30 December, 2010

Azam Tahun Baru 2011!!!

Salam...
Currently, berada di rumah. Sedang syok cuti semesta. Wee... huu... :D
Oh! ok.. Kita sekarang ni bercakap tentang AZAM!! bukan nama orang tapi target!
hmmm.... Setiap tahun semua orang akan pasang azam, ataupun target.
Azam ea?? Azam saya tahun ni adalah, untuk habiskan study sebagai pelajar diploma...
InsyaAllah... Jika pintu hati dah terbuka, ada rezeki untuk sambung.. akanku sambung pelajaran itu... amin.. Parents mengharapkan saya bekerja saja dan bantu mereka membesarkan adik2.
Anak sulung terlalu berat tanggunggannya pada family.
Perlu banyak berkorban untuk kepentingan yg lain. Kita bukan orang senang nak senang2kan diri..
So, kita sebagai anak yg memahami status keluarga kita macam mana kene lah faham.
Right??
Mungkin rezeki kita bukan masa belajar nih.. insyaAllah Tuhan tu Maha Kaya..
Ada rezeki lebih besar Dia nak bagi pada kita ni, cuma kene lebih berusaha.
Tiada lah kejayaan tanpa usaha...
Azam seterusnya adalah, nak kumpul duit untuk masa depan.. (sempat ke utk masa depan tuh) o,0??
hahahaha don't know laa.. kikih
banyak benda nak di buat, di rancangnya... moga2 Tuhan perkenankan doa Mai. amin....
Selain itu, nak permatangkan lagi pemikiran, paras rupa dan kelakuan. Sekarang ni agak la kurang sedikit. Rupa jangan cakap lagi laa.. Macam rupa budak sekolah lagi.
Ada ke orang kata muka Mai ni muka budak sekolah..
Choi!!! Cet!! tapi tidak mengapa la.. Awet muda katakan.. kikikih..
Yang paling penting sekali adalah... moga2 Allah panjangkan jodoh Mai dengan My Hati!
Hari-hari melahirkan perasaan kasih dan sayang. Moga Allah berkatilah jodoh kami. amin......
Lagi apa yek!!! hmmm.... buat masa ni itu yg tersenarai tu lah yg paling penting sekali..
mesti dilaksanakan sebaik mungkin.. insyaAllah...
doa-doakan lah Mai yek! :)

Ajal, Maut, Jodoh semua terletak ditangan Tuhan. Hanya mampu merancang dan hanya Dia lah yg mampu menentukannya.. Kita sebagai hambanya, harus la rajin berusaha dan berdoa kepadaNya.. amin..

HAPPY NEW YEAR 2011!!!


Mr. & Mrs. MZ part 13

Hari demi hari berlalu...pergi.. meninggalkan setiap detik yg berlaku.
Suka duka, sedu sedan, tawar menawar (eah2. ada kene mengene ke?) ngee :)
Walaupun jauh tapi dekat dihati.. Hari-hari Mr. MZ & Mrs. MZ bertext. Kadang2 tu ada la jugak call untuk melepaskan rindu. Nak jumpa jauh la pulakan? So, apa boleh buat redha jelah..
Sedar tak sedar tanggal 19 December genap la sebulan Mr. MZ & Mrs. MZ berkasih..
Waaa... cam tak sangka je!! :D (kata mereka)
Mrs. MZ masih tidak menyangka akan hubungannya itu. Masih tertanya-tanya adakah aku membuat keputusan yg tepat!!!? Fikirnya sejenak. "Kalau dah jodoh tidakkan kemana" bak kata orang tua-tua kn kn.. hehe
Now!!! haaa.. Mr. MZ & Mrs. MZ masing2 dah free seperti sedia kala. No more disturb2, no more, no more... weee.. :)


