade ramai kawan N9 dengan Klate le nih.. hihihi... Best juga belajar loghat lain pulak kn
Ni takk.. asek dengaw orang Melaka je.. Haa.. kan da kuaw bahasa Melaka.. hahaha
Skg ni bukan nak cite pasal bahasa.. Den ni hah! nak cite pasal petang yang indah...
Ce cite, ce cite... ni kes terkene sampauk Hantu Kak Limah le nih..

Biasa korang petang-petang buat ape je?? Adakah same macam aku..
beriadah, kononnye lah.. ade orang beriadah buat 'peta' sangat la bagus..kan
Macam aku nih.. ada ramai adik.. ramai tu tak la ramai sangat.. Ada 4 orang lagi bawah aku.
Dengan kucing2 yg comelnye.. haa. jadi bertambah ramai.. hahaha
Belaka umah aku ada laut.. tapi tak la tepi sangat.. Nak bagitau angin kuat kat umah aku nih.
tu je.. haha

haaa.. ni la adik2 aku.. ade lagi sorang.. :)
*picture kucing tak ade, sebab orang kata tak boleh amek gambar kucing nanti mati tak pun hilang.. (Cita benar juga, kucing2 aku yg mati seblm ni kes amek gambar la juga)


So, dengan angin sepoi sepoi bahasa bagai nak sempot tuh..
nak main badminton angin pulak kuat... Haaa.. DAtang la pulak idea...
JOMMM!!! adik-adikku!! kita buat layang2.. takyah beli2 nih.. kita buat sendiri baru ade feel.
BAru rasa dihargai layang2 tu.. kan.. main hasil buatan sendiri.. kan..
Ada yg tak nak main layang2. main basikal.. pusing2 sekeliling umah je.. Tak kesah lah..
boleh sehatkan badan.. Kuaw peluh... Baru ada sihat~ (loghat cina ckp)


p/s: selagi ada masa, kita luangkan.. tak semua orang ada masa macam kami nih..
so, sape2 ada adik beradik mcm kami.. enjoy2 lah... ye. :)
Photobucket

15 February, 2011

OMG! OMG! aku dapat RM 11117?!!

Assalammualikum...
Hai semua.... Lame tak update blog nih.. aigoo =,='
So, hari ni Sempena Maulidul Rasul, aku pun bt la entry tp bukan pasal Maulidul Rasul..
Aku nak cite.. ce cite ce cite.. huhuhu.. (kelakar la cite Hantu Kak Limah nih)..
Haihh.. kesitu pulak aku nih, aku nak bagitahu ni..
Tadi aku bukak la yahoo mail aku. KOnonnya nak la tengok kalau2 ada email penting kan.
Aku pun bukak lah.....bukak2 aku nampak, aku nampak..


l
l
l
l
l
l
l
l
l
l

Taraaa......... RM 11117?? oh.. tidak.. tp email aku!!!


OMG! OMG! OH MY GOSH... Mak aiihh.. banyak giler... 0,0! Ni kes gara2 SB!!!
Sahabat Blogger!!!
Sejak 2 menjak, 3 menjak nih.. aku ada lah join SB! (padahal da berbulan)
SB tu memang best! tersangat-sangat best! Rugi kepada blogger2 kat luar sane
tak join... Hmmm... rugi, rugi, rugi.. boleh mengeratkan silaturahim antara blogger..
boleh share2 comment, follow mane blog yg best, interesting... ape2 pun sharing is caring lah!
Aik! mempromote SB pulak.. Ni mesti dapat habuan setelah dipromote...
hahaha.. (takdenye habuan, tembuan adelah)
Erk! terpesong sudah lagi aku nih.. errgghh... Aku nak cite ni... Setelah join SB ni...
email aku makin meningkat dengan rancaknye ye! Tak tertahan dek jari nak mendelete.
Hari2 beribu masuk, ini kan pula kalau seminggu sekali bukak.. Mau tak macam gitu banyak
nya email aku... Ooo.... tiiiddaaakkkkk............... Ponek la den pas ni nak mendelete benda alah tuh...

p/s: so, buat la ape yg patot utk sekat email tu masuk..
Photobucket

10 February, 2011

Menariknya kaw...

Hello.. hello.. selamat petang guys.. Petang gitu. So, petang2 ni korang buat ape je..
bersukan, atau mengadap pc or lappy korang tu dok layan SB tak habis macam aku..
wahahaha... gerrhh!! Lame2 mengadap lappy ni rabot biji mate aku nih.
Aku confirm2 la baru balik keje.. aigooo... =,=' penat beb!! Da la tengah musim panas terik.. Berjalan kaki jauh pulak tuh.. hmm.. Tapi aku bersyukur, kalau asek hujan je.. aku merungut je. Tah ape yg tak merungut aku pun tak tau. Sabar jelah..

Sambil aku berjalan terkedek2 balik.. jalan la tepi tasek yg nyaman penuh bdk2 couple kat
lereng bukit tasik tuh. huh!!! Aku pun ada boyfriend juga!!! Alamak! ter emo pula.. hehehe
Jalan punya jalan, aku dengar bunyi binatang, ang! ang! ang! huh!! bunyi macam kenal jew..
mane pulak datang bunyi natang nih! kiri kanan, kiri kanan tak ade pun... Tengok punye ku tengok.. Kat belakang aku!!! Waaaaa..... makin lame aku tengok, makin dekat angsa tu, lagi dekat lagi dekat, dekat.............. Ape lagi.. Lari weeeyyyy.... dengan berkakikan tumit tinggi. Nak terpelecok aku. Cabut kasut tuh.. lari pecut aku 1000m/1saat... Mencungap2 aku di buatnya..
Haiihhh.. angsa, angsa. Hang da buat aku mara nah... Tunggu hang, cek datang sana nanti, pala hampa cek putaq! Petang yg nyaman yee....


