29 June, 2011

Kesana, Kesinun.. Huii..

Assalammualaikum...




Selamat petang.. jam tertunjukkan aku pukul 3:05 petang. Meaning that ada lagi 1 jam 30 minit lagi aku nak balik. Orite.. ^______^.




Bukan kepanasan tapi dah tak tahan dah duduk dalam office nih. Kesane kemari, kehulu kehilir.. Haish.. tutup katup, bukak bukek.. hmmm.. Terlalu sejuk dibuatnya. Dah naikkan dah pun tempreture tapi tetap sejuk memandangkan kat luar hujan lebat..






Dah tutup air-cond pun tetap terasa sejuk. Asyik ke toilet saje.. membeseh.. Boring juga sebenarnya ni. Bila ada kerja penat, bila tak ada hmm.. boring pulak yang datang..


So, kita hupdate entry and then kita buka mana-mana web yang berinfomasi. Orite..




28 June, 2011

Hari Pink and Purple Sedunia..

Assalammualaikum..




Selamat Pagi.. ^_____^




Hari ni hari apa? Hari Selasa.. Orite. Hari bagi semua perempuan suka taw. Nak tau kenapa? Baju color apa perlu kita pakai hari ni? Mesti la pink or purle color.. tu la jawapannya.. :)





Warna baju dapat membangkitkan mood hari korang taw.. Jangan tak tau.. Heee...

27 June, 2011

SAYA



Assalammualaikum...





Simple sahaje... Nak join just click HERE




Eah, eah.. cenggini pun boleh laa..

Assalammualaikum...

Selamat Pagi Malaysia.. Salam 1 Malaysia.

Orite... Adakah korang dah breakfast? Dah? Oke.. ^_____^. Bagus. Baru perut tahu yang ktia dah bangun dan memulakan hari dengan ceria. Aku pun breakfast. Minum air nescafe dengan roti coklat+kismis. Best.. Mak aku bekalkan suruh bawa pegi keje. Baik tak mak aku...

Taraa... Ni la roti tu.. ngeee... ^_____^


(pinjam dari incik Google)

So, sekarang ni kepala aku mula datang penyakit dia iaitu sakit kepala laa.. hihi :). Tak tenang nak buat kerja taw. Nak buat kerja pun tak ada mood. Spoil betul laa.. kan kan.. Nak makan ubat nanti mengantuk pulak. Adoi. Leceh punnn.. :P







26 June, 2011

Pagi-pagi dah Dark Coklat..

Assalammualaikum...

Yuhuu.... Selamat Hari Minggu sekalian alam semua.. Hari minggu ni aku kurang ada pengisian sikit.. Just duduk dekat rumah je, memerap dalam rumah. Seharian aku tidak kemana-mana. Yela.. kata pun hari Ahad. Duduk jelah kat umah ni je, esok nak keje. Penat pulak kan..

Memandangkan sekarang dah kerja, selalu bangun pagi-pagi. So, weekend pun aku bangun seawal pagi cuma lewat 2jam dari aku bangun pegi keje laa.. He He He.. Kalau nak lebih-lebih pun tak boleh sangat.., Rimas! Yela orang kata weekend jela dapat balas balik tidur kan? Aku? ohhh tidak... tak boleh. Dah terbiasa katakan.. Hi Hi Hi...

Bangun-bangun je pagi tadi, kepala aku dah pikir coklat yang aku beli semalam. Aku beli tiga jenis. Brand Vochelle yang 1 papan besar dengan yang kecik. 1 lagi aku beli coklat Mijie. hehe Kenapa tak cadbury? Sebab aku tak berapa suka sangat dengan cadbury lorhh.. Manis sangat, sakit gigi kalau makan. So, makan coklat selain cadbury je boleh. Ok la tu. he he he.. Jimat la sikit..kan kan.. :P


Hmm.. bagus taw kalau makan coklat pagi-pagi. Baik untuk minda korang.. So, lepas ni. Beli stok coklat simpan dalam peti ais. Nak pegi sekolah ke, kerja ke, tak pun yang suri rumah tu.. duduk sebelum buat kerja rumah tu. Boleh la colet sikit.. Hi Hi Hi.. ^__________^






24 June, 2011

Idaman akan Menjadi Kenyataan...