Bak kata Mr. MZ.. "saya da bebas, i'm all yours darling..." ;)
Time tu Mrs. MZ text dengan Mr. MZ during Mr. Mz buat medical check up for registration degree. Biasa lah kalau nak further study mesti kene buat medical check up.
Rupa2nya Mr. MZ tak tahu pun yang ketinggi dia 174cm dan beratnya sudah bertambah dalam 5kg. "arrghh.. biasa maintain je 5kg" kata Mr. MZ. "ok la tu sayang, baru la ideal.. nanti makan lagi vitamin banyak2. Naikkan lagi berat badan tuh! :) tapi pasal ketinggian agak berbeza sebab saya 152cm je" jawab Mrs. MZ. Benda itu semua tak penting. Apa yang penting....???
hati kita dan perasaan tu sentiasa setia dan berputik!
Hmm.. lupa nak mention.. Mr. MZ dapat further their study at UiTM Shah Alam. Course Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kepujian)(Penyiaran). Alhamdulillah... dapat apa yang dihajati..
Bagaimana dengan Mrs. MZ.. she's still study at Melaka.. :(
Lepas ni masing-masing da busy balik dengan study.. nak buat macam mana dah kata pun student. Ada waktu terluang during weekend.. Mr. MZ akan try turun ke Melaka untuk berjumpa dengan kekasih hatinya..
Hmm.. paling best adalah Mr. & Mrs MZ sekarang kini makin berpuitis membalas mesej..
seperti " onak duri kan kita tempuhi bersama", " kalau takut di telan ombak, jangan berumah di tepi pantai" konon jiwangnya... ----> next part

mlz




28 December, 2010

Buat IngaTan part 1

Salam pembuka bicara.

Disini, sy hanya ingin berkongsi sedikit pesanan dan ingatan bt semua pembaca.
Selamat membaca dan selamat beramal.. :)

First sekali, kt idup kat bumi hanyalah sementara. So, beringat2 lah kt dengan dunia kt yg sebenar iaitu alam barzah... Selagi kt mampu, selagi itu lah kite kene berusaha sedaya upaya kt utk mengumpul segala yg perlu utk ke dunia sebenar kt.. insyaAllah.. Kekayaan, keselesaan kite ada sekarang nih hanya la sementara. Tidak perlu la dikejarkan sangat hingga terpesong ke alam yg boleh menyesatkan akidah diri kite sendri. So, beringat2 lah ye semue.. selamat beramal. :D



27 December, 2010

Mr. & Mrs. MZ part 12

Sudah sekian lame duduk kat umh tanpa buat benda yg berfaedah.. Akhirnye, Mrs. Mz berangakat ke Johor Bahru (JB) untuk bekerja sementara utk membantu sepupunya. Mrs. Mz bekerja di cafe yg tletak di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP). Bekerja 12jam sehari, balik umh tgh malam tp tidak bermakna Mrs. Mz tak ada mase untuk berhubung dengna Mr. Mz kerana masih ade talian utk smbungkannye.. thanks maxis. Sepatotnye pergi lebih awal, memandangkan ade hal lain yg perlu diselesaikan, terpaksa lah tangguhkan dulu. Pada hari jumaat petang Mrs. Mz berangkat ke JB dengan adik dan sepupu lelakinya menaiki kereta Satrio Neo hitam.. Sebelum berangkat, Mrs. Mz text Mr. Mz yg die pergi ke JB dalam keadaan terburu-buru dan tak sempat nak call. "Kita semakin jauh, namun dirimu selalu di hati" itu la ayat yg Mr. Mz post di FB dengan bertag name Mrs. Mz. Waa... sungguh terharu ayat itu, walaupun hanya berbeberapa patah tp cukup bermakna.. Setiap hari contact tapi tak sama masanya dengan masa stay kat umh. Masing2 busy disebabkan keje. Hanya dapt contact dalam 3 atau 4 jam dalam sehari. Biasa hampir 24hours. :( Walaupun jauh, tapi dekat dihati... Jika ada masa terluang masa keje tu, mereka akan text sebentar sementara Mr. Mz bersiap2 utk pergi keje. Seperti biasa Mrs. Mz akan bertanyakan soalan "da mandy ke blm?", "da mkn ke blm?". Tak sempat bertanya byk, Mr. Mz terpaksa pergi keje tapi da tak boleh text seperti biase kerana tak lain tak bukan kene marah disebabkan bermain handphone ketika kerja. So, terpaksa la akur dengan rules tuh. Hanya mampu text pada waktu pagi2 dikala Mrs. Mz masih tidur dgn lena dan Mr. Mz baru pulang dari keje. Kadang2, Mrs. Mz masih lagi mamai tp die still nk reply but then, ayat merapu2.. :D. Reply lambat, dan akhir2nye due2 ketiduran semula.. Penat kerna keje... Paling sempat call adalah waktu break Mr. Mz atau Mr. Mz akan curi2 masa call sebentar.. ----> next part



