30 March, 2011

Lomo Camera? Sape ade?

Taraaa.. CUTE TAK!!? T__T
Model Lomo Diana F +

Assalammualaikum.. yuuhuuu.. ade orang tak?? hehe.. Korang penah dengar atau tengok tak kamera Lomo? Its so so so...Damn cute taw! Sape yg dah ade tu. Kalau banyak. Bak aku satu!! hehe.. Uish untungnye... T____T. Kenapa aku sorang je tak ade ni. Eah2 kaw! orang tgh popular usung DSLR, kaw pulak nak usung Lomo. Ape hal! Do i care? hahahhaa... Hado aku kesah..

Ni pun Cute kann.. huu..
Model Colorsplash

Lomo ade mcm2 bentuk, name, saiz, color.. uish! minat betul lah! Ni yg nak marah ni, kalau minat je. Duet pulak non hado! bila ade duet tak pulak nak kuar idea beli benda cenggini! Tak semua orang minat dengan benda gadget ni. Nak2 takat kamera LOMO ni, tak ade orang pandang sgt. Baik beli kamera digital biase tu je, boleh save dalam memory. hah! kalau da save tu, tu bile habad tah tunggu nak cucinye. Sampai ke sudah tak dapat tengok.

Lomo X Version
Ni paling aku idamkan.. T__T

Lomo ni mcm kamera dulu2 tu. yg kene cuci filem. Kalau salah, membazir la kan tp kalau gune kamera Lomo ni, yg tak berapa jadi tu lah seninye! haaa... orang seni je faham! hehe.. Aku ni gila benda gadget. Kalau boleh, semua gadget orang ada, aku nak ada juga! hahaha.. Membazir?? Ish.. tak lah. Kalau da minat, tak kesah pun. Boleh buat koleksi peribadi lagi taw! Huuu.. tapi aku tak ade lagi ni camera ni! Ada sape2 jual atau nak jual kat aku tak? Pleaseee..... boleh la, boleh la.. aku nak sangat2.. T_____T v


p/s: Kalau ada sape2 sudi mau jual atau shop yg nak disuggestionkan. boleh la bagitau sy ye. Nak sangat Camera Lomo tu.. X Version! tak kesah la ape2 pun model.


Photobucket

Hantu boleh menjimatkan elektrik..


Hah! takut tak! kikiki..

Assalammualaikum... haluuuu.. Haaa..kaw! tengok tajuk pun da pelik. Eah2. Biar betul!!.. So, lepas ni ape lagi.. keluar laa cari hantu.. Pastu pilih yg bagus2 taw. Cari yg cantik2.. Lagi cantik lagi menjimatkan! hahahaha.... (gelak golek2). SENGAL! ^____^

Belo! menakotkan tau tak!! Dah la entry kaw ni tengah malam! So, what? takut??? Haa... tu ape kat belakang tu. Kejap lagi ketuk tingkap korang tu... tuk! tuk! tuk! ngeeeett... tingkap pun terselak.. waaaaaaaa................ tampar la muka dia!!! <---- berani lak kaw!

Haaa.. takut tak! takut tak! kahkahkah.... berbalik tajuk aku tuh! korang perasan tak sekarang ni! kat astro.. memanjang je cite hantu nak ditayangkan. Lagi tengah malam, lagi berlambak lah die nak tayangkan! haish! ini mendatangkan kemarahan ni. Ni yg nak buat report ni.. Hoi! stop mainkan cite tu la.. boring la asek cite hantu je <--- padahal takut nak tengok.

Menyimpang lagi aku. Nak explain pun susah dari tadi. Kenapa Hantu boleh jimatkan elektrik? sebab astro tu la. Bila tengah malam je, die mainkan cite hantu. Bila cite hantu je, tengah malam.. Haaa.. kan da relate sangat da tu! Pastu buat ape tengok tv. Tutup la! ape daaa.. kite berblogging.. Terbace lak entry aku! Ape lagi... baca doa banyak2! Tutup laptop laju.. hempas bagi kuat.. tarik selimut! kita tidooooooo..... zZzZzZz....


Selamat Malam... Selamat berdreaming yg 'INDAH'..

