28 August, 2011

Hari yang aku tak sangka. Saje-saje je pun..

Assalammualaikum...

Hello bloggers... sehatkah? Masih kuat lagi untuk meneruskan
puasa hari ni? Kuat kuat~ ^_______^

Aktiviti aku hari ni adalah.... Pagi-pagi bangun aku dan family
dengan tak mandinya hihi.. kitaorang pegi ke kubur datuk aku..
belah mak dan juga bapak! hehe..

Kalau pegi pagi raya, sesak... orang semua masing-masing nak pegi
menziarah ke kubur. yang dekat mahu jauh...
so, aku and family dah 2tahun buat macam ni. pagi raya kitaorang tak
pegi la kalau tak sempat. kitaorang datang pun kemas mana patot
baca surah yassin dan buat tahlil sikit.. :)

Orang kata kalau pegi kubur, tak elok baca nama orang dekat batu
nihsan tu. aku dengar boleh jadi pelupa. macam tu la..
Hmm... tapi tu la.. kalau tak tak cam sangat kubur mana satu nak pegi.
Kang baca sampai abis. upenya salah kubur.. memang la baik tapi... :)
hehehe

One more thing.. haaa.. balik dari kubur dah tengah hari.
bukan tido dekat kubur ok! pegi melawat nenek, kemaskan rumahnya.
walaupun umah aku tak kemas ape lagi.. =,='
ototototot... hehe.. Balik pun dah penat.. ketiduran la sampai ke petang

buka, buka je blog.. Taraaa... memang selalu bukak blog
pegi dekat comment dulu. mana la tau ada orang comment entry kita
kan kan... huuu T________T
tok sedih sangat laa kan. hehe.. senang cite.. Aku menang kontesss...
kontes Apa Motif?
Tempat ke-3 je pun.. ngee.. tapi tetap xsaited nak bagi tahu korang.
WEee.... kontes sape? KAIZEN laa... tak caya??
meh terjah blog dia.. just klik -----> KAIZEN

p/s: to kaizen. tq very much! nanti kalau buat kontes lagi. sy akan join lagi yeee.. :)


26 August, 2011

Raya belum kau dah dapat?!!


Assalammualaikum...

ehem, ehem... hari ni nak gelak lebih.. dah senyum sampai ke teling.. ^_________^
nak tau kenapa? sebab belum raya lagi dah dapat duet raya.. Weee... dari siapa? dari lecturer aku laa.. ngancam tak. Buat baik, dibalas baik laa.. untung weeii.. :) walaupun RM 10. <----- pergh! gile kecoh kaw nih.. Baru RM 10 dah kecoh kat blog. siap buat entry lagi. apetah lagi beratus, beribu. *ayat jelez

Malangnya tak dapat tayang dekat korang.. nanti orang kata bongkak! aiyak! Moga di jauhkan.. So, nothing else.. just itu saje nak bagi tau.. haha :) tapi tapi.. taraaa... bagi juga. Mintak pakcik gugel je. nak snap malas pulak. susah nak transfer.. huuu T_______T




Iklan paling comel - kotex

Assalammualaikum...

Hai everybody...
Hmm.. next post.. memandangkan boring Nauzubillah..
Dah tak tahu nak goyak rano lagi.. T_______T
So, boring-boring ni aku pun bukak la radio HOTMFM tru online.
Dekat office la pulak kan dan yang ada adalah pc dan internet.
Kita search la apa yang patut. Then, masa aku dengar radio HOTFM tu
terdengar la pulak contest KOTEX bukan yang lucah tu taw.
Tak mampu aku nak taip.. ggrhh!! Tak penah bukak
dan terus type www.kotex.com.my
Siyes eaa.. dalam banyak website. Website kotex paling aku suka. Comel!!!
Ada bunyi shining shining, wisel la.. colorful..
Tak caya.. try tengok.. klik bawah ni. ok.


Lazy day

Assalammualaikum...

Warghh... :O

Mengantuknya... Tersangat-sangat mengantuk.
Hari-hari hujan, hujan-hujan ni membuatkan perut terasa apa?
terasa lapar~ ops! Makroh! bulan puasa ni kott..
T__________T

Whats going on to me... errghhh!!!
Kenapalah tak boleh balik awal ni. Ramai dah cuti kot dekat office ni.
Memang la aku tak balik kampung tp macam dah tak ada
mood nak kerja. Tengah count the time...
tik, tik, tik, tik... bila la nak pukul 5.
Supaya boleh balik dan bercuti lama... yeay!
Tu aku suka, bab cuti! hahaha.. cuti seminggu.. boleh rest puas-puas.
Makan puas-puas? oh tidak.. kena jaga badan ok!

