30 April, 2011

The way I Like

Assalammualaikum,

Olaa... Good Morning guys.. Wah! cetengok..cetengok.. Pukul berapa aku upedate entry.. Uish.. Pukul 4 pagi sehhh.. Ha Ha Ha. Ni kes baru lepas renew template blog punye pasal la nih.. hehe. Tu jela aku pandai. Entah masa la aku ni dapek tempek HEADER.. huuu.. sedyhnye.. T____T. Kesihannya aku ni. Sabar jelahkan. Header, header, header... alahai kaw ni. Kenapa payah naw aku nak buat kaw. huh !

Malam-malam cenggini korang buat apa je? Adakah macam aku jugak? Jadi burung hantu.. HA HA HA.. Sambil nonton tv. Eah2. ada ke cite best2 pagi-pagi buta ni? Sapa kata tak ada? Apa gunanya bayar bil astro kan? Rugi weiii...tak tengok. ngee.. ^____^. Tapi... haaa.. tunggu la pakcik bil elektrik hantar laporan bilnye. Berbillion oiii... bukan tengok tv je, mengonlinekan diri lagi. Macam-macam benda nak hidup tengah-tengah malam gini.. hihi..

Hmmm.. cenggitu la cerita aku pada tengah malam lagi buta ini. Entry aku jarang keluar petang2, tengahari, subuh2.. sebab aku memang tak boleh bina ayat. Itu la pasal.. hihi.. Topik dah ada, tapi tak pandai susun ayat je. Oke. Katil, bantal2 busuk aku pun dah panggil aku suruh tidur.. Memandangkan jap lagi aku kene bangun awal nak pegi pasar. huuraayy.. wee.. hahaha..
Pegi pasar macam nak pegi shopping pulak aku ni kan. Aku memang suka pegi pasar.
Anyow... ^_____^

Photobucket

25 April, 2011

Untukmu Kali Terakhir

Assalammualaikum,

Hai awak, awak sehat, dah makan, good luck for your final exam. Hope awak sehat sentiasa bukan untuk siapa-siapa tapi untuk diri awak juga. Hmmm.. kenapa lah saya rindu sangat kat awak ni. T__T. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa peritnya, pedihnya hati ini setelah mendengarkan perkataan yang saya tak suke itu, malah lagi benci dan mintak-mintak dijauhkan tapi awak masih menyebutkannya. Kenapa kita harus berpisah?? kenapa awak? Ini bukan kerana orang ketigakan?

Walaupun awak telah menyatakan bukan disebabkan orang ketiga tapi semata-mata awak busy! Ya Allah. Terkedu saya mendengarnya awak. Tak terkeluar segala perkataan dalam benak dan fikiran saya ni. Hanya awak sahaja berkata-kata dan masing-masing hanya mampu mengalirkan titisan air mata. Subahannallah... kenapalah terjadi sebegini. Kenapa tiba-tiba awak boleh buat keputusan sebegitu? Kenapa awak tak berbincang elok-elok dengan saya dahulu sebelum membuat keputusan itu.

Awak sebersalah kerana kita jarang dapat berjumpa? Kadang-kadang awak rasa kalau ada masa free pun awak macam tak nak contact saya? Adakah salah satu sebabnya awak sudah bosan dengan saya? Awak kata awak semua kesalahan dan kekurangan pada awak menyebabkan awak nak putuskan hubungan kita? Ya Allah. Tak ada manusia kat dunia ni sempurna awak. Saya faham situasai awak, awak busy jadi saya tak mahu ganggu awak. Saya baru berniat nak jumpa awak tapi awak da buat keputusan begini. Saya tak mampu nak buat apa-apa. Awak yang mencari saya dan berikan kasih sayang awak dan awak juga lah yang membuang dan mengambil kembali kasih sayang yang awak berikan tu.