Photobucket

29 March, 2011

Kuah Cincuan


Assalammualaikum... Apa khabar kepada pembaca sekalian. Sihat? Bagus la kalau sihat tu. Kalau tak tu, makan ubat ye dan jangan lupa rehat. Ape nak masak? Hah! meh sini. Kita belajar masak dengan mudah. Kejap je da siap! Budak-budak pun boleh masak.. bagus untuk anak anda. :)

Bahan

  • 1. Bawang Putih 3 biji
  • 2. Bawang Besar 1 biji
  • 3. Halia sebesar ujung ibu jari
  • 4. Asam Jawa secubit
  • 5. Ikan digoreng dahulu
  • 6. Minyak Masak 1 senduk
  • 7. Cili hidup 2 batang yg dihiris
  • 8. Garam secukup rasa

Cara

Mula-mula panaskan periuk dengan api yg sederhana. Masukkan sedikit minyak masak sehingga panas. Lepas itu tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia yg telah ditumbuk. Masukkan pula air asam jawa itu tadi dan sedikit garam secukup rasa. Tunggu sampai mendidih dan masukkan ikan yg telah di goreng. Sebagai hiasan masukkan cili hidup yg telah dihiris. Siap!

MUDAH, CEPAT DAN SEDAP.

SELAMAT MENCUBA!


p/s: feveret dari kecik sampai sekarang! weee.. ^____^

Photobucket

Batik Cake in the house!!!

Google search.


Assalammualaikum and Hello...
So, what are doing today or week day? Did you feel like to eat something special or sweet?
Today, I would to teach you how to make a Batik Cake! Yeah!!! wuhooo..
Its just a simple recipe and too easy.. <--- bermat saleh pulak kaw!


Bahan/ Ingredients (3 or 4 orang)

1. Biskut Mary 1 peket (di patah 4)
2. Buttercup 1/2 buku
3. Koko/ coco 1 cawan teh
4. Susu Pekat Manis 1 cawan teh
5. Milo 1 cawan teh
6. Nestum 1 cawan teh (kalau nak lebih sedap)
7. Air suam 1 cawan

Hiasaan (kalau tampak lebih menarik, sedap, cantik)

Coklat di cairkan
Warna-warni 1 botol kecil
badam di hiris


Cara

Mula-mula cairkan buttercup itu tadi menjadi cair seperti minyak. Ambil bekas yg agak sederhana. Masukkan milo, koko, nestum dan susu itu tadi. Kemudian, masukkan sedikit demi sedikit air suam itu. Jangan terlalu cair adunan itu. Pastikan adunan itu pekat. Lepas itu, masukkan buttercup yg telah dicairkan tadi dan akhirnya masukkan pula biskut mary itu. Gaulkan sehingga rata dan kemudian dimasukkan ke dalam bekas seperti loyang. Rata2kan kedalam loyang itu. Bolehlah dihiaskan mengikut kehendak anda. Masukkan ke dalam peti ais bukan oven! =)

SELAMAT MENCUBA!


Photobucket

Padah kerana Dadah dan PTPTN?

Google search.

Assalammualaikum... Selamat pagi.. eah2. Pagi ke? Tengah malam lah kaw.. hahaha.. Sokey, sokey... nothing important pun kannnn... So, ape je korang buat hari ni? busy tak? Pada sape yg busy tu, take time utk release sikit otak tu.. lame2 gile pulak. Uish..uish.. mintak2 dijauhkan. Banyak benda tak buat lagi nih.. bayar kete, rumah, bil.. ni pinjaman PTPTN.. penting hooiiii... Masih ramai lagi tak dapat jelaskan.. Tu la.. dpt duet sampai tak hengat dunia...

Mula-mula mintak, lambat je masuk.. da merungut itu la merungut ini lah. Bukan main kutuk2 lagih.. tu diaq! Bila dapat... huuuiii.... Kemain lagi kaw berjoli ea.. Ujung-ujung je haaa.. hamek kaw! Makan la megi tu berdozen2... botak kepala.. <----- lebih kurang mcm aku la.. =P

Ada sikit aku nak stoly moly ni kat korang.. Malam tadi aku tengok berita pukul 8 p.m. at TV3. Aku ni memang suka tengok berita. Baguuss.. Lagi pulak tak rajin beli paper. tau hal ehwal semasa.. Cenggini! Ni siswazah ambil kesempatan dpt duet PTPTN buat modal jual DADAH!
See.. memalukan je weii.. tau la nak cari duet lebih. Kalau ye pun, skg tengok ape dah jadi! Dah tak tentu arah dah masa depan korang.. tu yg da tertangkap but how yg belom tu. Tunggu jelah nasib korang.. Sepandai2 tupai melompat, akhirnye jatuh ke tanah juga... Bale, bale, bale.....