Mood, mood, moooodd... come to me. Please come to me..
tak buat lagi sambungan cerpen yg aku buat tu..
erghh~~!!! *mengeluh


22 August, 2011

Kisah aku dan keluarga menjelang hari raya. #1

Assalammualaikum...

Pagi yang hening dengan angin sepoi-sepoi bahasa, udara yang nyaman di halaman tenang dengan bunyi burung berkicauan, ayam berkokok tanda hari sudah siang. Itik-itik keluar mencari rezeki. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Begitulah hidup haiwan-haiwan itu dan begitu juga keluarga aku.

Aku anak sulung daripada 6 orang adik beradik. Ibu aku suri rumah. Kadang-kadang ibu buat kerja kampung. Tolong orang mengemas rumah macam orang gaji tapi balik hari. Ayah aku pula seorang nelayan. Setiap pagi ayah aku keluar untuk mencari rezeki untuk kami sekeluarga. Kalau musim tengkujuh kami sekeluarga hanya makan nasi dan telur bersama kicap. Walaupun itu saja kami makan, kami tetap bersyukur kerana masih ada lagi rezeki untuk kami. Mungkin pada orang lain makanan kami makan itu tidak berselera tapi kami redha dengan ketentuan kami. Nasi goreng pun belum tentu menjadi sajian kamis sekeluarga, apatah lagi makanan segera seperti KFC, Mcdonald, Pizza Hut dan bermacam-macam lagi.

Aku masih bersekolah lagi di tingkatan 4. Tahun depan aku SPM. Aku kena berlajar bersungguh-sungguh untuk bantu keluarga aku. Aku nak juga tengok keluarga aku senang macam keluarga Mak cik Yah yang tinggal di sebelah rumah aku. Nampak perbezaan antara kami. Rumahnya cantik, berbatu, berkilau-kilau dan besar manakala rumah aku hanya beratapkan daun nipah, berdindingkan papan dan berlantaikan buluh. Kami semua tetap bersyukur kerana masih ada tempat berteduh dari hujan panas. Waktu musim hujan ribut kami terpaksa beralih arah kerana atap rumah kami sering bocor dan dinding kami berlubang-lubang. kami hanya menutup dinding itu dengan plastik. Adik-adik selalu jatuh kebawah kerana lantai buluh kian reput dek hari yang datang memakannya.


Thum drive mini HP 4 GB aku hilang T________T


Assalammualaikum...

Selamat pagi.. Hmmm.. Pagi-pagi lagi dah mengeluh kesah.
bukan apa aku tengah pening pikir mana la aku tauk (letak)
thum drive aku. HP mini with OMAC key chain..
Sedih tau tak.. T_______T thumb drive tu kawan aku bagi.
Feveret aku pulak. Itu la satu-satunya thum drive yang aku suka guna.
4GB lak tuh.. Haaaaa.. Tidaaakkk.. Please la jangan hilang.
Aku tak kisah aku ni pelupa, asalkan aku jumpa balik thumb drive tu.


ni la bentuk mini HP aku tu..

Dah buat solat hajat dah lepas solat subuh tadi..
Last letak dalam poket jaket.. tapi check tak ada pun..
nak dekat 10x aku check.. Beg yang selalu aku bawa ke hulu, ke hilir
pun aku dah check banyak kali.. Adakah thumb drive aku tu tercicir?
Waaaaaaaaaaaaaa.......tak boleh terima hakikat ni. Redha?
Tidaaakkkk... Aku dah tak mampu nak membeli thumb drive lagi!!!
Rasanya ada maklumat penting dalam thumb drive aku tu..
Nak buat kerja lain pun tak focus dah! asek nak pikir mana aku last
tauk pendrive tu. haaaa.. nak pegi kerja tadi pun terlupa nak pakai
helmet. Bawa motor pun macam orang tak betul dah..

BENCI!!!

p/s: please kawan-kawan doakan aku dapat jumpa thumb drive aku tu. T______T

Sahur macam ni biasa je berlaku. Anda juga begitu.

Assalammualaikum...

Salam Ramadhan buat blogger sekalian..
Alhamdulillah.. Dengan belas kasihnya Ilahi
kita masih bernyawa sehingga ke hari ini. Bersyukur sangat-sangat.
Masih boleh berpuasa bersama-sama keluarga, rakan-rakan dan umat Islam yang lain.
Seminggu je lagi kita nak masuk hari Lebaran.