Namun, apakan daya dengan hati yang berat terpaksa menerima keputusan awak tu. Bagaimanakah hidup awak sekarang? Adakah serupa dengan saya? Tidur dalam tangisan, makan tidak lalu, lagi di telan, lagi menitis air mata. Jauh di sudut hati ini sanggup sahaja menerima awak sebagai kawan baik. Mulanya kita sebagai kawan, seharusnya di akhiri sebagai kawan. Usah rasa sebersalah lagi. Ingat Ajal, Maut, Jodoh ditangan Tuhan. Kita hanya mampu merancang dan hanya Tuhan yang menentukannya.

Saya harap awak jaga lah diri awak baik-baik. Carilah pasangan yang lebih baik dari saya dan yang boleh membahagiakan awak setiap detik waktu. InsyaAllah. Hanya satu sahaja soalan saya, boleh tak kita jadi sebagai kawan? Sekurang-kurangnya kita tidak memutuskan silaturahim yang telah tercipta. Harap awak membaca entry ini buat kali terakhir. Sekian.
Photobucket

Pupur buah- buahan baik untuk Wajah!

Assalammualaikum,

Hai gengs~ Dah lama tak bukak sesewang blog ni. Haish.... Sudah seminggu tidak ada mood untuk berblogging, makan tak lalu, hati berkecamuk.. Hanya Tuhan saja yg tahu. Hanya Tuhan saja yg boleh mengubatinya. hmm... tidak mengapa lah. Usah risau hati yg terluka. Itu kita tolak ketepi sebentar. Hari ini aku ada tips untuk menyerikan Wajah!

Kulit wajah adalah sensitif tapi mudah dirangsang. Kenapa? Pakar Kosmetik berpendapat, ia perlu dirangsang selalu bagi melicinkan perjalanan darah selain bermanfaat sebagai amalan awet muda pada kulit wajah. Rangsangan pada kulit muka boleh dilakukan dengan beberapa cara termasuklah menggunakan pupur yg disapukan lembut pada wajah. Penggunaan pupur atau topeng amat diperlukan bagi melambatkan proses penuaan, menyegar, menghalus dan melembutkan kulit.


Dari buah Timun:
  • kisar dua biji timun sehingga halus.
  • gaul dengan minyak zaitun dan susu segar sehingga sebati
  • sapukan pada wajah dan biarkan selama 15 minit.
  • bilas dengan air suam
Dari buah Tembikai:
  • jemur kulit tembikai sehingga cukup kering
  • giling kulit tembikai kering itu.
  • campurkan lendir lidah buaya dan sebiji timun bersaiz sederhana
  • masukkan kulit tembikai tadi ke dalam campuran tadi, gaul hingga sebati.
  • sapukan ramuan itu ke wajah selama 15 minit.
Dari buah Pisang:
  • hancurkan pisang embun yg sudah dimasak
  • tambahkan minyak zaitun dan tambah sedikit madu.
  • sapukan pada wajah dan biarkan 10 minit.
Dari buah Betik:
  • kisarkan setengah biji betik.
  • sapukan secara merata pada wajah dan biarkan selama 15 minit
  • bilas dengan air suam
Dari buah Epal:
  • parut dua biji epal
  • campurkan dengan sedikit madu
  • sapukan pada wajah selama 10 minit
  • bilas wajah hingga bersih dengan air sejuk!

Haaa.... mudah sajekan! dari buah-buahan sahaja. Kadang-kadang beli buah kat rumah tu tak terhabis. Ape kata kita buat pupur. Tak la membazir.. Nak pegi salun kecantikkan tak mampu. So, buat la cara begini pun da membantu. Tak ade chemical. Betul tak!??

Selamat Mencuba!

Photobucket

09 April, 2011

Glitter Graphics

Assalammualaikum..
Memandangkan aku da boring. So, cara nak kurangkan sikit level boring aku ni.
Aku buat entry kat blog aku ni jelah. Lagi pun da lama tak update blog ni.
Haishhh.. sebenarnya tak ada apa pun nak di perkatakan..
Just nak tolong je mane-mane newbie yg rase nak bagi entry nampak cute ke,
menarik ke... JOm kita tambahkan sikit entry korang tu dengan Glitter Graphics!
Kadang-kadang kalau aku boring dengan entry aku sendiri, aku tambah la
glitter2 tu. Aku dah boring... ape tah lagi pembaca aku nanti kan!
So... JOm! Check it out! Click ---->> Glitter Graphic
banyak glitter animated! macam-macam ada.. ^__^




Photobucket

Hari ni hari ape?

