23 October, 2012

Macam kaki Gergasi weh!


bismillahirahmanirahim...

Hai... Apekabar korang korang semua??! Buat apakah? Dah dinner kah?
Aku (saya) je belum lagi.. Perut lapar tapi tak larat nak buat makanan tu memandangkan
kaki aku (saya) ni tengah membengkak.. Halamak! Walawey.. tak tahan kaki ni membesar.
Ni kes gara-gara aku nak melangkah longkang ala2 besar dengan memakai kasut
wedges kat pasar malam. *malu (^.^)'

Tiba-tiba je berderab je kaki ni.. adoi~ Rasa time tu juga aku (saya) nak nanges melaung.
Tapi mengenangkan aku (saya) ni kat luar, aku nekad je angkat barang yang aku cempak masa aku (saya) jatuh tu.. Nekad je lintas jambatan lagi! naik motor pulak! halamak! memang malang lah!
balik je ada kawan ayah datang umah pulak. Salam salam, senyum. Cepat cepat masuk bilik.

Cepat-cepat call mak.
"mak kat mane?"
"mak kat umah la" (dia ingat aku kat pasar lagi)
"mak masuk bilik ana jap mak"
"kenapa?"
"masuk la jap, kaki terseliuh tadi"

Hmm... mak masuk je terus aku melaung tak tahan kaki aku (saya) ni dah membesar..
Hanya Tuhan jela yang tahu kesakitan aku (saya) ni.. 
mak ambil minyak panas tolong sapukan kaki aku (saya) ni bagi kurangkan rasa sakit tu.
"mak jangan urut kuat sangat, entah-entah patah ke?"
"ni teruk sangat ni, nak pegi urut tak?"
"nak! nak urut juga, kasi hilangkan sakit, bengkak ni"
"mak call dulu"

Nak tunjuk gambar, aurat. ^_______^

Baik mak tolong urut sikit bagi hilangkan sikit
rasa sakit tu. Makan ubat tahan sakit, da lega. Amboi terus je cari makanan aku (saya) beli kat pasar tu.
Lapar gila beb!~ tak makan dari siang, just breakfast hinggalah kemalam baru nak makan.
Class aku (saya) sem ni.. tersangat la pack! pagi ke malam ade class. 

Lepas je makan, siap-siap.. Pegi urut terus. Aku (saya) tak nak tunggu lama-lama baru nak berurut.
Nanti orang kata lagi masuk angin, lagi sakit sebenarnya.. Memandangkan aku (saya) ni suka berjalan.
So, aku (saya) nak kaki ni cepat sembuh, kene juga la pegi berurut. At least, kurangkan sikit
bengkak kaki ni okay lah! Dah la aku ni ada test pagi-pagi pulak tu..
Membacalah dalam keadaan kesakitan..
Mujur la test senang. Alhamdulillah... 
Tuhan tu ada, Dia membantu aku permudahkan soalan.
Amin.. amin.. Ya Rabb.


Nota kaki : Mulakan segala perbuatan dengan ucapan bismillahirahmanirahim. ^____________^

21 October, 2012

Posto Sunday


bismillahirahmanirahim...

Ehem, ehem, ehem... huk! yuhuuu... Apekabar korang tu? Sehat belaka kah? Dah siap keje kah?
Dah study kah? Kalau bab study ni aku(saya) yang sebenarnya yang kene study sebab esok
ada ujian test wei! pergghh!! tak study ape pun lagi nih! Nekad je esok jawab
ape yang aku (saya) faham. kahkahkah~~!! (boleh lagi gelak besaw)

Hmmm.. okay lah sampai disini sahajalah taip menaip aku (saya) untuk hari ni.
Hari ni, ni lah entry yang aku boleh buat untuk blog kayangan kesayangan aku (saya) ni!
Hari ni, dari bangun pagi, bekpes, terus je turn on PC (personal computer) buat assignment.
Akhirnya siap juga, dan dah siap print pun. Alhamdulillah.. 

Okay lah! dari tadi okay okay. Tak juga abes abes menaip.. hahaha..
Okay! (okay lagi) ni last. Jom sengkang mata dengan kayu mancis! ngee... ^_______^
Tak ape lagi dua hari je lagi nak cuti Rrrraaayaaa!!
(tak kesudah lagi taip entry ni, memang jadi essay juga kang)

Selamat malam semua!


Nota kaki : tak dapat nak hupdate blog ni dengan cite-cite menarik, blog walking pun tak nyempat!

20 October, 2012

Suamiku Tak Romantik tapi Autikstik !


bismillahirahmanirahim...

"Tiada yang lain selain dirimu, kerana hanya hadirmu yang mampu
memberi sejuta rasa dalam hatiku..."