Perodua Myvi Elegance

Proton Gen-2


Peugeot 308 GTi


Nissan Latio Sport


Nissan Juke


Mini Cooper


Haa.. menawan tak pilihan aku ni. Tak tahan kann.. Aku ni perempuan yang jenis hati lasak, sporty beb.. tapi tak kasar ok. ha ha ha... Color yang aku suke pun tak tahan.. Red color je.. Kereta mengikut kemampuan aku nanti. Ngee.. :) tapi sekarang ni aku terlalu addicted Nissan Latio Sport.. Kalau tengah bawa motor pegi balik keje tu, aku nampak kete tu lalu sebelah aku. Aku kejar kete tu sampai aku puas tengok.. Wahahaha.. Terbaik tak addicted aku tuh... hehe


p/s: InsyaAllah. Aku akan bekerja keras demi masa depan aku, cita-cita dan idaman hati aku.. I will do it~!




Spontaneuous Thursday # 1


BLOG

BLOGGING....

MENGISI RUANG BORING

MENGISI RUANG ILMU

SHARING IS CARING..

^_______^




23 June, 2011

Harap-harap kurang la sikit eaaa..

Assalammualaikum...

Haiyakkkk..... dah pukul 12 lebih daa... Aduhh.. Masaklah aku nak bangun pagi esok. Seawal pagi lagi aku dah kene bangun. Pukul 5 lebih atau 6. Paling lewat pukul 6:15 pagi je. Takut terlewat pergi kerja. Sesangat pagi laaa.. aku bangun dan pergi kerja. Korang tah-tah pukul 7:00 agaknya baru bangun kan kan kan..

So, dua tiga hari ni Melaka dilanda hujan setiap hari. Setiap pagi aku nak pegi kerja, dah kene pakai baju hujan selabuh tumit kaki aku taw! bukan tumit jiran aku... Hujat selebat-lebatnya, dengan angin ribut bagai nak taufan. Terpaksa lah aku redahkan juga hujan tu, cuma terlewat dalam 10-15 minit jelah ke office.

Sekarang ni tengah hujan lebat lagi.. Alhamdulillah.. hajat aku dimakbulkan kerana hujan turun awal sebab aku tak nak hujan turun seawal pagi time aku nak pergi kerja. Tersangat-sangat leceh untuk aku berpakaian hujan ketika bawa motor. Rasa macam serabut je, dah la aku ni rendah. Kalau stop kat traffic light je, mesti aku macam nak terhuyung hayang.. Nak kawal minyak lagi, dengan baju hujan aku yang besar dan labuh tu lagi. Haish.. berbaju kurung pulak tu. Memang menyesakkan..

So, sampai disini sahajalah entry aku harini. Esok kita bertemu lagi. InsyaAllah..


Sebelum tidur jangan lupa baca doa sebelum tidur..
Selamat malam...
^______^





22 June, 2011

Apa yang dihajati lain pula jadinya... Terkono

Assalammualaikum...

Ehem, ehem.... yuhuuu.... Dah lama doh dok hupdate entry maley gini deh. Kito kecek klate bentar deh.. Molek dok kawe kecek ore2 klate? Dok? Meme la kawe ore Melako bahasa pun kasar sikit dok? hahaha... Udah-udah le tu Liyana kecek klate demo tu..

Oke. Malam ni aku nak cite pengalaman lucu aku dengan ex-roomate aku and tiga orang senior aku ni. He he he.. Gelak jangan tak gelak.. (paksa nampak) ^____________^.

Kejadian ni berlaku pada first sem aku masuk UiTM la. Masa tu Blok/kolej/asrama aku ada buat dinner. Memang every semester ada buat dinner kolej or faculty. So, time first sem aku tu adalah turn kolej buat dinner. So, setiap event mesti ada buat cabutan bertuahlah kan. Member sorang aku ni orang Kelantan. Dia bertuah malam tu, dapat la hadiah untuk cabutan bertuah tu. Waa.. gembira tak terkata dia, kami yang lain tumpang sekaki aje. Kami bertujuh orang.