Korang sahur tak tadi? Tak? Haha.. tu la siapa suruh tidur lewat, dah tahu nanti nak
bangun sahur.. ^________^ Oh! bukan? lupa nak set alarm. Haish.. mengantuk sangat ke
sampai terlupa nat set alarm. Kalau yang bangun tu bagus lah, kita tambah pahala tapi tu baru sikit. Apa kata 10 malam terakhir ni korang buat pahala lebih lagi. Pergi solat terawih. Tak sempat, malas nak ke surau atau masjid. Buat dekat rumah pun boleh. Mengaji sebentar.
Bulan puasa ni laa..kita tau diri kita ni macam mana. Kalau bulan lain, syaitan selalu menghasut
kita bukan? Haaa... kalau terasa ada yang menghasut, itu adalah nafsu korang ye..

Hmm.. aku nak share la sikit dengan korang. Ni biasa la berlaku dekat semua orang. Pasti! 100%. hahaha ^________^. Nak tau kenapa? Sebab aku pun buat begitu. Nak tahu buat apa?
Masa korang sahur, korang bangun pun skarang ni pun dah lewat ye. Lagi setengah jam nak
azan baru nak bangun. Nak panaskan lauk lah, goreng itu, goreng ini. Dah mengambil masa.
Yang pasti aku dekat sini adalah. Selagi tak azan, kita bedal segalanya yang boleh. Takut esok terliur pulak. Habis kita langgar Imsak! Padahal kita tengok dekat jadual waktu puasa kita ikut Imsak. Mana ada waktu subuh. Tapi tak ada apa-apa pun. Tak batal pun puasa korang tu.



Niat Puasa Ramadhan

Assalammualaikum...

Selamat Pagi dan Selamat bersahur...
Alhamdulillah.. buat masa ni belum pernah tertinggal sahur.
So, meneruskan hari dengan baiknya..

Dah baca niat belum ni? hah? baca banyak kali apa salahnya~
Bagi aku baca 3x adalah patut sebab kalau
aku baca 3x baru rasa aku baca niat tu dengan betul.
Sama juga doa sebelum makan. Kena baca 3x juga..
Kalau tak, aku akan makan dengan banyaknya.. MasyaAllah..

Lupa? Tak usah risau.. Saya ada sajian niat tu kat bawah ni.

Niat Penuh

Nawaitu sauma ghathin an' ada i fardhi Ramadhona hazihi
sanati lillahita'allah

maksudnya: Sahaja aku berpuasa esok hari pada bulan Ramadhan
tahun ini kerana Allah Taala.

Sebenarnya bangun sahur dah umpama kita niat berpuasa.
So, bangun la sahur ye. Sunah nabi. Dapat pahala..
^_________^

p/s: lagi 7hari/seminggu?? betul ke ni? last kira seminggu puasa. T______T




20 August, 2011

How to improve your typing speed skill

Assalammualaikum...

How are you people...??? Everything okay?
Me too.. Ha Ha Ha.. because today, the whole day..
bumi Melaka dari pagi dilimpahi hujan rahmat..
sejuk sepanjang hari.. Alhamdulillah...

So, tak banyak cerita pun aku nak cerita ni just nak share
something that aku selalu buat selama 4tahun ni..
Korang nak tau apa aku hadap hari-hari sepanjang 4tahun tu..

Its... Typing speed.. haha
Im taking Dip. Office Management & Technology..
So, as executive know how to type as fast as you can..
Hari-hari ada la kelas typing... dari jari kaku, mata melilau
mencari key dekat keyboard, mata tengok screen during type
essay or anything yang memerlukan type dengan lajunya..

Kalau siapa-siapa yang tak berpeluang belajar macam aku
or tak dapat pergi kelas komputer untuk belajar taip laju..
Meh kita terjah website ni..
Boleh pilih nak english or malay language..
Nak try language lain pun ada..
Aku selalu berlatih supaya tak ketinggalan..
Just klik

|
|
|
|


19 August, 2011

Doa Penggerak untuk pulang ke kampung...


Assalammualaikum...

Hai my dear blogger... Hmm.. macam biasa..
buka blog then kita hupdate. ok.
Kalau tak kita hupdate. Kita blog walking jela blog orang..

So, sempena di bulan yang mulia ni..
Dah nak sampai ke penghujungnya pun kan..
Sedih pulak nak tinggalkan bulan Ramadhan ni.
Bulan penuh rahmat. T______T

Apakan daya Syawal tetap menanti di hadapan.
Menunggu turn nya pula.
So, mesti ramai yang nak pulang ke kampung halaman
untuk meraikan Syawal pertama bersama
sanak saudara and parents..