Google search.
Banyak solution nye, korang bole buat freelense, jual barang yg boleh di jual, keje part time.. yela. nak cepat kaya, malas nak bekerja. Jual dadah mahal, senang la dapat duet tp kene tanggung risiko. Silap2.. meringkuk dalam palang besi tu seumur hidup! tak pasal2 je. Haishhh... sedar2 la korang.. Da banyak sangat lanun2 cam tu. So, bantu la kerajaan banteras benda ni semua. Itu la pendapat aku..

Oke! Da sedap dapat pegang duet banyak2... Then, habis je study!!! tin.. tin.. tin... verooommm..
Haaa.... Pek!! Hamek... surat pembayaran dah sampai... So, what?? tengok je ke? Pegi la bayar... merungut lagi pasal PTPTN... dulu dek kerana lambat. Sekarang, ko kene hadap la keje ko pagi ke malam... nak bayar pulak. So, tak payah lah pinjam PTPTN. bukan tak payah study. Boleh, usaha sikit, boleh mtk biasiswa.. =)

Google search.
Photobucket

26 March, 2011

Finally!! Got it! Follower ke-100

Pek! aku tempekkan pic ni! follower ke 100.

Assalammualaikumm... yuhuuu.. haa.. Finally, sampai juga 100org follow my blog.. Nampak tak? Nampak tak? hehehe..^____^ terharu sungguh hamba. Hamba tak sangka ada juga yg sudi follow blog hamba yg tak seberapa ni. Hamba ucap terima kasih banyok la..

Orait! Seperti janji ku haaa.. aku ade mengatakan. Kalau follower yg ke-100 dpt GIFT kn?
Yup! akan ku tunai kan janji ku itu. Cuma cepat dengan lambat je sebab dalam keadaan yg sesangat busy.

Credit to Aieen!!! horey! horey! nantikan cik posmen depan rumah oke!

Jom terjah and click ---> Blog SN Aieen!
Photobucket

24 March, 2011

99? Lagi sorang je lagi nak 100!


Assalammualaikum~
uish... uishh... tengok tuh.. lagi sorang je nak 100 org follower<--- kesiankan orang nih!
yey! yey! dah nak dekat seratus.. weee... ^__^
orang lain tak kesah pun la wei.. orang lain da beribu. Hek eley...
Ko baru nak 100. ADE AKU KESAH! <--- org ati busuk!
eah2.. biar lah kan kan.. ni aku punye blog, aku punye pasal laa.. :P

Kalau aku dah genap 100! aku nak bg GIFT!!! kat org yg ke 100 tu la..
Lopeh tu, den ni berhasrat la juga nak bt segmen ke, contest ke...
Agak-agak ade tak orang nak join aku.. huuu... T__T


p/s: ada sape2 nak join ke?? kesiannye orang ni.. ish3...
Photobucket

Review oleh Mira Hussin.


Assalammualaikum.. hai semua dan juga orang paling penting nih
MIRA HUSSIN..!!! <-- bodek je nih
Kerajinan nak join blog review nih.. hihi ^__^ oke2!

Saya minat nak diriview oleh MIRA HUSSIN kerana...

Saya mau Cik Mira kita datang comment mane patut pasal blog saya ni. Haishh... =,=' Kalau ada yg perlu di perbaiki. Just bagitau je.. oke! Berlambak nak dipebetulkan nih! Entry jangan cakap lah.. NO idea, no entry... Ape kate Cik Mira tolong mai care nak bt tajuk entry yg mudah orang tertarik dan juga cite ape yg biasa blogger akan tertarik! bukan senang nak jadi senang, bukan susah nak jadi susah.. Tu yg pening2 lalat nih.. Adakah masalah kebuntuan saya ni akan dibantu oleh Cik Mira Hussin kita nih?? Kalau berminat boleh la bagi suggestions...

Terima kasih



Yang kebuntuan,

Photobucket

23 March, 2011

BEN ASHAARI : GAME ANTARA BLOGGER BERMULA !


Assalammualaikum...
da terlambat..... T___T
sape2 nak join klil ---> BEN ASHAARI

oke! bye!