Assalammualaikum.
Entry hari ni pendek je.
Sebab ape sebab Hari ni Hari ape?
Hari yg Paling Membosankan! errghhh!!!
On9 24hours pun bosan tau tak! tengok tv? aigooo...
Tak ade cite best laa.. Makan? haish... gemok la den ni hah!
Makan yo.. =,='. Tido? uishh.. jangan... Panas kot petang2 nih..
Mau berpeluh2 tido kang.. Keluar, hangout dgn kawan?
Hmmm.. tah mane kawan aku semua. Kalau dorang
ade pun aku malas nak keluar.. tak ade mood plak.
yela.. keluar kesane, kemari tapi ongkos non hado!!
So, kalau ongkos non hado! baik tak payah keluar
buat sakit mate, sakit hati aje! haishh..
Dari tadi, baring atas katil, mgadap laptop ni
bukak facebook tu, boring, main game, boring
keluar bilik jap, pegi dapur bukak peti ais. minum air.
pegi ruang tamu tengok adik tonton cite korea.
Haish... arrrghhh!!!! TErsangat, sangat la boringg.......
Hari-hari mcm ni lah! boleh gile aku ni!

tolooggg!!!


p/s: kalau lah aku ade kereta sendiri. mcm aku mimpi mlm tadi. aku mimpi ade kete kancil warna puteh. cewah2.. berangan la tu ade kete sendiri. boleh la pegi jalan puas2. huuu....



Photobucket

06 April, 2011

Bersedekahlah kamu dengan seikhlasnya.

Assalammualaikum.. Selamat Tengah malam semua. ^___^ baikkah semuanye? Alhamdulillah.. bagus la kalau begitu. ok! Malam ni nak bertazkirah sedikit. BERSEDEKAH. Kenapa aku highlight kan? Sebab tajuk pasal itu la aku nak bincangkan malam ni. Adakah anda tau apa itu bersedekah? Wajib ke sunat? Bagaimana?

Mari kita teruskan. Bersedekah maksudnya kita seiklas hati menolong orang dalam kesusahan tidak kira la siapa orang tu. Bangsa melayukah, cina kah, india kah atau Islam, Hindu, Buddha, kristian.

Bersedekah ni ada pelbagai cara. Contohnya, dari segi keewangan, senyuman pun salah satu sedekah. Ape salahnya senyum, bukannya lepas senyum tu kita jadi cacat, tak rugi pun. Dapat pahala lagi. Bukan senang nak dapat pahala. So, dengan cara amalan kita bersedekah itu pun da dapat pahala dengan mudah. Sedekah juga akan dapat pembalasan dariNya. InsyaAllah.

Dalam Islam ada sedekah yg wajib contohnya zakat. Setiap umat Islam yg cukup segalanya diwajibkan membayar zakat bagi menolong orang yg dalam kesusahan. Manakala sunat pula, seperti bersedekah wang ringgit kepada orang yg memerlukan. Pakaian, makanan, dan sebagainya. Firman-Nya dalam surah Saba’, ayat 39 yang bermaksud: “Dan apa saja yang kamu nafkahkan di jalan Allah, maka Dia pasti menggantikannya. Dan Dialah sebaik-baik Pemberi Rezeki.”

Namun amalan ini mestilah dihindarkan daripada perasaan menunjuk-nunjuk (riak), rasa bangga diri sendiri (ujub), berbangga-bangga (takabur) dan mengungkit-ngungkit kerana ini semua akan menghapuskan pahala yang diperoleh ibarat mencurah air ke daun keladi.


p/s: harta dunia tak bawa ke mati. bersedekahlah kamu kepada golongan yg memerlukan.
Photobucket