Hai,
Pom pom! Cak cak! kebabOm~~!!! okay itu sahaje mukadimah aku (saya) ^__________^ . haha.. Okay nampak tak tajuk entry yang tertera tuuu. haaa..Taraaaa. "Suamiku Tak Romantik tapi Autistik" hasil nukilan Farisha Imani. Cerita ni menarik dan dapat menarik ramai pembaca masa di post kan di Penulisan2u. Oraite korang dah baca ke belum? Dah! belum? haaa.. Siapa yang dah baca tu tau la apa diceritakan dalam novel tu.. Bagi yang belum baca, boleh lagi cari kat mana-mana book store such as MPH, Popular ke. Itu pun kalau ada sebab ramai suka dengan novel ni.  Aku (saya) pun baru tak baru juga beli, dalam sebulan rasanya.  Itu pun da nak frus juga la.. ingatkan dah habis kat popular tuu.. hampa sungguh! siap nangis teresak-esak kat celah tiang kat popular tu (ni tipu). Ingat nak tunggu gaji, aleh-aleh merayau pulak ke MPH. Yahooo!!! jumpa! rupanya ada lagi buku ni. Tak payah nak bace sinopis, tak tengok harga (dah survey dulu memang la) terus bayar. haha.. Okay. Jom kita baca sinopsisnya dulu :-

Nur Alia seorang gadis periang yang telah jatuh cinta dengan Syed Azmi, seorang anak Datuk yang kaya dan handsome! Walaupun dia tahu Syes Azmi seorang womanizer, Nur Alia yakin bahawa lelaki itu pasti akan meninggalkan gelaran itu demi cinta mereka bersama.
Akhirnya, dari cinta ia berubah benci! Syed Azmi juga hampir-hampir meragut kesucian Nur Alia.  Nur Alia menyimpan dendam kesumat pada lelaki itu.
"Aku benci kau, Syed Azmi! Kau memang lelaki tak guna! " - Nur Alia

Demi menjalankan rancangan membalas dendamnya, Nura Alia akhirnya nekad untuk menjadi babysitter kepada abang Syed Azmi yang autistik, Syed Azwan a.k.a Boboy, budak tak cukup seringgit yang sengal! Dalam terpaksa dia rela melayan setiap kerenah Boboy.
"Boboy! Boboy memang suka menyusahkan akak, kan?! Eee... geramnya aku!" - Nur Alia 

Selama tujuh tahun, Boboy hidup di dalam dunianya sendiri. Dunia kanak-kanak autistik yang sengaja diciptakannya demi menyembunyikan sejarah silam.  Sejarah silam yang membuatkan dia menyimpan rasa bersalah sehingga ke hari ini.
Namun, semuanya itu berubah apabila Nur Alia hadir dalam dunianya. Hari Boboy berdegup lagi. Dalam diam, dia menyayangi si babysitternya itu.
"Kita minta maaf sebab selalu menyusahkan kakak. Kita sayangkan kakak!" - Boboy

Tapi, tiada siapa yang dapat menghalang suratan takdir. Nura Alia dan Boboy akhirnya bersatu dalam sebuah ikatan. Pada saat cinta semakin bersemi, muncul pelbagai halangan yang mengugat rasa cinta yang baru hadir itu. Masing-masing masih menyimpan banyak rahsia. Rahsia yang mampu mengundang rasa kecewa dan duka dalam hati mereka berdua.
Rahsia siapakah yang bakal terbongkar dahulu? Apakah nasib 'cinta' yang baru bersemi dalam hati mereka itu? Adakah dari cinta sekali lagi ia akan berubah menjadi benci?
"Maafkan abang sayang. Selama ni abang dah tipu Lia. Abang sebenarnya bukan Boboy yang autistik. Abang masih Syed Azwan yang normal. Abang... - Syed Azwan.

Okay! Ape macam? berkenan? haaa.. boleh la cari kat mane-mane kedai buku ye! kalau dah tak ada, tak dapek la den nak nolongnyo! Tak pun, mane la tau member korang ada beli, boleh la pinjam, dah pinjam jangan lupa pulak pulangkan balik. Kang kawan tu taubat tak nak bagi korang pinjam. ^_________^


Nota kaki : harganya RM30.00 sahaja. Sesiapa peminat/ suka baca novel nak cari cerita-cerita best boleh lah layari Penulisan2u. Kompem ada!
salam.

19 October, 2012

Cerita Pendek 77 words.


Bismillahirahmanirahim...

Selamat malam (bukan masuk tidur ye) Okay.  Hari ni aku (saya) nak cakap, berkongsi dengan korang semua dengan satu Short Story was first published in 1950 in Ellery Queen's Mystery Magazine.  The author atau pun penulis cerita pendek ni hanya menulis 77 patah perkataan sahaje. Nak menguji pembaca apa yang berlaku dan apa yang akan berlaku. Jom kita bacanya ( jangan lupa baca mengikut nada yang betul)  :

Conversation Piece
by Ned Guymon

"No!"