Baca doa ni sebelum memulakan perjalan.
Sama ada dekat atau jauh..
Baca 7 kali dan pastikan ketika membacanya
tidak ada apa-apa gangguan seperti
Handphone ringing, orang panggil atau apa-apa saja
mengganggu korang membaca doa ni. Ulang semula dari mula...
Maknanya mungkin akan ada berlaku apa-apa ketika memandu..
Selain itu, untuk membuat sesuatu
atau takut-takut nak makan sesutatu makanan
kerna alahan. InsyaAllah.. Baca doa ni.
Tak ada effect. Doa dengan ikhlas..

p/s: untuk dikongsi bersama. Tak mau ada tragedi ngeri lagi menjelang musim raya ni..

17 August, 2011

Ikut suka hati laa.. senang cite. bukan??

Assalammualaikum...

atok.. oohh atok.. *gaya upin & ipin.

Weeehuuu... macam biasalah aku akan hupdate blog satu hari
satu entry.

Semalam aku giler tak sempat dan tak idea yang terpacak
dalam kepala hotak aku ni. So, let it go.. :P

Hmm.. hari ni hari paling penat yang aku rasa
sepanjang aku bekerja ni. Memandangkan bulan puasa
yang tidak boleh makan sedikit, sekelumit pun..
*alasan la tu bulan puasa

Aku ke pentadbiran turun naik tingkat 3..
kejap pegi, salah amek barang.. barang orang lain
aku kaut. Pegi lagi amek lagi barang.. Kali ni betul.
Lepas tu jumpa orang suruh dorang buat questionnaire lagi..
Aiyoo.. aiyoo.. aden ponek ni~

Maakkkk... penat. =,="
tengok la jam berapa aku hupdate entry ni.
Ni aku baru sempat nak type benda alah ni. aigoo~~

*haihh.. banyak mengeluh hari ni.



14 August, 2011

Biasalah Tak Ada Apa-apa Pun..

Assalammualaikum...

Hai sahabat blogger sekalian.. Wah.. weekend je mesti
tak hupdate entry. Memang tak rajin nak bukak lappy nak hupdate,
hupdate entry bagai.. hihi.. tak ada mood la.. ngee. ^_____^

So, bumi Melaka tengah hujan dengan indahnya..
Moga ini adalah hujan rahmat. Kalau baru nak hujan.
Elok kita minta doa. InsyaAllah Allah Maha mendengar..
Minta la doa yang baik-baik. InsyaAllah...

Doa moga ibadah puasa kita diterima oleh Allah.
Dipelihara Iman.
Diberi petunjuk ke jalan yang benar dan diredhai..
Murah rezeki dan dijauhi segala perbuatan buruk.
Yang pasti tak lupa juga jodoh. InsyaAllah...
Aminn...


p/s: entry yg saje-saje nak hupdate blog..

Thanks for reading..



12 August, 2011

Segmen cs'x: geng UiTM by campus


Assalammualaikum...



Weehuuu... Jom join this segment. Just click the banner. orite! :)

Jom kita jawab soalannya:.

  1. UiTM kampus mana: Kampus Alor Gajah, LONDON (Lendu), Melaka
  2. My course: Of cos la.. OM!!! Dip. in Office Management & Technology
  3. Part: aiyak...dah tak ber-part. Graduated.
  4. Tag member: Zue Cancer
  5. Settle semuanya.. yeay!

UiTM dihatiku!

Ya ampun apa dah jadi dengan belog aku nih....


Assalammualaikum...

Masyaallah... blog aku weii.. tengok la...
Ya ampun... macam mana boleh jadi macam ni nih~
Aaaaaa.... AAaaa....Aaaaa...
ohh tidakkkk... kenapakah? apa yang terjadi nih??


Nampak tak, nampak tak?
OMG~~!!! blog aku dah bertukar-tukar..
berpelikkan.. adoi. sakitnya..


Ekceli... tambah widget je pun. erk! =,=!
kaw dah kenapo?
Tu pun nak loghat naw! Ha Ha Ha.. saje je buat cenggitu.




So, tengok la blog aku sekarang. Kemain lageh~~
Banner Merdekanya. Pelitanya, ketupatnya...
Semangat weehh... semangat...
Ha Ha Ha Ha Ha....
Korang tak excited ke macam aku?
tipu la tak. Memang la excited tapi excited nak raya je..
bukan? Oi. Kita nak sambut hari kemerdekaan juga la..
Kemonnn laaa.... ^______^

p/s: puasa jangan puasa! :)

11 August, 2011

Jenis Kuih Yg Mengancam

Assalammualaikum...

Di suatu petang yang membosankan..
Adakah korang juga begitu?
Jom kita tau jenis-jenis kuih. Tau makan je kan.
^____________^

Kuih,kuih,kuih,kuih,kuih... mari-mari kita beli kuih..

