31 October, 2011

Air Badak Kumbahan untuk panas dalam?



Assalammualaikum !

Weeehuu.... apa kabar semua ! ! ! 

Sehatkah semuanya.. hmmm... aku je rasa macam nak demam
aiyooo... gano ni weii.. makan ubat !? saya tak suka amalkan makan ubat ni.
tak elok sebenarnya. so, alternatifnya adalah jeng ! jeng ! jeng !
kita tegok air masak manyak-manyak OK ! apa macam. boleh kan kan? ?



Rasanya bukan aku sorang je rasa tak sedap badan ni kan. ramai lagi. 
eah2 ! bukan aku doakan korang tak sehat tapi ni perubahan cuaca. 
sekarang ni hari-hari ujan. esok tiba-tiba panas terik. aiyooo...
tu yang kepalo den dah pening-pening ni, badan dah mulai rasa panas dalam.
orang kata kalau panas dalam ni elok minum air badak ! apa? ?
minum air kumbahan badak! ! ! G I L O? ? Pergi la try kalau nak cepat sembuh.
air badak laaa... aiyoooo... poning kepalo la den ni lagi...


* beg ! terdengar mak dgn adik cakap beg. tiba-tiba tertaip beg plak.
Ni air badak laaa.. aiyooo. 

OK ! bye !

p/s: dari kecik hingga la ke besar. kalau sakit, perkataan mula-mula kita sebut mesti maaakkkk ! ! ! sayangilah ibu anda, walau dimana jua anda berada. sekian

Sebulan yang produktif !

Assalammualaikum !

Selamat petang dan selamat berhujung minggu para blogger sekalian indah.
  
Apa aktiviti hujung minggu korang? 

* tidur sehari suntuk! mangai~ teroknya perangai. :P

* pergi keluar jalan-jalan dengan member, hangout?

* duduk kat rumah je, rehat. esokkan dah keje. 

* bercucuk tanamkah? macam aku! hehe ^_______^ v

Hampir sebulan ke dah sebulan lebih aku duduk kat rumah ni. Hmmmm....
tak keje? bukan tak nak tapi entah! ingat aku tidur lewat tengah malam bangun
matahari dah terpacak!? ohh tidak... aku masih produktif OK!

Nak tahu apa aku buat selama sebulan aku duduk rumah ni???
scroll kebawah yeee... :)




* area depan rumah. ingat lain tahun nak buat kolam ikan siap air terjun sekali.
buat sendiri je sudah. bukan susah sangat pun. :)


* habis batu lebih buat rumah aku dulu ada buat stok belakang umah
buat alas pasu bunga. so, nak nampak lebih menarik. kita cat la.
santek tak tawan-tawan... ngee :P


* taraaa... ! ni la antara pokok bunga yg aku tanam. beli 
dah seminggu ke dua minggu. baru hari ni beli pasu.
pokok ape ye. lupa plak.. ^_________^ v


p/s: esok bangun pagi-pagi kena bersenam lagi. nak kurus ! nak kurus! kurus ! 


30 October, 2011

BEN ASHAARI DAN LYSSA SECRET : Antara Dua Blog


Assalammualaikum !

Selamat petang dan selamat berhujung minggu.

Jangan buang masa lagi. Cepat sertainya segmen BEN ASHAARI DAN LYSSA SECRET buat julung kalinya untuk fun fun ujung minggu korang ni.  TUTUP 8:00 malam ni.

1) Banner ----> DONE

2) Jom kita jawab soalan dulu.

 Apakah persamaan yang korang boleh nampak di kedua dua blog ini? 

Persamaan

* Kita tengok followers dulu... Confirm mencanak!

* Ada daya tarikan dari segi penulisan.

* Header Confirm muka OWNER.

* Dah tak main dah blogspot bagai. Masing-masing dah tukar DOT COM.

* Nak buka blog pun tak berat dengan widget.

* Simple but nice. ^______^

Pendapatan


* sentiasa memberi info untuk para blogger.

* selalu memberi tutorial untuk newbie yang baru nak mengenali dunia blog lebih mendalam.

* mungkin boleh selalu juga buat or perbanyakkan contest or apa-apa acara yang boleh mengeratkan antara blogger.


p/s: moga para blogger sentiasa membuat segmen, contest, reunion or anything untuk mengeratkan lagi silaturahim antara blogger dan yang paling penting adalah sentiasa membaik pulih dan memantapkan penulisan untuk menarik minat pembaca. sekian terima kasih. ^__^ v

29 October, 2011

Hobin Jang Hobin


Assalammualaikum...

Bismillah..

Alhamdulillah.... finally tamat sudah Piala Malaysia kita ni. Eah2 yeke dah tamat. hehe. ontah lah.. Terengganu lawan Negeri Sembilan. Walaupun negeri 'sembilan'. Totap monang nombor satu.. hehe :) <-- ape kau merepek ni. :P

Congratulation..

Hobin Jang Hobin...



p/s: aku gila mini cooper classic. esok nak pegi beli juga! tak kira. T____T


After 5 years itu cantik.


Assalammualaikum...

Bismillah dulu sebelum buat sesuatu...