Habis je dinner, kami pun pulang dan kawan aku budak klate tu namenya Na. Balik dengan perasaan gembira tak terkata. Al maklum laa tak penah-penah dapat cabutan betuah katakan. Balik je bilik, salin pakaian semua. bukak laa hadiah cabutan betuah tu.. Bukak, bukak je.. Nak tau apa yang dia dapat? Taraa..... (scroll ke bawah)




Perghh!!! Best giler kan kan... Dah la aku minat giler kat Chocolate ni. Chocolate bar pulak... So, adalah 12 bar. So, daripada 6orang tadi dapat la sorang 2bar. Sorang lagi senior baik kitorang yang join kitaorang masa dinner tadi datang ke bilik. Kononnya nak tengok la apa hadiah yang Na dapat. Dia orang Pahang tapi kampung dekat Kelantan. So, konon orang kampung la tu, nak bodek la kan. Sabar jelah.. mentang-mentang baru part 1 (sem 1). Sorang yang agak kasar sikit la. Badan besar sederhana. Senior photographer.

Datang je kat bilik dia akan cakap.. 'Cicakman datang' sambil kain batik dekat belakang ala-ala batman. Ha Ha ha.. Then, dia kata ' Na mane mu punya hadiah, ko dapat ape?' Na pun jawab kawe dapat coklat je kak. Akak nak? Senior aku jawab 'eah nak la. kitakan satu kampung'. Dengan hati berbunga-bunga, busuk hati sikit, perasan. Terus dia tarik Na ke tempat lain. Di bisik-bisik 'ni untuk kita-kita jekan, jangan bagi dorang'. Na jawab la' iye ni untuk kita-kita'. Dia pun sekuat-kuat hati nak patahkan coklat tu.. Patah, patah tak boleh.. Eah2, kerasnya coklat ni.. Try lagi.. patah, patahkan pun tak boleh lagi. Senior aku tu pun pelik.. nak tau kenapa. Apa yang dah jadi kat coklat tu, setelah dia nak patah, patah kan..tu .. (scroll ke bawah lagi)

Haa... Nampak tak, nampak tak... Itu adalah miror/cermin oke!!! Terkono... hahahaha... Gelak sakan kitaorang yang lain. Tengok gelagat dia.. Busuk hatinya dia, nak coklat tu sorang-sorang, dengan terlompat-lompatnya dia dengan jerit 'yeah! yeah! yeah!'.. Akhirnya... dia dah terkena dengan kitorang. Merah padam muka dia menahan malu.. Hahahaha... ^________^. Sebelum dia terkena, aku dengan yang lain pun dah terkene juga. Nak patah, patahkan teruk dah. Baik perasan dekat tepi tu ada macam roll untuk bukak katub. Try, try bukak. Rupanya miror. Sabar jelah. Bajet sebelum tu, nak bagi sorang dua bar juga lah. Kitaorang tau senior tu nak datang. Kitaorang pun plan la rancangan evil kitaorang tu. hahahah..Pengalaman lucu yang aku alami time aku belajar. ia akan sentiasa di ingatan aku selamanya. Miss them so so so....much!!







AKU PROMOSI KAU PROMOSI AKU



Assalammulaikum...

Halu.. Halu.. kopi dan milo... ^______^

Banner ---> Done!

Tajuk ----> Done!

Kita tunggu next stage! oke babeh~~ ^_____^

Korang nak join juga? Just click the banner..




World of Sleepy..

Assalammualaikum...

Good morning everybody.. How are you today? Everything okay? Hmmm... Today is so so so sucked, sleepy, tired... Oh My God... Gggrrhhh!!! I want to back home, home..home.. hmmm... >,<

MOm.. I want to back home.. hmmm... :( Come here, come here... (my pillow call me..) Damn!!!
Twinkle twinkle little star... bla bla bla.. OMG! I'm still sleepy... What i have to do? Exercise? Done! Walking? Done! Eat chocolate? Done! Drink a water? Done. Everything was done! So... what i'm going to do now?

I have to go somewhere to release my mind.. ^________^




21 June, 2011

JenG, jenG, jeng... shuuutt.... hehe

Assalammualaikum...

Ehem, ehem.. I'm back! I'm back... rindu tak, rindu tak.. Tuuihh!! perghh!! kurang ajar betul ludah-ludah ni. Tak ada adab sopan santun langsung. Ceh! orang cenggini kita sumbatkan je dalam tong neraka.. Wooo.. Jahat giler.. hehe... Itu semua adalah gurauan semata-mata oke! Jangan amek hati, amek jantung aje. Habis cite.. (evil)

Ok. Ok.. cukup lah kalut-mengkalut (ada eah perkataan mengkalut dlm kamus dewan) aku tu. So, tadi aku cakap aku nak pegi makan dengan solat kan kan.. Alhamdulillah.. Settle semuanya.
Korang nak tau apa je aku makan buat alas perut?? Nurget tempura 5 keping, 3 biji bebola ketam dan 1 botol air mineral sahaja. Ok kan tu untuk alas perut ke terlebih? Alaa. kira halal la tu..