Kuih paling gangster= Lompat Tikam
Kuih paling sexy= Puteri Mandi
Kuih paling keji= Taik Itik
Kuih bajet cute= Cek Mek Molek
Kuih untuk awet muda= Seri Muka
Kuih paling alim= Kuih Ketayap
Kuih penyakit lelaki kronik= Batang Buruk
Kuih suka pukul= Kuih Lompang
Kuih dalam zoo= Badak Berendam
Kuih untuk Sam Polis Trafik= Kuih Sampreeeeettttt
Kuih yg bangun sendiri= Kuih Bangkit
Kuih org tak mandi= Kuih Bau-lu
Kuih paling tenteram= Kuih Makmur
Kuih paling lembap= Kuih Siput

p/s: kita cuci gusi.

10 August, 2011

Petanda hari kiamat sudah menghampiri kita..



Assalammualaikum...

Tazkirah bulan puasa sikit...

"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab;"Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” - Ibnu Majah

Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran. - Riwayat Ahmad

"Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" -Riwayat Thabrani

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."

p/s: selagi ada waktu. dekatkan diri kita pada Allah Yang Maha Esa.

Wordless Wednesday #1


Assalammualaikum...




Korang jangan hengat prepare nak raya je taw.
Merdeka pun kita kene hengat. Tanamkan sifat
patriotik juga dalam diri kita dan jangan gantung
ketupat je, kibarkan juga jalur gemilang yang kita banggakan tu.


p/s: Cintai Tanah Air Kita.


Kontes Kaizen : Motif?

Assalammualaikum

Salam sejahtera. :D



Taraa.. Nampak tak gambar cantek kat atas ni?
Haa... Maklumat lanjut sila baca di bawah atau
terjah blog Kaizen

  1. buat entry tajuk BEBAS------------> DONE
  2. copy gambar di atas ---------------> DONE
  3. Tarikh tutup 25 Ogos 2011

Jawapan

'Hah! Motif? Kau rasa best tak kalau dilayan macam pelacur kelas pertama? Yela aku mana penah buat macam tu. Almaklum laa.. orang tak penah. KaLinklau best, aku nak suruh lah bini aku buat macam tu tapi ni kan bulan puasa. Astafirrullahalazim.


Kontes Kaizen : Motif?


Assalammualaikum...

Selamat Pagi..



Nampak tak gambar kat atas ni?

Haa.. korang nak duet raya tak? Jom join.
Just Klik gambar atas tu. ok..

Tarikh tutup:

25 Ogos 2011


08 August, 2011

Aku dah bosan, dah mengantok sangat dah nih!!!

Assalammualaikum...


Hai peepss.. hmmm.. waa waa..


Rasa nak tido je.. Mengantuk bukan main lagi.
Tidur 5minit pun dah memadai tapi nak dapat 5minit tu.
adoi. payah.. nak blog walking..
dah penat dah. petang nanti sambung balik.

Nak makan? Astafirullahalazim. Puasa lah! Lupa ke?
Nak online? nak bukak apa lagi. Semua aku dah search..
errgghhh~~!!!
Boring, mengantuk... !!!

p/s: bukan aku sorang je mengantuk. korang pun same juga kan kan.. T_____T



Membongkar Identiti Makcik Hajjah Siti Al-Wuzara!!!

Assalammualaikum


Haa.. korang dah baca dah entry aku tadi?
kalau belum klik----> SINI

Apa kata korang? Sakit tak hati.
Hanya mampu mengucap Subahannallah.

Atas pertolongan dan tindakkan Gaysec
Makcik Hajjah Siti Al-Wuzara tu terbongkar.
Selamat Gaysec berindak cepat sebelum 'Makcik' tu
mendelete entry-entrynya..



Mari kita membongkar Identiti Makcik Hajjah Siti Al-Wuzara ni

Bahagian 1

Sadis di pagi hari gara-gara "Makcik Hajjah Siti Al-Wazura'

Assalammualaikum...

Selamat pagi. T_____T

Hari ni. Pagi-pagi macam biasa. Aku usha blog-blog orang.
Kalau-kalau ada cerita sensasi, resepi..apa-apa jelah
yang menarik minat aku untuk mengetahuinya.

Pagi yang sadisnya adalah, apabila terbaca satu
entry dari Admiral'z Legacy.
Korang nak tahu pasal apa yang dok kecoh sekarang nih?