Finally... after 3weeks. Baru nak update belog. hehe ^___________^. Sorry aku memang pemalas nak hupdate entry. Selalu la juga buka belog ni tapi Ya Allah, Ya Rabbi... malas gila. Gila pun tak malas macam aku. hahaha.... Malas nak taip, malas nak perah idea-idea bernas. ggrrhhhh~!!

Perghh!!! orang lain sebok tengok bola sepak Terengganu lawan Negeri Sembilan. Hu ha hu ha.. jerit sana sini, aku pun nak sebok juga tapi sebok aku terkedek-kedek taip new entry buat sekian lamanya. Ok. Nampak tak gambar kat atas tu. santek tak ! santek tak! :)

Cantek tak tayang, tayang temua.. hehe.. adek manis lama tak painting cenggitu. sudah hampir 5 tahun adek manis tak pegang belos dan water color. nak mulakan tu tutah tapi lama-lama dah pegang belos tu. haaa.... tu la hasilnya.. ok la juga kan kan..

OK. Tengok gambar bawah ni pulak. Tonon-tonon tempat nak buat painting la tu.. eley, eley... :) bertepah-tepah.. tak de pun tempat yg spetipik.. bedal aje kat ruang tamu.



p/s : yeay!!! hobin jang hobin. N9 monang... walaupun orang Melaka. Den totap sokong kaw jang.

11 October, 2011

Datuk Ahmad Jais Meninggal Dunia - AL- FATIHAH




Assalammualaikum...

Selamat Tengahari Selasa..

Bukak je Facebook. Nampak Berita Harian Online post berita tentang kematian Datuk Ahmad Jais. Penyanyi lagu raya yang paling aku minati dari kecil hingga la sekarang ni. Terngiang-ngiang lagu raya yang dinyanyikan oleh beliau.

Beliau meninggal di Pusat Perubatan Darul Ehsan Shah Alam pada pukul 9:19 pagi tadi. Lepas ni dah tak boleh la dengar dia nyanyi lagi. Orang meninggal kita sedekahkan Al-Fatihah tapi kita dok dengar dia berdendang. Moga rohnya dicucuri rahmat, ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. AL - FATIHAH.

Kehilangan beliau dalam industri muzik tanah air amat terasa tapi jangan kesal kerana itu dah suratan takdir dan sudah tiba masanya beliau meninggalkan kita. Bagaimana pula kita? Sudahkah kita mempersiapkan berkalan untuk kita kesana? Di dunia ni pun terkontang kanting.. Subahannallah...


sumber : Berita Harian

07 October, 2011

T- Shirt Kelab Blogger BA di BUKA! JOm!



Assalammualaikum...

Selamat Petang Jumaat.

Bagaimana kaum adam. Sudahkah anda menunaikan solat Jumaat? ok


Mari dekat, mari rapat, abang manis, akak manis, adik manis... Meh sini meh kakak comel ni nak bagi berita baik. Weee :) Bagi sesiapa berminat dan nak membeli T-Shirt Kelab Blogger BA. Anda boleh buat tempahan dan ikut terma dan syarat. Hanya klik ---- > BEN ASHAARI

Siapa cepat dia yang dapat. Eksklusif dari Ladang Pakcik Ben. hehe... CEPAT! CEPAT! TERHAD!

JOm Kita Tempah Ramai - Ramai.. ^_____^

06 October, 2011

Steve Job Pengasas Apple, Meninggal Dunia Akibat Kanser


Assalammualaikum...

Hello people.. What!!!! Steve Job iaitu Pegawai Eksekutif sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Apple meninggal dunia akibat kanser semalam pada 5 Oktober 2011. Beliau berusia 56 tahun.

Kematian Steve Job berlaku selepas melancarkan iPhone 4S di ibu pejabat syarikat tersebut di Cupertino, California.

Ketika peringkat akhir beliau bergelut dengan penyakit kanser, Jobs melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif tetapi kekal sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Apple.

Adakah selepas ini masih ada lagi keluaran iPhone 5 dengan design lebih unik atau lebih canggih?? Hmmm... Mari kita nantikan...




02 October, 2011

My brotha sista..!

Assalammualaikum...

Hello everybody... Huiiyyyy.... (melempar peluh :)
Kepenatan.. hokhokhok.. Haaakkkcuooommm! 
Hamboi... hamboi.. kemain lagi batuk,batuk. bersin, bersin
bagai.. Hahahak.. Konon je tu. Padahal mukadimah dah lame tak 
hupdate blog yg kian berlapuk dek masa yg berlalu.
Hahahaha~~ Funny! (-,-')

Gila lah! hampir sebulan tak update entry.
Teramat-amat busy pada mulanya dan dah jadi kebiasaan
jadilah kemalasan! Choi~~!
Kadang-kadang tu teringin nak post something..
Sebab idea dah datang. tiba-tiba pulak. Kemalasan cakap
"bila-bila boleh update, bukannya ada siapa-siapa pun
nak baca entry kaw tiap-tiap hari.. bluuweeekkk!!

Damn! kadang-kadang blog ni tempat kita meluahkan
perasaan juga. Isn't? huh! 
blog ni banyak kelebihannya. Percayalah.