"Yes!"

"You didn't!"

"I did."

"When?"

"Just now."

"Where?"

"Bedroom?"

"Dead?"

"Yes!"

"You know."

"I don't!"

"You do."

"Unfaithful?"

"Yes."

"With whom?"

"With you."

"No!"

"Yes."

"She didn't... "

"She did."

"We didn't..."

"You did."

"You knew?"

"I knew."

"How long?"

"Long enough."

"What now?"

"Guess."

"Police?"

"Later."

"Guess again."

"Tell me!"

"Look."

"Oh, no!"

"Oh, yes!"

"You can't!"

"I can."

"Please!"

"Don't beg."

"Forgive me!"

"Too late."

"Good God!"

"Good bye."

"Operator?"

"Yes, sir?

"The police."


Okay. Ada siapa-siapa faham apa yang diperkatakan dalam dialog di atas ni?? Kalau faham, boleh la komen ye.. Saya ada jawapannya tapi sebelum saya bagitahu, saya kene la uji orang lain dulu.. 

Siapa yang tahu, dia yang kena!!! 


Nota kaki : credit to Mcgraw. Hill














17 October, 2012

New spirit, New design, New Year!


bismillahirahmanirahim...

        Alhamdulillah... akhirnya siap juga blog aku ni yang serabai, tonggang langgang.. Tak menarik langsung! sekarang ni blog aku berwajah baru, semangat baru.. Hope aku tak la malas lagi nak buat entry, rajin nak berblog ni... berblog ni kene ade mood.. kalau tak, hmm.. hampeh! kejap je on, lepas tu katup je terus.. tengok blog orang, cantik cantik, terbang sane, terbang sinun, berkelip sane sini.. adoi.. lagi la tak bersemangat dirini nak berblogging lagi.. aleh-aleh tak kira kene berbuat sesuatu!! huh! Mulakan misi dengan mencari tutorial~!! Finally jumpa pun.. ade dua blogger yang kejenya bagai tutor kat newbie ala-ala aku ni yang mane nak renew, update blog.. ^___________^
Siapa-siapa newbie (baru menceburkan diri dalam dunia blog) nak design blog boleh ke link bawah ni okay!


Mereka boleh membantu : -
Just click their name..

Lyssa
Nabila


Oklah sampai disini sahajalah entry aku hari yang sprit mirit nih~! InsyaAllah akan try update dengan entry yang bernas dan entry yang mempunya maklumat yang boleh dikongsikan bersama dengan pembaca.. 


Nota kaki :- Dah boleh start mandi, makan, siap cantik-cantik, pasang niat belajar. Moh! kita ke kelas!

Semangat!

15 October, 2012

Kembali Dengan Nafas Baru


Bismillahirahmanirahim...

Alhamdulillah... masih bernyawa lagi di bumi Allah yang Indah ini. Bersyukur sangat-sangat kerana masih boleh bernafas dengan aman.  Haaa... dan yang pasti lagi dapatlah saya ni menyambungkan
karier (ececece kemain lagi berkarier) saya sebagai penulis blogger ni. Cuma tak tegar
jela seperti blogger lain..  Kadang- kadang nak buat entry kat blog ni bukan mudah.
Datang idea, terus je buka pc (terbarai la pc kau), turn on pc tu.. dalam
nak online tu, nak taip je... eah eah..kemanakah idea aku yang berlimpah ruah tadi??
Apakah???

Kesudahannya adalah, shut down jela pc tu... tak pun godeh godeh 'fesbuk'
jela... Entah masih adakah orang tercari-cari, tertanya tanya kenapakah saya ni tak hupdate
blog (perasan orang femes le tu)..

Hope selepas diberi 'nafas baru' blog ni.. dapatlah memberi idea, semangat kepada
saya untuk membuat entry. Tak kesah orang nak baca ke tidak..
Sepanjang saya tidak buat entry blog, kepala kemain ligat lagi tajuk tajuk yang nak
saya bincangkan kat sini.. tapi buka je blog ni.. terus je naik lemah..
Itu la.. template, background blog pun memainkan peranan yang penting.. bukan untuk kita je
untuk menarik lagi peminat, pembaca blog ni.. kadang-kadang dorang ni tak ada pun blog tapi
dorang ni suka baca blog orang.. haaaa.. jangan tak tahu tuuu..  hihi 

Oklah sampai disini sahajalah saya memulakan karier saya sebagai blogger yang ala-ala
retis tuu.. 

salam,

ok!

daaa...!

senyum ^________^


nota kaki :  dah masuk hari Isnin, boleh la kita puasa sunat.