Meh sini kita selongkar...
Makcik Hajjah Siti Al-Wazura

Aku dah tak boleh kata apa-apa lagi dah bila baca blog
'Makcik' tu!!! tersangat-sangat hina perbuatannya.
Dilaknat Allah. Subbahannallah..

p/s: sebagai orang Islam. Pikir masak-masak dulu sebelum bertindak. susun strategik. Sekarang ni, dah pelbagai pihak nak hentam agama kita (Islam). Kuatkan semangat. Jangan cepat melatah.

07 August, 2011

Coretan Ramadhan Al- Mubarak - 7 (Peringatan)

Assalammualaikum...

Alhamdulillah.. dah masuk yang ke berapa ye kawan-kawan?
Mesti la yang ke-7 sudah kita menjalani ibadah puasa.
Macam-macam berlaku di bulan puasa ni bukan?

Semalam aku tak sempat hupdate entry aku ni. Busy sikit.. hihi
Ok. Aku nak bagi tahu dan beri peringatan dekat korang ye.
Semalam aku pegi solat Terawih. Before memulakan solat
Terawih tu, Imam di masjid aku mendapat pesanan daripada
pihak polis supaya, umat Islam yang pegi ke masjid ataupun surau
ketika menunaikan solat Terawih berhati-hati.

Maksud aku berhati-hati itu adalah. Kenderaan korang semua.
Mestilah di parking di tempat yang selamat. Dikunci dengan selamat
dan yang paling penting pastikan tiada barang berharga
di dalam kenderaan korang yang boleh menarik perhatian
pencuri tersebut.

Sekarang ni dah banyak kes di laporkan mengenai
pencurian tersebut. So, kalau boleh bawa motor sahaja dan
kalau yang dekat tu, apa salahnya kita berjalan kaki.
Lebih banyak pahala kita dapat bukan?

p/s: sentiasa berjaga-jaga. penjahat ada dimana- mana.

05 August, 2011

Coretan Ramadhan Al- Mubarak - 7 (malang)

Assalammulaikum...

Haaa... Hari ni aku pun tak tahu la apa nasib aku kan.
Pegi keje tadi dah rasa dah macam ada something.. tapi
pikir-pikir mungkin perasaan aku je.

Masa aku on the way nak pegi keje tadi. Aku hampir nak terjatuh dari
motor aku gara-gara sebuah kereta yang bernombor BLC ????.
Cenggitu la no platnye. Aku ingat nombornya. tapi tidak mengapa la.
Kereta Myvi puteh. Pemandunya pompuan.

Cite dia gini. Biasa la nak berhenti dekat traffic light.
Penunggang motor macam aku tentu akan ikut belah kiri je
sampai la ke depan. Then, sampai je depan. Kereta Myvi tu.
Dah la duduk laluan tepi tu, standard la juga laluan tu memudahkan
kereta bulan (Ambulans). Kereta tu sebok duduk celah tu.. ok lagi tak kesah.

Sampai-sampai je aku kat depan, aku slowkan la motor aku..
Tibe-tibe eah, tibe- tibe eah... kereta tu nak turn kiri. tu laaa..
Tadi beriya-iya nak duduk depan tu, tibe nak buat U-Turn la tu..
Pastu, dia langgar belah kanan belakang motor aku.
Pelik tu aku tak hone!!! Alaaa.. bukan dia tak nampak. Aku dah depan dia.
Aku hanya mampu geleng kepala. errghh!!! ( ni kira malang ke)

Myvi tu tadi aku kata dia nak buat U-turn kann. Dia tak tahu
Nak buat U-turn jauh. Sebab aku penah juga try buat U-Turn situ.
Buat habis minyak je. Aku yakin dia buat U-turn bila aku ternampak
kerata tu lalu sebelah aku. Sah!!!
Hmmm... Kalau aku jatuh tadi. Tak pasal-pasal aku pegi keje.
Dengan lutot rabak, dah la pakai baju kurung.. T______T


p/s: so, hope dia dan aku juga la amek ikhtibar atas kejadian tadi. alamak! terlupa nak cek motor. ada rosak ke tak. Mati apak aku marah. T_____T

Coretan Ramadhan Al- Mubarak - 6

Assalammualaikum...

Selamat Pagi Jumaat <3

Smile ^_________^

Dah masuk Ramadhan ke 5.. Betul tak? Dah 6? biar betul korang.
Pegi check kalendar. Same dengan tarikh hari ni taw. Haaa..

So, pagi tadi aku sahur awal. Emo pulak bangun tadi sebab kejut awal sangat.
Ha Ha Ha.. tak boleh bla. Bukan apa nanti cepat lapar tapi...
pegi juga cuci muka, duduk makan. Wajib bagi family aku ni adalah..
sahur je mak aku gorengkan Nurget Tempura.
Dapat la sorang 2 keping untuk menaikkan selera.