Grrggggg!!! Eah, eah.. apa tu...

Assalammualaikum...

Selamat Tengahari.... Yuhuuu... heee.. Korang dah lunch ke belum? Dah?! Haa.. perut pun dah memuncit, dah hilang lagu keroncong dia tu. Kejap lagi keluar lagu ape?? Lagu dodoi la.. Melambai-lambai syaitan tu lambai dekat mata korang.. 'tidur la, tidur la...' Kurang asam boy betul kan?! Lepas makan je mesti mengantuk.. Perghh!! memang tersangat-sangat perangai syaitan tu..

Hmm.. aku jela belum makan lagi.. Perut dah lapar dari pagi tadi.. Nak pegi makan, tak tau nak beli apa. Rasanya nak keluar kejap beli la apa-apa yang boleh untuk alas perut ni. Pening-pening dah mula datang sebab perut kosong. Pagi tadi aku tak sempat nak bawa air mineral. Haish... tapi kita boleh hilangkan pening-pening kita tu sikit dengan makan gula-gula. Jangan makan banyak dan selalu tau.. nanti kene kencing manis pulak. Aku tak nak tanggung... huuu.. ^______^

Ok lah. Caw sin chi... Aku nak pegi beli makanan sikit and then aku nak pegi solat kejap. Busy, busy juga tapi jangan lupa apa yang wajib kita lakukan sebagai umat Islam.. oke! daa... :)




20 June, 2011

Air pasar malam..

Assalamualikum...

Air pasar malam surut pukul 5
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga

Pokok bunga melor tanam tepi pantai
Itik bertelur, ayam menetas

Cik baba jatuh dalam parit
Cik aminah ketawa jerit-jerit


Taraaa.... Haaa.. Best tak, best tak lirik tu.. Ngee.. ^_____^. Korang pernah tak nyanyi lagu ni? Tak? Nampaknya orang kampung macam aku ni jelah tau lagu cenggini. Tiba-tiba pulak aku teringat lagu ni kat office.. Masa dolu-dolu time kicik-kicik suka nyanyi-nyanyi lagu ni. Lagu ni ada dalam satu permainan kampung.. Bila nak main je, kene nyanyi lagu ni dulu.. haha..

p/s: sharing is caring :)

fax:
marzaitulliyanazainuddin@yahoo.c

Hari ni hari aku, esok hari siapa ye..??

Assalammulaikum...

Selamat pagi sekali. Hmmm... biasakan aku rasa macam excited je nak pegi kerja tapi hari ni aku laa.. paling malas sekali. Aigooo~~ -,-. Berbaju kurung color biru dan bertudung bawal je hari ni pun color biru. Hari tak berfesyen sangat taw. Pakai tudung pun macam mula-mula dulu pakai tudung. Labuh ke depan, tak ada nak pin belah kiri dengan kanan. Pastu pin tengah-tengah guna pin apa nak tau?? Pin button betuk riben.

Walaupun nampak macam ala-ala muslimah tapi ada cute sikit tang pin tu.. Ngee.. ^____^.
Jam sekarang tepat pukul 10:51 pagi.. Mata aku dah mula menyembah bumi.. Oii..Oii. ko henggat badan ko ke, macam nenek da tua tu. Haish... (iklan kejap) tapi jari jemari tetap menjalankan tugasannya demi tuan badan. Mata ni memang tak reti nak bagi kerjasama langsung.. Asyik nak membuto yoo.. Gogahm lak den ni hah!

Dalam office ni hanya kedengaran bunyi air-cond, jam berdetik (tu pun baru ganti bateri, td dah kiok), dengan jari jemari aku ni menaip entry dan kerja. Hmmm... perut pula dah menyanyi pelbagai lagu. Dah habis dah satu album akak Siti Nurhaliza kita ni.. Lepas ni lagu ape pulak. Pegi makann?? OOhhh.. tiddaakkk.. hari ni aku puasa la korang.. Asek makan haje.. so, kita bagi dia puasa pulak.. Hamekkk...




fax:
marzaitulliyanazainuddin@yahoo.c

19 June, 2011

Scholarship untuk Anak-anak Melaka

Assalammulaikum...