16 December, 2010

Mr. & Mrs. MZ part 11

Dengan bahagia berbalas mesej.. Sedar tak sedar...rupa2nya sudah jam 4 pagi. Mata Mrs. Mz kian layu kerana terlalu mengantuk hingga sudah tidak larat untuk menaip membalas mesej Mr. Mz.. Masa itu, Mrs. Mz sedang melayari internet dan pada pagi itu Mrs. Mz tertidur didepan lappynya dengan lappynya yang masih hidup. Mrs. Mz tertidur dengan tidak berbalas mesej yg dia terima dari Mr. Mz.. sampai tidak sedar Mr. Mz sudah membalas mesej. Keesokkan harinya, Mrs. Mz tersedar dari tidur, sedar sedar ada dua mesej tak berbalas dan salah satunye menerima ayat yg sangat sweet~ iaitu:

biarpun air liurmu meleleh ketika tidur, walau bkn diriku yg dimimpikan,
walau bkn diriku yg dodoikan tidurmu, walau diriku tiada utk memelukmu ketika tidurmu,
dan walau diriku tiada untuk berada di depanmu ketika sedarmu dari tidur,
akan tetapi ku kan sentiasa ada di hatimu, dalam ingatan mu,
menyayangi dirimu setiap nafas yg ku hela..
Love u and miss u SO MUCH!! :)

After Mrs. Mz membacanya.. dirinya cukup2 terharu T__T. Sungguh!!! Romantiknya Mr. Mz.. Sungguh cinta dan sayangnya Mr. Mz kepada Mrs. Mz.. begitu juga perasaan Mrs. Mz kepada Mr. Mz. Jauh disudut hatinya hanya Tuhan sahaja yg tahu betapa dalamnya cintanya kepada Mr. Mz.. "moga Allah panjangkan jodoh kami dan moga tuhan perkenankan doaku, amin..." doa Mrs. Mz kepada Tuhan.. ---- > next part



p/s: Sweetnye syg... terharu sgt2.. I love you too very2 much!!! (bls Mrs. Mz)




SOKO - TAKE MY HEART

Mr. & Mrs. MZ part 10

Hmmm.... haa.. nak tau ape yg mendebar-debarkan Mrs. Mz.. semasa dia beronline facebook tu.. Dia saje2 check profile Mr. Mz, Jika ada apa2 yg menarik.. tibe2, dia ternampak in relationship? ok. Lepas tu, dia saje2 check di info Mr. Mz tu..then, in relationship with Mrs. Mz?. "hah??" pelik Mrs. Mz. Mrs. Ada nampak Mr. Mz post yg "single" to "in relationship". Mrs. Mz masih terfikir-fikir. Macam mane ada name kat info tuh klo tak approve in relationship?? Masih keliru.. "ke facebook ni da lain" bisik Mrs. Mz dalam hati.. Mrs. Mz terus tekan button home. Then, check kat request.. rupe2nye ada in relationship request with Mr. Mz. "so, nak accept ke tak nih??" bisik Mrs. Mz lagi. Dengan pantasnye jari menekan button accept itu tanpa memikirkan apa orang nak kata. Yelah.. mana tanya, if tukar status, facebook kan rajin menukarkannye.. After beberapa saat.. Pop!!! God!!! Mrs. Mz terkejot.. ada orang lain like and comment dekat dia punye status tp dalam hatinya.. begitu gembira sekali.. Sangat2 hangat dek kerana pertukaran status itu. Sungguh tidak sangka. Al-maklum laa.. orang da biase dengan comment2 gempak tp bab2 tukar status ni paling2 best nak comment.. Seorang demi seorang comment and like kat status tu.. Mrs. Mz hanya mampu membalasnye dengan senyum pajang lebar ke telinga dan "ya Allah.. Hanya Tuhan saja yg tahu betapa berdebarnya dan seram sejuk aku" bisiknya lagi. Sepanjang hari itu, Mrs. Mz mendapat banyak comment tapi comment yg supportive. Ada beberapa hamba Allah ni yg rapat dengan Mr. Mz bagitahu yg Mr. Mz tu boleh dipercayai and no worries. If dia sekali da sayang, dia akan jaga elok2.. "betul ke macam tu?" soal Mrs. Mz. Yelah.. tak kenal lagi Mr. Mz tu mcm mane, so lebih baik kenal sendiri..kn. bisik Mrs. Mz dalam diri.. "thanks banyak semue" balas Mrs. Mz di comment tu. Sungguh baik dan supportive kawan Mr. Mz & Mrs. Mz. Ada lagi seorang kawan agak rapat dengan Mr. Mz membuat statement yg agak memalukan tp amat disukai oleh Mrs. Mz.."Berbahagia Menyaksikan Penyatuan Dua Hati. Alhamdulillah. Mr. Mz Goodluck bro... Aku Dah Tunggu Lama...Mrs. Mz Well Done, Take A Real Good Care of My Boy Yea.... :)" statement rakannye .Rakan2 Mr. Mz memberi support becos of Mr. Mz sudah lama membujangkan diri hampir setahun lebih begitu juga Mrs. Mz.. Yang paling GEMPAK!!! ialah tarikh anniversary pun ada yg direquest oleh Mr. Mz tuh..iaitu 19 November! "Ya Allah bersyukurnya aku ini dan betapa gembiranya aku sekarang ni.. Subahannallah.. " doa Mrs. Mz. ----> next part