Tak terliur kan, tak terliur kann.. hihi.. pagi lagi ni.. :)

Nurget Tempura ni lagi best dari nurget yg bentuk love tu.
Ni nurget macam jual dekat Mcd tu. Haa... berselera kemain lageh~

p/s: Nanti petang pegi beli taw. boleh makan time sahur..


04 August, 2011

Biasa la tuh. Tabiat bulan puasa ni.. idak?

Assalammualaikum...

Kita tambah entry lagi hari ni. hihi
Kesempatan harus diambil. Memandangkan keje tak berapa
banyakkan. Sedang aku ke boring ngan.
Aku asek BW blog orang je dari tadi.
Dari la mula aku masuk keje hingga la sekarang.
Agak lama juga lah aku tak follow blog orang.
Salleh Yaakob... I Follow (sambil buat gaya)

Korang nak tahu blog sape aku terjah tu?
Meh picit sini HazmanFadzil
Mesti kenal munye~

Hmmm.. dugaan tetap dugaan kan ketika blog walking.
Yang aku tak tahan tu dapat blog yang nak tayang
semua menu makanan... Pergghh!!! Tak boleh bla. ggrrhh..
Menci taw. Dah la pagi-pagi aku dah membuang.
Sekarang perot aku baru nak setting music. haish!




p/s: sabar tu separuh daripada Iman. Selamat berpuasa.

Coretan Ramadhan Al- Mubarak - 5

Assalammualaikum...

Selamat pagi. Dah masuk Ramadhan ke 4. Alhamdulillah.

Pagi-pagi lagi aku dah mencuci perut aku ni. Gerenti kejap lagi rasa kosong je perut ni. Lapar, dahaga ke kurang tapi tu la. Rasa kosong je perut ni nanti. hmmmm..

Sempena bulan yang mulia ni aku nak bagi la tazkirah sikit dekat korang ye. Ni bukan mengumpat tapi nak bagi tahu korang je. Nak mengingati korang je. Ok?

Masa aku on the way nak pegi keje tadi, aku ternampak dua orang mak cik ni. Bukan main lagi borak-borak. Hopefully mak cik tu tak lah mengumpat ye. Ni kan bulan puasa. Jaga semua adab, kawal perkara sebegitu. Aku kenal la juga mak cik tu. Dia baru lepas hantar anak dia ke sekolah. Kalau boleh lepas hantar je anak tu, terus balik rumah. Kalau kawan tu macam berbual hampir ke mengumpat, buat-buat tak dengar then cakap ada hal la kat rumah tu. Takut anak cari lepas bangun tidur ke, sakit perut nak membuang ke. kan. Try yang mane boleh.

Kalau kat office. Kawan ajak mengumpat tu, cakap kat dia 'sorry aku tak ada mood la nak bercakap hari ni', tak pun aku tengah banyak keje ni. Haaa... much better.


p/s: sekadar untuk mengingati. diri ni masih tidak sempurna untuk menasihatkan orang tapi sedaya upaya untuk berubah menjadi lebih baik. InsyaAllah.

03 August, 2011

Coretan Ramadhan Al- Mubarak - 4

Assalammualaikum...

Memandangkan aku tersangat la bored dan hampir nak jadi tepu dah otak aku nih. Suck! Biasanya kalau aku rasa macam boring-boring, giler-giler, lapar ke kan. Aku akan nyanyi taw! ha ha ha.. Try cube tengok lyric kat bawah nih.. hihi ^_____________^




Twinkle, twinkle, little star,
How I wonder what you are.
Up above the world so high,
Like a diamond in the sky.
Twinkle, twinkle, little star,
How I wonder what you are!

When the blazing sun is gone,
When there's nothing he shines upon,
Then you show your little light,
Twinkle, twinkle, through the night.
Twinkle, twinkle, little star,
How I wonder what you are!

In the dark blue sky so deep
Through my curtains often peep
For you never close your eyes
Til the morning sun does rise
Twinkle, twinkle, little star
How I wonder what you are

Twinkle, twinkle, little star
How I wonder what you are

Kalau nak tengok video lagu tu. Boleh picit Video kat bawah nih.. ccciiittt. tet! :)



Coretan Ramadhan Al- Mubarak - 3

Assalammualaikum...

Selamat Petang.. So, how puasa korang hari ni? Ada baikkah? Kejap je dah masuk tiga hari kan kan? Macam tak caye je. Percaya je sudah! Alhamdulillah... Lepas sudah 3hari, masih ber balance 26 hari lagi. Orite!