Selamat sejahtera dan selamat petang. Bagi Anak-anak Melaka yang dapat menyambung pengajian yang lebih tinggi anda digalakkan memohon pinjaman tajaan dari TAPEM.

Syarat-syarat kelayakan :

  1. Pemohon 'Anak Negeri Melaka' atau Ibu/bapa pemohon lahir di Negeri Melaka atau; menetap di Negeri Melaka sekurang-kurangnya 10tahun.
  2. Hanya pelajar yang melanjutkan pelajaran ke peringkat DIPLOMA atau IJAZAH sahaja boleh memohon secara online. Pastikan institut anda ditawarkan tersenarai di dalam tajaan peminjam. (senarai IPT)
Bagi pemohon yang ingin mendaftar bolehlah melayari web TAPEM. Hanya klik DAFTAR.



Photobucket

Syarat-syarat memohon tajaan MARA

Assalammualaikum...

Bagi adik-adik dekat luar sana yang baru lepasan SPM 2010, yang dapat sambung belajar tu. Tahniah diucapkan dan mesti nak minta loan kan? PTPTN, MARA, JPA, TNB dan macam-macam lagi. Jadi, disini aku nak fokus untuk tajaan MARA. Mula-mula pastikan korang periksa syarat-syaratnya dahulu di SINI.

Photobucket

Nasihat Menasihati untuk Adik-adikku..

Assalammualaikum...

Yuhuuu.... Hello, hello... kopi dan milo.. ^______^. Selamat petang... So, memandangkan hari ni hari Ahad kemanakah hala tuju korang hari ni? Shopping? Lepak-lepak dengan member? Kenduri khawin? Berkelah dengan famili? Tidur? Perghh!!! tak boleh bla tidur je... Ha Ha Ha.. Lebih kurang laa dengan den ni haa... ngee... :P

Aku nak ucapkanlah tahniah kepada adik-adik di luar sane yang dapat further your study... Waa... best tak dapat sambung study tuh?? Course apa korang taking tu? Mesti suka kan kalau dapat course yang di minati. Tak macam aku dulu.. Huu... Hmm.. terdapat pelbagai course disediakan di seluruh Universiti dan kolej kat Malaysia ni kan.. Pastikan pilih je yang mana satu dan pastikan pilih the right course juga taww... Nanti menyesal tak kesudah.. ^____^

Bagi adik-adik yang tak dapat further your study tu.. Bawakanlah bersabar, berdoa moga Tuhan tu mendengar rintihan hari korang tu. Mungkin sekarang ni bukan rezeki korang. InsyaAllah.. rezeki korang tu ada, cuma lambat je. oke! So, aku ni sebagai kakak yang baik (baik ke) nak menasihatkan adik-adik yang lambat lagi nak sambung belajar tu, pergi cari kerja dulu. Boleh dapat duit poket sikit, dapat beli apa yang korang hajat sangat tu. Nak suruh parents belikan, memang laa..berabad (macam aku). Dalam masa yang sama juga, korang dapat pengalaman. Pengalaman tu penting untuk masa akan datang.. Betul tak, betul tak... :)


p/s: hari ni hari paling tak seronok bagi aku. boring lah. dari pagi aku mengadap laptop je taw. naik bulaw mata ni.. hmmm.... :(



Photobucket

AL-Fatihah kepada Pelakon Zami Ismail

Assalammualikum

Hari ni pada 19/6/2011 bersamaan hari Ahad, rakyat Malaysia dikejutkan lagi dengan kematian seorang pelakon veteran. Merupakan seorang pelakon yang lawak. Meninggalkan kita semua pada pagi tadi pukul 10:15 pagi. Selanjutnya klik DISINI

AL-FATIHAH...




Photobucket

18 June, 2011

Lepaking at Melaka...

Assalammualaikum...


Wenggg...wennggg... Vroommm... ^_______^. Hari ni hari Sabtu. So, dengan kawan baik aku (Madiah) merempit kejap nak pegi lepaking di Bandar Melaka. Yela.. seperti biasa la.. Melaka kan kecik je. Kemana lagi hala tujunyakan kalau bukan.. Mahkota Parade (MP) and Dataran Pahlawan (DP). Iye idok orang Melakanye... Ngeee.. :) Tipulah kalau orang Melaka tak suke lepak kat situ. Memang tak ada tempat lain la budak-budak Melaka nak lepak. Budak orang Melaka je, orang luar pun same juga...