Mr. & Mrs. MZ part 9


Walau busy macam mana pun Mr. Mz still ada masa untuk Mrs. Mz.. cuma lambat reply mesej je.. First mesej if die lambat contact ialah.. "saayyannng.." tidak pun die berpantun skit plak kan. Tau la pulak Mr. Mz tu berpantunkan. Bunyi dia camni:
"Anak rimau puku rebana,
bapak rimau tidur dalam kotak,
Yang disini rindukan disana,
yang disana rindu disini tak??
cewah2!!! pandai pula die berjenaka dengan pantun". :)
Mrs. Mz terharu dengan text yg dia dapat, senyum sampai ke telinga.. Makin lama makin sayang, makin lama makin rindu juga kepada Mr. Mz... Hari2 rindu semakin mengunung.. tinggi lagi rindu tu hingga melebihi gunung Everest atau Himalaya.. Walau cuti pajang..tapi tak ada hari yg boleh untuk berjumpa. Masing2 tinggal berjauhan walau sebelah negeri sahaja..tapi tetap jauh.. Bagaimanakah rupa Mr. Mz sekarang.. Adakah sudah berambut panjang?? Masih lagi kurus atau sudah mengemukkan diri?? soal Mrs. Mz dalam hati.. Tiba2 Mrs. Mz terIngat lagi first2 dilamar, Mr. Mz tersangat-sangat excited dan ada mengatakan "boleh tak nak bagitahu semue orang?". "oh! jangan dulu" jawab Mrs. Mz dengan debar campur ketakutan kerana dia tak ready lagi untuk bagitahu semua orang relationshipnya... dalam beberapa minit.. ketika Mrs. Mz melayari facebooknya.. tibe2 dia bagai mendapat kejutan elektrik, berdebar-debar, seram sejuk segalanya..... Nak tahu ape die?? hmmm... ----> next part





15 December, 2010

Mr. & Mrs. MZ part 8


Hari berganti hari... cinta datang dengan tidak sangka.. Bermula sebagai kawan, bila ia berputik. Hanya hati seseorang itu dan Tuhan saja yg tahu betapa indahnya dunia fantasi cinta.. Mr. Mz & Mrs. Mz dilamun cinta bagai tidak terkata, tidak terluah dek mulut dengan kata-kata apa yg mereka rasa. Syukur alhamdulillah, semoga Tuhan panjangkan umur dan jodoh Mr. Mz & Mrs. Mz. Setiap hari mereka berhubung dengan talian maxis atau jalur lebar (online) dan setiap itu juga kasih itu betambah, bercambah bagai pohon yg bercambah2 dahannya. Setiap perkara yg dibuat perlu ingt org tersayang dan setiap malam sebelum tidur mereka akan wish Good nyte same2.. Even busy macam mana pun akan cari sedikit masa untung relationship mereka. Mr. Mz kini sedang bekerja di seven eleven at nilai tp temporary jelah. Bekerja untuk tanggung "anak bini" means, anak tekaknye la..mau makan, byr yuran sambung study.. So, contact tetap contact but tidak la setiap mase. Time mesej, mereka mesej, keje pun mesej.. sweet! ;) Then, bila Mr. Mz keje waktu pagi pada pukul 7 pagi tuh. Mrs. Mz pasti akan call Mr. Mz untuk kejut bangun pergi keje. Tepat waktunye alarm bunyi... Mrs. Mz akan call. =). Bila Mr. Mz da bangun, Mrs. Mz buat breakfast?? oh! tidak.. bukan duduk serumah pun..kn. After bangun, Mr. Mz mandi, berdandan wangi2, breakfast dan terus pergi keje. What happen with Mrs. Mz?? Dia sambung tidur die la.. penat katekan berjaga waktu malam dikala orang semua tidur.. jd burung hantu.. Then, bila Mr. Mz keje pkul 7 petang.. Of course Mrs. Mz tak nak ganggu. Biarkan Mr. Mz take time untuk tidur puas2..kn. bile tibe masenye Mrs. Mz akan kejutkan..but kadang2 Mr. Mz tau bangun sendri.. Nak tau bila dia bangun, dia akan text Mrs. Mz... =) "sayannggg" by text dan yg pasti after dia bangun pasti akan terus pegi makan.. sbb da kne bising dengan maknye.. Meraka selalu text untuk saling mengingati antara satu sama lain.. Setiap malam after Mrs. Mz dinner Mrs. Mz akan mengingatkan Mr. Mz makan vitamin.. supaya badannye cergas untuk keje. ----> next part