Hari ni tengah sedap berpuasa kan kan.. Aku dengan rasa tidak selesanya telah membuang segala apa yang aku makan sahur tadi. Aigooo~~ pagi-pagi lak tu. Tak sompek perut den ni tahan lama sikit. Petang je dah rasa kosong je perut ni. Nasib baik la keje, kalau tak.. Dah bergolek-golek macam Dugong dah tak pun secantik-cantik Duyong gitu.. hihi..

Kejap lagi rasa nak pegi Sarawak atau Sabah lah. Lepas berbuka balik Melaka semula. Ha Ha Ha... Korang pun ada perasaan sebegitu kan kan.. Bukan aku sorang je. Jelez taw tengok dorang berbuka sejam awal dari kita kat semenanjung ni. Huh! tapi tak tahu pulak korangkan. Dorang Imsak awal. Kita pukul 5 baru nak bangun. Dorang pukul 4 lagi dah Imsak. Cano tu?

zwani.com myspace graphic comments

Rasa lambat je lagi masa. bila la nak sampai.. T____T

Dah nak dekat pukul 4. Copek la pukul 5. Den dah tak sabar nak balik. Bawa motor macam kura-kura. Ha Ha Ha... Sampai je rumah. Dah nak berbuka. Ok la tu. Sampai tak tolong mak masak. Tak pe, ada ramai adik beradik boleh tolong. Aku tolong time weekend.. Weee... Lauk ape la ye mak aku masak hari ni... hmmm..





02 August, 2011

Coretan Ramadhan Al- Mubarak #2

Assalammualaikum..

Ehem-ehem.. Selamat pagi semua.. ^_______^. Masih segar bugar lagi kann.. Tak rasa apa-apa lagi kan. Orite la tu tapi yang problem sekarang adalah mata aku ni. Ya Allah Ya Rabbi. Tersangat-sangat mengantuk. Waaaaa... T_______T. Nak buat keje pun tak ada mood ni. Tak kan nak tido dulu. Nanti bangun-bangun je, sembab la muka. Nampak sangat baru bangun tidur. Kan?

Aaaarrrgggghhhh......... Siyes oke! Memang dah stim habis mata aku. Rasa dah nak rabak dah kelopak biji aku ni aku besar-besarkan. Sleepy, sleepy, sleepyy...hhmmmmmmmmmm....... Nak buat macam mana ni? Aigoooo~~ Ni kes dah sedap duduk rumah tiga hari. kan. Tu la... Pergh! kalau dapat bantal busuk pun tak pelah. Asalkan bagi beberapa minit untuk melelapkan mata yang dah layu ni..




p/s: bos dah datang. So, nak tido ke, nak belek-belek ape ni. Ishhh.. giler boring laaa...



01 August, 2011

Coretan Ramadhan Al- Mubarak - 1

Assalammualaikum...

Salam sejahtera, Salam 1Malaysia..

Selepas entry aku hari Jumaat lepas. Ni baru entry seterusnya di hupdate kerana aku kalau di rumah ni. Memang tersangat-sangat pemalas plus tak rajin. Heeh. bukan same ke maksud dia. Ada aku kesah. Lantak Pi depa la.. kan.. hihi... Idea nak hupdate tu ada tapi malas nak turn on laptop. =,=!

Hari ni hari Isnin bersamaan 1 Ramadhan. First Ramadhan ni nak kata dugaan yang melampau tak ada la. Pagi-pagi lagi dah hujan lebat ribut lagi. Alhamdulillah. Sejuk kejap bumi ni. Allah tu Maha Penyayang & Maha Pengasih. Dia tidak mahu hamba-hambanya tersiksa dengan cuaca panas.

So, dah pukul 4 lebih ni kannn.. bagi yang blogger perempuan tu. Haaa.. hari ni nak masak ke pegi beli kat bazaar je? Aku kalau dekat rumah memang masak je lah dengan mak aku. Hi hi hi. lebih suka memasak daripada membeli tapi tengok la kalau da kepenatan yang melamapu. Terpaksa juga beli.

Hari ni aku nak masak ayam masak kari dan sayur campur + cendawan + tahu jepun.. Perghh!! tersangat-sangat tak sabar nak makan sayur tu. Astafirrullahhalazim... sabar, sabar.. ye. Baru first day puasa. Biasa la tu.. 3 hours more nak berbuka right? Jom.. kita berzikir-zikir sikit before solat asar then kita mulakan memasakan..


p/s: berbelanja di bazaar tu, jangan la ikut nafsu. Berjimat-jimat. Nanti membazir pulak. Membazir tu amalan syaiton. ^________^