Photobucket

Kenapa Doodle aku PeliK dari korang !!!


Assalammualaikum... hello guys.. cenggitu sapaan aku hari nih.. hihi... Korang dah makan? dah mandi? Ape punye soalan daaa.... mesti la sudah kan.. haish! Skang ni kan blog dilanda 'Doodle'.
What??!!! haish.... kenapa aku sorang je tak ade doodle lagi! ni yg tak boleh jadi nih! Nak juga!

Tak ade sape2 boleh buatkan untuk aku. Aku pun boleh buat sendiri.. taw! hahaha.. Cume jadi dgn tak jadi je nanti.. Dolu2 aku minat la juga lukis komik cam fantasi tu. Mase sekolah la. Skang haish.. no idea, no mood laa.. kn.. tapi tak pe. Aku akan lampirkan karya2 aku tu kat bawah nih.. korang tengok jelah macam mane jari jemari aku ni melakar.. Dibedung ke tak dibedung.. hahaha..










Itu la antara lukisan yg aku suka lukis mase sekolah2 dulu. skang da taking office management cos. da kekok nak lukis. typing laju boleh laa.. =,=' rugi...



Photobucket

22 March, 2011

SEGMEN AKU DAN SEKOLAH

hah! hamek aku tempek banner!

ASSALAMMUALAIKUM...
Selamat pagi semua.. haha.. pagi la sangat..
disebabkan aku ni giler join segmen para blogger..
baru je nak lolap tadi.. ternampak pulak segmen nih...
Haiishh! tak boleh terlepas nih.. haha :P

JOm kita mula.. aiyak!

MAKNA SEKOLAH BAGI ANDA?

Sekolah adalah tempat utk saya cari kawan-kawan. Belajar no. 2. yeay! saya suke pergi sekolah! tapi tanpa pakai uniform boleh tak?? haha.. (buat sekolah sendiri oke!)

CERITAKAN KENANGAN MANIS ANDA DI SEKOLAH...

Kenangan manis of cos la dapat bergurau senda dengan member semua.. hahaha... Paling best oke! yg part ni. Time tu aku form 5 kalo tak silap aku. Tengah syok2 lepak dalam toilet.. (giler terokk... =,=') pegi toilet laa.. pengetua(ppuan datang oke!! dengan cekak pinggang. Dia kate 'ape ramai2 ni?' cakap tak ade ape2. pegi buang air kecik. pas tu bla jela. Lopeh tu, member aku lak kene. tengah merayau2 tingkat atas. terserempak dengan pengetua sekali. tak boleh lari dah.. die dah panggil.. Da menggigil da kepala lutut ni! ggerrhh! ni nak keman ni? tanye pengetua tu. member aku ni tibe2 spontan oke! die peluk bahu pengetua tu. cakpa.. relax la cik naza.. cewah! hoi! pengetua tu. teros kitorang larikkkk.. oke! hahah.. larikk laju...

CERITAKAN KENANGAN PAHIT ANDA DI SEKOLAH...

Kenangan pahit adalah berpisah dengan dorang.. huuu.. T___T
Tak suka pisah2 nih.. sedyh taw! sobsob.. rindu tangat2 kat dorang.. tah bile tah mase nak hangout dgn dorang lagih...
(sambil amek tisu hembus ingus) <--- Tipu
Terpaksa backup kawan gara-gara die pakai gelang aku!! shiitt.. pfft...
die kate gelang aku! aku pulak kene panggil! dan dan lak aku yg kene jawab.
cukup la tuh! huh! tak nak bagi kaw pinjam lagi! (marah nih) hahaha..


p/s: terlalu banyak kenangan.. tak terdaya nak type... jari jemari dah mula kremm.. batery aku dah nak abiz... daaa... bye2.. ariyoss..!!

Photobucket

21 March, 2011

Sengal Zone : Saya Beli


Assalammualaikum... cewah2! arini kita jadi sasterawan ye Sengal Zone Man!
Hari ni aku mau join ini punya segmen!
Dah lame aku tinggalkan zaman sastera aku nih..
Sekang ni kita test otak aku nih.. boleh pakai lagi doq!!

2,3 aku berlari,
Lari lari , terlondeh kain,
Dunia blog apa dicari?
Bagitau la aku, boleh kan?

Skang ni time aku lak balas pantun die tu..