Mr. & Mrs. MZ part 7


Sedang syok2 main games on9 di lappynya, tibe2 Mrs. Mz mendapat satu panggilan, tengok kat screen fon dari Mr. Mz pada pkul 3 lebih dan Mrs. Mz menjawab dengan debarnya. "assalammualaikum, hello.. knp?". "waalaikummussalam.hmm.... betul ke boleh terima sy?" tanya Mr. Mz. "Betul jika awk sanggup berubah dan sy akan menerimanya". Mrs. Mz. "insyaAllah sy akan try ubah, mmg berniat nk berubah" jawab Mr. Mz. Keikhlasan berubah da ada, cume tak cukup kuat dengan pelbagai rintangan yg dtg. "Jika awk betol nk berubah, insyaAllah sy akan bantu" kata Mrs. Mz. Tiba2 Mr. Mz terdiam sebentar, dia berasa agak nervous dan berdebar2 tp cuba untuk bercakap juga dengan Mrs. Mz. "awk kat mane ni, sbb dgr suara budak2" soal Mrs. Mz. "kat taman" jawab Mr. Mz. Suara Mr. Mz tersekat2, rasa terbuku membatu dihati ape yg die nk ckapkan. "cool down, cool down..tenangkan diri tu, tarik nafas dalam2, bawa mengucap.." kata Mrs. Mz lagi dengan debarnye.. "ok2.. hmm.. boleh tak jadi kekasih hati die" soal Mr. Mz dengan nada nervous. Walaupun niat hati Mrs. Mz tak mahu bercouple lagi kerana sudah serik dgn seblum ni dan takut akan berulang lagi. Dirinya cukup terseksa dek kerana perangai seseorang yg bernama lelaki. "hmmm..." jawab Mrs. Mz dengan pendek. "baiklah sy lamar cara formal, dengan ini sy (nama sebenar) ingin melamar mai boo( nama sebenar) sebagai kekasih hati sy, sudikah awk menerima sy sebagai kekasih hati awk?" lamar Mr. Mz. Hati berdegup kencang, bagai ribut taufan melanda diri, dup dap dup dap jantung mengepam darah. "ok..hmm.. dengan ini sy (nama sebenar) menerima lamaran (nama sebenar) sebagai kekasih hati sy". Fuhhh.... lega. "yes! alhamdulillah amin.." jawab dengan penuh excitednye oleh Mr. Mz. Mrs. Mz hanya mampu bersenyum lebar smpai ke telinga tp masih lagi tidak sangka. Apakah yg telah berlaku?? Adakah ini kenyataan?? Adakah aku telah dilamun cinta??" kata Mrs. Mz yg berbicara dengan hatinya.. Mr. Mz dirinya bagai mendapat dunia baru, kehidupan baru dan bagai di alam fantasi. Mr. Mz ditalian tp masih berdiam kerana terlalu excited. "rasa nk menjerit je kuat2 kat sini tp sini taman" kata Mr. Mz. "owh. pegi la laut" soal Mrs. Mz. "nilai tak ada laut" jawab Mr. Mz. "peluk la pokok tepi taman tu" soal Mrs. Mz dengan senyum.. " nanti orang ckp sy gile pulak tibe2 mamat ni peluk pokok" jawab Mr. Mz..Tibe2.. tttttteeeeeeettttttt........... rupe2nye kredit fon habis.. potong line betol lah.. =) . Nampaknye maxis mencemburui mereka.. =)). Dari hari itu... mereka berbalas mesej sahaja disebabkan berjauhan. Seorang disana, seorang disini.... masing2 ade keje sendiri nak buat.
---- > next part