Gaya gini la si ang, ang ni lari taw!!! gerrghh!!!




Photobucket

Sape nak tau pasal rahsia tahi lalat?


Haii..... selamat tengahari. Ops2.. tahi lalat weiii kita nak bercakap hari ni.
Sape tak ada tahi lalat? Haa.. cepat ngaku.. heheheh.. Tipu lah tak ada tahi lalat.
Semua orang ada tahi lalat tau. Contohnya kat muka, leher, badan, kaki, tangan.. mane2 lah.
Pasti ada punye.. Dia ade bsaiz kecik, sederhana, besar.. kemain lagi si tahi lalat ni kan.
Tahi lalat menghambat penuaan kalau korang nak tau.. Tahi lalat ni juga boleh jadi sebagai identiti seseorang tu. Contoh dialog: Mak kenal tak mak temah kat ujung kg tuh? sape? Mak temah yg ade tahi lalat besar kat pipi tuh.. Haaa.. tu salah satunya.

Kalau nak tau, tahi lalat ni ada rahsia tersendiri bgantung pada tempatnye idup.. hihi..
Sementara baca tu, belek2 la makne tahi lalat korang tu.. kikikih..
  1. Di bawah mata: Orang yg penyayang..
  2. Di dahi: Orang yg millionaire atau cerdik..
  3. Di belakang area bahu: Orang yg banyak beban.
  4. Di kiri mulut: Pandai menyanyi (majoriti penyanyi ada, try check)
  5. Di leher: Bagi perempuan, suami akan sangat menyayanginya.
  6. Di hidung belah kanan: Bagi orang lelaki jangan berjudi kerana anda mungkin menjadi kaki judi
  7. Di hidung belah kiri: Bagi orang perempuan pula.
  8. Di tapak kaki: Confirm kuat berjalan.. hehe
  9. Di dagu: Tampak lagi manis rupanya bagi seorang perempuan
  10. Di perut: Kuat nafsu.. tak semestinya sex. Mungkin kuat makan.
Haaa.... tu la antaranya rahsia tahi lalat. Ape macam?? Dah bace sambil belek2 tak? ke bace dulu baru sat g nak belek2.. hehehe.. tak pe, tak pe. Itu semua hanyalah ramalan. Ada yg boleh dipercayai, ada yg tak boleh dipercayai. Ingat Tuhan tu yg Maha Pencipta. Dia lah yg menentukan segalanya. Subahannallah...


Photobucket

09 February, 2011

Pantang Larang..


Assalammualaikum...

Ape macam semua...? Hari yang baik, mood pun agak ok la. Selamat pagi cinta. hihihi..
Entry kali ni pulak aku nak bercakap pasal Pantang Larang. Korang mesti penah dengarkan orang2 tua macam parents, atuk nenek, makcik, tak pun jiran sebelah umah la kan. Kalau kita buat je benda dia rasa itu pantang, dia akan tegur. Mesti penah dengar punya lah. Petua atau Pantang Larang ni wujud pada dulu lagi. Ada je tak kenekan. Rasionalkah pantang larang tu? Mari kita lihat contoh kat bawah nih:

  1. Orang dulu kata kalau makan tatang pinggan tu, akan banyak berhutang? betul ke? Rasionalnya: mungkin orang dulu nak nasihatkan supaya makan biar la bersopan. betul tak?
  2. Menyanyi di dapur bagi orang perempuan akan kawin dengan orang tua. Rasionalnya: Supaya kita focus dekat masakkan kita tu, takut2 terletak banyak garam, terhangit, terhangus.. huhuhu
  3. Bila seorang isteri itu mengandung, si suami tak boleh pegi memancing. Takut2 anak yg dilahirkan sumbing. Rasionalnya: hmmm.. agak2nya ape ye? aku pun kurang pasti. Mari kita fikirkan.
  4. Bayi atau budak kecik kalau badan agak besar, kita perlu la tegur atau cakap 'ku semangat'. Rasionalnya: Supaya si ibu bayi atau budak kecik tu, tak kecik hati..
  5. Bukak payung dalam rumah, dikhuatiri ular masuk dalam rumah. Rasionalnya: boleh jadi semak rumah mungkin. Wa Allah.
  6. Menyabung kaki ketika menyiarap, orang dulu kata buat mcm tu ibu bapa kita akan meninggal. Wa Allah.
  7. Makan ketupat. Tak boleh buka daun ketupat tu ikut urutan atau tarik satu persatu daun tu. Nak makan terus kerat dengan pisau di khuatiri sesat jalan. Rasionalnya: tak perlu tunggu lame2 nk buka ketupat tu. Potong sudah, settle da boleh makan.
  8. Makan tak boleh bergalih tempat dikhuatiri kawin ramai. Rasionalnya: tidak sopan. Bagaimana pula time open house? Bukan ke kita bergalih2. hmmmm....
  9. Makan nasi mesti kene habiskan nanti nasi menangis. Rasionalnya: mengelakkan pembaziran.
  10. Tak boleh duduk di atas tangga ketika magrib takut di rasuk hantu. Rasionalnya: Pada waktu magrib sepatutnya menunaikan solat fardhu magrib.
Haaa... tu la antaranya PANTANG LARANG orang dolu2.. Ada benarnya bagi alasan sedemikian. Bukan apa, untuk kebaikan juga. Banyak lagi pantang larang tapi hanya ini yg mampu saya beritahu. Kalau apa2 pertanyaan boleh la comment ye. Ada satu lagi pantang larang ni yg selalu la jugak orang guna iaitu..... jeng3.. PANTANG NENEK MOYANG AKU!!!

Photobucket