20 October, 2012

Suamiku Tak Romantik tapi Autikstik !


bismillahirahmanirahim...

"Tiada yang lain selain dirimu, kerana hanya hadirmu yang mampu
memberi sejuta rasa dalam hatiku..."

Hai,
Pom pom! Cak cak! kebabOm~~!!! okay itu sahaje mukadimah aku (saya) ^__________^ . haha.. Okay nampak tak tajuk entry yang tertera tuuu. haaa..Taraaaa. "Suamiku Tak Romantik tapi Autistik" hasil nukilan Farisha Imani. Cerita ni menarik dan dapat menarik ramai pembaca masa di post kan di Penulisan2u. Oraite korang dah baca ke belum? Dah! belum? haaa.. Siapa yang dah baca tu tau la apa diceritakan dalam novel tu.. Bagi yang belum baca, boleh lagi cari kat mana-mana book store such as MPH, Popular ke. Itu pun kalau ada sebab ramai suka dengan novel ni.  Aku (saya) pun baru tak baru juga beli, dalam sebulan rasanya.  Itu pun da nak frus juga la.. ingatkan dah habis kat popular tuu.. hampa sungguh! siap nangis teresak-esak kat celah tiang kat popular tu (ni tipu). Ingat nak tunggu gaji, aleh-aleh merayau pulak ke MPH. Yahooo!!! jumpa! rupanya ada lagi buku ni. Tak payah nak bace sinopis, tak tengok harga (dah survey dulu memang la) terus bayar. haha.. Okay. Jom kita baca sinopsisnya dulu :-

Nur Alia seorang gadis periang yang telah jatuh cinta dengan Syed Azmi, seorang anak Datuk yang kaya dan handsome! Walaupun dia tahu Syes Azmi seorang womanizer, Nur Alia yakin bahawa lelaki itu pasti akan meninggalkan gelaran itu demi cinta mereka bersama.
Akhirnya, dari cinta ia berubah benci! Syed Azmi juga hampir-hampir meragut kesucian Nur Alia.  Nur Alia menyimpan dendam kesumat pada lelaki itu.
"Aku benci kau, Syed Azmi! Kau memang lelaki tak guna! " - Nur Alia

Demi menjalankan rancangan membalas dendamnya, Nura Alia akhirnya nekad untuk menjadi babysitter kepada abang Syed Azmi yang autistik, Syed Azwan a.k.a Boboy, budak tak cukup seringgit yang sengal! Dalam terpaksa dia rela melayan setiap kerenah Boboy.
"Boboy! Boboy memang suka menyusahkan akak, kan?! Eee... geramnya aku!" - Nur Alia 

Selama tujuh tahun, Boboy hidup di dalam dunianya sendiri. Dunia kanak-kanak autistik yang sengaja diciptakannya demi menyembunyikan sejarah silam.  Sejarah silam yang membuatkan dia menyimpan rasa bersalah sehingga ke hari ini.
Namun, semuanya itu berubah apabila Nur Alia hadir dalam dunianya. Hari Boboy berdegup lagi. Dalam diam, dia menyayangi si babysitternya itu.
"Kita minta maaf sebab selalu menyusahkan kakak. Kita sayangkan kakak!" - Boboy

Tapi, tiada siapa yang dapat menghalang suratan takdir. Nura Alia dan Boboy akhirnya bersatu dalam sebuah ikatan. Pada saat cinta semakin bersemi, muncul pelbagai halangan yang mengugat rasa cinta yang baru hadir itu. Masing-masing masih menyimpan banyak rahsia. Rahsia yang mampu mengundang rasa kecewa dan duka dalam hati mereka berdua.
Rahsia siapakah yang bakal terbongkar dahulu? Apakah nasib 'cinta' yang baru bersemi dalam hati mereka itu? Adakah dari cinta sekali lagi ia akan berubah menjadi benci?
"Maafkan abang sayang. Selama ni abang dah tipu Lia. Abang sebenarnya bukan Boboy yang autistik. Abang masih Syed Azwan yang normal. Abang... - Syed Azwan.

Okay! Ape macam? berkenan? haaa.. boleh la cari kat mane-mane kedai buku ye! kalau dah tak ada, tak dapek la den nak nolongnyo! Tak pun, mane la tau member korang ada beli, boleh la pinjam, dah pinjam jangan lupa pulak pulangkan balik. Kang kawan tu taubat tak nak bagi korang pinjam. ^_________^


Nota kaki : harganya RM30.00 sahaja. Sesiapa peminat/ suka baca novel nak cari cerita-cerita best boleh lah layari Penulisan2u. Kompem ada!
salam.

2 comments:

MirraMustaffa said...

uwaaaa.. nak beli ! tapi tadi dah beli novel Atin, Jom Kahwin.. huh ! kena tunggu sebulan lagik.. kalau tak kena bebel dengan ibu.. huish, sempat habis tau ! hhe~ -'-

Liyana said...

best! rugi tak baca.. haha. (jahat tak). mane la tau novel ni ada cetak kali ke 2.. boleh la beli. :D