Assalammualaikum...
Yuhuu.... Selamat Pagi. Alhamdulillah. Hari ni aku masih boleh bernyawa dan masih sehat lagi dengan kasihnya Illahi kerana bagi aku pinjam lagi nyawa ni dengan tubuh badan yang sehat. Korang macam mana pulak? Demam? Batuk-batuk? Haaa.. sape suruh bedal durian satu guni dengan rambutan satu lori.. Ops! Astafirrullahalazim. Subahannallah. Itu ujian Tuhan.
Pagi Selasa yang selesa lagi nyaman ni aku ada sikit tips la dekat korang. Kena baca sampai habis taw. Idea ni terbit tike aku
on the way pegi kerja ternampak seekor lembu yang sesat agaknya sebab die aje sekor-sekor dekat tepi jalan raya. Kesian plak aku tengok. Rasa nak berhenti je tadi. Bawa lembu tu pegi jumpa tuan dia.. huuu.. :(
Peringatannya:Pertama ialah korang semua mesti ada 'muka buku' bukan? Twitter, Tagged, Myspace, Friendster dan macam-macam lagi bukan? Aku nak bagi la peringatan kat sini sikit je dekat korang. Kalau Ada profile information tu sila jangan nak mencanak pulak ayat korang pasal diri korang tu ok. BAHAYA!!!! Nama penuh ok la lagi, ni sebuk letak aku suka ni, tak suka ni, benci itu, benci ini.
Paling best cebok-cebok nak tulis pasal kelemahan dia tu. Kelebihan pun jangan sangat ok. Zaman era lagi moden sekarang ni, tersangat-sangat la bahaya dan berisiko. Musuh korang ada disekeliling korang je. Cuma kita tak tau je, siapa gerangan orang tu. Nampak baik je kan? Rupa- rupanya dialah dalang segalanya. Haa... Jangan tak tau.
So, nak mengingatkan dekat korang lagi no telefon bimbit
and no. akaun bank korang. Jangan la sebuk dok tayang dekat orang. Giler ke kaw nak tayang. Kalau dapat
email,
SMS, orang jual barang,
call telefon rumah pun ada. Konon nak bagi duet beribu-ribu dollar. Penipu! Mana ada orang senang-senang nak bagi korang duet banyak macam tu. RM10 pun belum tentu orang nak bagi taw! Sekarang ni macam-macam
technology yang boleh menipu orang ramai.
p/s: Berhati-hati ketika berjumpa orang yang tidak dikenali. Kalau promosi bank pun, pasal pinjaman.
Much better korang pegi je Bank tu sendiri. Biar jauh macam mana pun, lagi selamat bukan?
Sharing is Caring..