Keluar membeli barang dengan Sengal Man,
Membeli barang di IKEA,
Blog ada macam-macam paparan,
Jangan tak tau blog juga bagi banyak idea..

Haa.. cukup la tuh.. merepek je aku balas pantun Sengal Zone nih.. haish..
Nampaknya aku dah tau, IQ sastera aku sudah lemah~ =,='

Photobucket

BEN ASHAARI : TERIMA KASIH IBU


Assalammualaikum... aiseymen aii.... lewat pulak aku nak join segmen nih! cet! takpe2 pelan2 kayuh.. =)

Pengalaman indah ketika bersama ibu.

Pengalaman bersama ibu tersangat bermakna. Beliau bernama Maria bt. Hj.Ahmad. Kini berumur 46tahun. Baru ku sedar beliau kian berumur. Setiap detik bersamanya diri terasa bahagia, aman dan senang hati. Aku sebagai anak sulung, begitu lama hidup dengannya berbanding adik-adikku. Setiap apa yg berlaku pada dirinya, aku akan sentiasa berada disampingnya sedaya mungkin. Pengalamanku bersamanya dari kecil hingga kini cukup bermakna. Pengalaman paling indah ialah ketika aku bersamanya dan adik-adik bergelak tawa, bergurau senda, masak bsama-sama, berkongsi cerita.. Tidak semua kita lalui dengan senang hati, manakala ada sesetengah orang sudah kehilangan ibu. Aku yg masih ada ibu yg sihat walafiat.. akan ku jaga dirinya sebaik mungkin. InsyaAllah dengan berkat doanya aku akan berjaya dan menghiburkan hatinya. Lagi kita mendekatinya, lagi kita sayang kepadanya.. Ya Tuhan ku, disini hambamu memohon kepadamu, supaya aku diberi kesihatan dan kejayaan demi masa depan ku dan Ibuku yg Tercinta..

Antara ibu dan ayah , Siapakah anda lebihkan?

Sebagai anak, tiada mana berat sebelah... begitu juga peranan mereka supaya tidak berat sebelah kepada anak-anak mereka. Aku berkelakuan sebegitu juga. Aku sayang mereka sama rata. InsyaAllah ke akhir hayat...

Apakah anda sanggup tinggalkan ibu atau ayah anda di rumah orang tua?

Selisih Malaikat! Tidak sanggup hati ini melihat begitu. Apetah lagi kalau aku berkelakuan sebegitu. Sungguh tak perikemanusiaan, tak mengenang budi aku jika berkelakuan sebegitu. Subbahannallah.. Mintak dijauhkan perasaan sebegitu. Rela hidup susah, jika kaya lupa ibu bapa. Pengalaman pergi rumah orang tua-tua, sudah menyedarkan aku erti kesedihan dan keseksaan seorang ibu dan bapa ditinggalkan anak sebegitu bertahun-tahun hingga ke nafas yg terakhir.. Ibu boleh menjaga anak 10 orang, tak kan anak 10 orang tak boleh jage ibu seorang tu..

Pendapat anda mengenai anak anak yang sanggup bercakaran merebut harta pusaka orang tua mereka...

Kelakuan yang kurang ajar! Orang yang tamak! Sebuk berebut harta pusaka demi kesenangan hidup sendiri. Pentingkan diri sendiri. Ada yang sanggup bunuh orang tuanya sendiri. Ada yg masih merah lagi tanah kubur orang tuanya, dah bercakaran merebut harta. Ada yang orang tuanya tengah nazak, nafas terakhir pun berkelakuan sedemikian..Pengalaman aku, ada lagi teruk yg aku dengar.. Anak guna cara ilmu halus menyiksa ayahnya sendiri sampai masuk wad ICU untuk mendapatkan harta pusaka. Sungguh durjana. Subahannallah...

p/s: entry yg membuat aku cukup sedyh.. bila mengenangkan semuanya... T__T
Photobucket

Sengal dan Pecah Perot!

i) Pilih bulan kelahiran anda:

Januari - Aku cinta
Februari - Aku gigit
Mac - Aku belasah
April - Aku peluk
Mei - Aku terhantuk
Jun - Aku terkentut depan
Julai - Aku menari dengan
Ogos - Aku pergi dating dengan
September - Aku lambai dekat
Oktober - Aku muntah depan
November - Aku jerit dekat
Disember - Aku terlanggar

ii) Pilih nombor hari jadi anda:

1 - Mak aku
2 - Komputer aku
3 - Liverpool
4 - Garfield
5 - Musuh dalam selimut aku
6 - Gangster
7 - Handphone aku
8 - Gerrard
9 - Driver Bas
10 - Semut
11- Kawan baik aku
12 - Polis
13 - Taik kucing
14 - Patung barbie
15 - Lee Chong Wei
16 - Mak Mertua aku
17 - Mak tiri aku
18 - Girlfriendaku/ Boyfriend aku
19 - Makcik kantin
20 - Sharifah Amani
21 - Upin dan
22 - Siti Nurhaliza
23 - Spongebob
24 - Cristiano Ronaldo
25 - Bapuk/Maknyah
26 - Kawan aku
27 - Raja Lawak/Akademi Fantasia
28 - Jiran aku
29 - Orang gila
30 - Taylor swift
31 - Awek cun/ Jejaka tampan

iii) Pilih warna baju yang anda pakai skrg:

Putih - Sebab aku perasan cantik/hensem
Hitam - Sebab aku gila
Pink - Sebab aku suka single
Merah - Sebab mak aku suruh
Biru - Sebab aku tak tahan
Hijau - Sebab aku baik hati
Ungu - Sebab aku cemburu
Kelabu - Sebab bomoh suruh
Kuning - Sebab suka hati aku la
Oren - Sebab aku baru putus cinta
Coklat - Sebab aku tak tentu arah
Lain-lain - Sebab aku fikir aku hebat

sumber: rakan-rakan.. :)
Photobucket

20 March, 2011

Akad Nikah di Masjid Menyimpang dari Amalan Rasulullah?

Assalammualaikum... hai pembaca yg dikasihi dan yg lagi comel. Sejuk tak? aku kat sini uish... dah berapa kali keluar masuk toilet.. Rase haus, minum air. Then, buang, haus.. minum lagi. Mau tak keluar masuk toilet kan.

Oke! Tu mukadimahnye. Tadi aku ade terbace la satu article pasal 'Akad Nikah di Masjid Menyimpang dari Amalan Rasulullah?'. Agak terkejut juga la aku membacanya.. Padahal kita kat Malaysia speceli da sinonim orang akad nikah di Masjid. Betul tak? Bawah ni tentang article yg aku bace tu.


Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh.

Beliau berkata, Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.

Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah, namun ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.

Kesanggupan seorang lelaki yang turut berada dalam masjid untuk mengahwini wanita itu menyebabkan Rasulullah melakukan akad nikah dalam masjid.

Ahmad berkata, adalah lebih baik akad nikah dilakukan di rumah pengantin.


p/s: sources from Utusan Malaysia Online.
Photobucket

Bau Badan Adalah Penyakit Berjangkit??


Assalammualaikum... Selamat Petang Ahad! Sejuk~ sejuk~ Disebabkan sebelum ni asek kepanasan je bumi Melaka ni.. Akhirnya, setiap masa la raining... Gerrghh!! sejuk-sejuk pun kene la mandi juga. Penjagaan badan itu penting! Nanti mushuk~ hahaha...

Tiba-tiba la idea aku ni terlintas sepantas kilat! Yela.. Kalau musim sejuk-sejuk ni jarang orang nak rajin mandi. Jimat air katekan.. Beragak-agak la juga beb! nak jimat2 pun, tu! tu! badan dah bau hapak! haish... dah tak tertahan hidung teman nih! pengotoq~ (maaf kpd pembaca yg cmni)

Oke! sape rase2 badan dorang berbau atau lebih dikenali badan berbau?? o,0?? huh! hape aku type nih. Lantak lah! Korang mesti faham punye kan! :P Haa.. cepat ngaku! kikikih.. tak ade lah gurau je. Kenapa ye bau badan sesetengah orang ni berbau?? aku pun tak berapa sure. Atau disebabkan orang tu tak reti nak jaga badan?? Peluh yg berlebihan??

Mesti korang tak senang duduk nak berkawan dengan orang camni kan? Bukan tak nak berkawan dengan dorang ni tapi tak tahan hidung ni bau.. Aku ada sorang kawan time sekolah dolu2. Cam orang agak la kurang nak berkawan dgn die tu. Then, ada la kawan baik die ni nak berkawan dengan die. Tibe2 eah... kawan2 die tu pun same dah ade bau badan. Penyakit berjangkit ke bau badan nih??