Perghh!!! hari ni hari minggu pulakkan. Ramai laaa segala umat dekat bandar tu. Kenderaan tersangat-sangat la banyak, nasib baik aku bawa motor. Kalau bawa kereta, agaknya da mati enjin nak dekat 10x kot.. Memang memalukan la kalau cenggitu. So, time cenggini, korang di nasihatkan bawa motor je. oke. Pada mula asalnya nak lepak-lepak je dan kononnya nak main UNO card. Aleh-aleh... lain pulak jadinya.. Check it out...


Jam besar.... tik tok, tik tok...


Berbelakangkan Chris Church Melaka...


Berlatar belakangkan Hang Tuah dan Hang Jebat ketika berlawan.


Keretapi Melayu lama..


Sebelum kitaorang berjalan-jalan kita makan dulu..
Di Seoul Garden.. Nyum, nyum... ^_____^.


Photobucket

Apa yang kita perlu buat sebelum tidur???

Assalammualaikum...

Hmmm.. woooahhh.. -,- dah mengantok ekceli tapi nak juga taip entry.
He he he.. Sebelum tidur korang buat apa dulu? baca doa je?
Ada lagi sebelum tu.. Gosok gigi dengan cuci kaki.
Tak pasal-pasal malam nanti bangun dalam hutan.. haaa..
Tau takut.. dah, dah pegi cuci mane yang patut...

Selain itu, aku akan motivate diri aku..
Aku akan lebih bersemangat, tabah, kuat dan akan menjadi
lebih baik dari sebelum-sebelum ni.. Itu tujuan aku.
Nak kecapi kejayaan dan kebahagiaan tapi bukan kawin taw.
Kawin aku tak plan. Sekarang nak cari keje tetap, beli semua asset.

Nak bantu mak ayah aku. Aku nak bawa dorang pegi
Tanah suci Mekkah. InsyaAllah. Dah lama aku hajati. Dari sekolah
lagi aku dah idam-idamkan nak pegi tanah suci tu.
Itu je aku pikir sekarang. Calon untuk bakal husband aku.
Aku hold dulu dalam 5, 6 tahun lagi. Oke!
^_____^

Selamat Malam..
Allah Hummma bismika Ahya wa amut.. 3x

Photobucket

17 June, 2011

Premium or Elegance.. Pwiitt...

Assalammualaikum...

Yuhuu... hai peeppss... So, hari ini boleh la kita blogwalking macam biasa.. Beberapa hari lepas ada internet connection problem laa.. Tah hape-hape tah. Lembab nak mati. Siput 'pig' pun laju jalan taw! . Aleh-aleh.. aku merajinkan diri aku buat semua kerja tepat dan awal pada masanya.. WEee... bagus tak pekerja macam aku.. hahaha.. ^____^. (perasan la tu.)



Woooottt... wooott... Perghh!!! Myvi EXTREAM power siot.. ha ha ha.. ^_____^. Tersangat-sangat menawan dan menambat hati aku ni.. Kalau boleh, balik ni habis keje pegi order. Boleh tak, boleh tak..?? Ha Ha Ha... Lesen pun belum dapat lagi.. Dah nak beli kereta. Memang tak duduk rumah la aku lepas tu. Berjalan je 24/7. Yela.. memandangkan aku ni bukan suka sangat duduk rumah. So, kesempatan dah ada lesen ni, harus di ambil.. Ngee.. :)

Apakkkk... (ayah) Nak Myvi Extream 1 !!! Boleh tak, boleh tak.. Sambil tu kita buat muka kesian, muka kucing yang mata bersinar-sinar berlinangan air mata tu.. dengan tangan memohon hajatnya dimakbulkan tu. Ha Ha Ha.. Ish.. agak-agak dapat tak kalau aku buat cenggitu dekat apak aku. Gerenti tak dapat weiii.. Apak aku ni bukannya ada mesin duit. Senang-senang nak belikan aku kereta. Walaupun tak semahal kereta luar negara tapi tetap tak mampu. So, Liyana you have to buy your own money laa.. Tunggu la 2, 3 tahun nampaknya.

Tak kesah la yang Premium ke, Elegance ke.. Semua menariklah! Haish... Tah bila laaa..kan.

More picture HERE


Photobucket