Ada beberapa tips la juga utk orang yg badan berbau ni:

  1. Mandi mesti 3 or 4 kali ye. Haa... itu adalah wajib!! kebersihan time mandi tu. Sental bagi habis tempat2 yg sepatutnye.
  2. Kalau nak basuh baju tu, rendam sebentar. Then, baru basuh dan letak la sikit softlan tu.. downy tu ke..
  3. Kalau nk keluar pastikan semburkan sedikit perfume.
  4. Cukur bulu ketiak anda tu biar berkala.. Jangan sebulan sekali. Dah berhutan baru la nak buang.. Aiyak! =,='
  5. Lepas mandi, jangan lupa guna deodoran..
  6. Jaga pemakanan tu yg pasti! Jangan la bedal semua makanan. Makanan boleh effect macam2 penyakit ye. Harap maklum.
p/s: sekian saje pendapat saya tentang badan berbau ni. Harap2. Pembaca yg memilikinya dapat menjaga badan anda demi keadaan sekeliling dan diri anda sendiri.. Tak susah kan.
Photobucket

18 March, 2011

Sengal Zone : Saya Sengal Zone VIP !



Assalammualaikum... Taraaa... haa.. Amek kaw! besar gedabak logo nih! So, ape lagi jom la jawab pertanyaanya..

Pendapat anda mengenai Video Blog (Vlog) ?

Pendapat saya la mengenai Vlog ni ada bagusnya. Bukan semua orang nak buat vlog dorang mantap! Nak bagi orang tengok video kita, nak tarik minat dorang.. Huishh.. Tabek la kat brother Ben Ashaari dengan IniAnwarHadi.. Vlog ni juga mengekspreskan lagi idea dorang. Contohnya, untuk menyampaikan pendapat dorang tentang sesuatu issue. Vlog ni bagi orang yang malas nak membaca dan dorang lebih suka mendengar. Dalam masa yg sama vlog ni juga kelebihan seseorang kekasih untuk tampak lagi sweet untuk sampaikan ucapannya itu dari jarak yg jauh... =) sweet gitu.... Cenggitu lah pendapat saya.



p/s: boleh la di ambil kira. Kepada Owner Sengal Zone! Good Luck! Peace...

Photobucket

17 March, 2011

[Blog Picisan] : Best Ke Jadi Budak Kampung?


Assalammualaikum... Selamat Petang. Hari ni masuk segmen ni aku join segmen.
Tadi Ben Ashaari and now [Blog Picisan] plak.. =)
Ni kes dah boring sangat dah nih! Jom kita jawab soalan di bawah ni!



1. Adakah anda budak kampung?

Ye. saya menagaku saya budak kampung dan bangga juga! Hidup budak kampung! hahaha..

2. Kampung anda dimana?
Di Kampung Pernu, Melaka. Sape2 yg kenal Medan Ikan Bakar, Umbai Melaka.. di situ la area kampung saya!! yeah!!

3. Apa yang best tentang kampung anda?

Of cos la ada pantai untuk main2 air, ada pokok nak panjat, ada pasir nak main2.. !!! kampung saya tak la mundur sangat. ok lagi.. hehe.. :)

4. Tempat yang anda selalu lepak (atau tempat bermain) di kampung?
Area rumah je. Yelah, area rumah je dah best.. kate pun kampung.. kawasan die besar, tak macam kawasan taman.. boring..!! haha Rugi sape2 bukan dari kampung.. :P

5. Permainan kampung yang pernah anda main?

Uish.. macam2 saya main. Hahaha.. permainan laki2 pun saya bedalnye.. main teng-teng, batu seremban, galah panjang, congkak, baling-baling selipar, kejar-kejar, polis entry, sorok-sorok baik tak sorok dengan bunian.. haha. Lagi hmm... Main tembak2. Pistol buat sendiri kot dari kayu. Peluru dari buah ceri.. Terbaik woookk~~


Baling-baling selipar... main dalam 6, 8 orang da ok! ada 2kumpulan.


congkak! sape tak tau main kan.. sape2 yg tak tau tu, no comment.


Cara2 main galah panjang.. best.. hahaha!!

Nak tag sape yek! kawan saya sorang nih!


p/s: rindunya nak main permainan ni semua.. haish! kene buat hari keluarga ni nak main camni balik! hahaha..


Photobucket