Mr. & Mrs. MZ part 6



Pada malam dua hari sebelum dilamar, Mr. Mz ada menanyakan soalan yg simple but memerlukan jawapan yg sangat2 serius dan jujur. Mr. Mz memang suka bertanyakan soalan dan setiap soalan yg dia nk tanya.. membuat Mrs. Mz gementar, berdebar2 takut soalan cepuk emas yg die nk tanya.. Malam tu, bagaikan malam yg agak seram.. Soalannya, apakah mksud atau erti kata panggilan yg dipanggil syg dan berbalas mesej sebagaimana orang yg tengah dilamun cinta. Pada mulanya Mrs. Mz hanya mampu menjawab sekadar menjawab pertanyaan Mr. Mz. Dia berbalas mesej sedemikan kerana Mr. Mz selalu berbuat berbegitu kepadanya dan die harus membalas begitu juga. Mrs. Mz memberanikan diri menanyakan soalan yg memang agak memalukan jika ditolak dan gembira apabila diterima. Mrs. Mz menanyakan soalan "adakah apa yg sy rasa sekarang ni sama dgn awk rasa". Adakah perasaan sayang tu telah berputik?. "aah! sy pun berasa seperti apa yg awak rasa" jawab Mr. Mz. "So, ape yg perlu dibuat skg ni" tnya Mrs. Mz. "sy nk propose awk jd kekasih hati sy" kata Mr. Mz dengan berani bercampur-baur nervous. Complete!. =). "beri sy waktu utk memikirkan" jawab Mrs. Mz. Sebenarnya, Mrs. Mz mahu memberi jawapan tu malam itu juga tp die harus fikirkan dahulu. Pada hari seterusnya, Mr. Mz memberi text disadvantage pasal dirinya. Dia mahu berterus terang tidak mahu Mrs. Mz tertipu dan Mrs. Mz agak tergamam sebentar melihat text yg die dpt. Perlu fikir dalam2.. "mahukah awk berubh dan mengurangkan ape yg patot" soal Mrs. Mz.. "InsyaAllah, sy akan cuba sedaya upaya berubah dan ada berniat nk berubh" jawab Mr. Mz..
----> next part


14 December, 2010

Mr. & Mrs. MZ part 5



Tengah hari yg cerah, panas terik, dengan angin sepoi sepoi bahasa meniupi segala alam.. Lauk pauk sudah abz di masak dan dihidangkan dengan cantek sekali.. Mrs. Mz dengan selambernye..mencapai fon nye.. dan tibe2 terfikir, sipakah gerangan yg msgnya. Sbb no.fon tu tidak save. Dengan pantasnya, Mrs. Mz mmbuka laman web facebooknye.. dan check2. "yup, betol la no.fon die..". Hmmm... rupe2nya.. Mr. Mz. Mrs. Mz rasa tersangat2 gembira. Tidak menyangka Mr. Mz akan msgnye dan membalas msg tersebut dengan memohon maaf kerana tidak perasan. Msg tersebut sebenarnya pada pukul satu pagi pada hari semalam. Mr. Mz & Mrs. Mz...berkawan mesra dan masing2 mengenali diri masing2 melalui talian hangat iaitu maxis.. =) Pada hari yg tak disangka si A ada mengajak Mrs. Mz dan rakan serumahnye keluar makan tengahari dan beberapa orang lagi rakan si A. Mereka pergi ke rumah rakan si A yg kebetulan satu taman dengan Mrs. Mz.. Masa sampai dirumah rakan si A, Mrs. Mz tak menyangka Mr. Mz berada di situ juga. Hanya si A saja turun dan berbincang utk makan tengahari tu. Si A turut mengajak Mr. Mz turut serta aktivitinya itu dan Mr. Mz bersetuju. Itu la kali pertama Mr. Mz. & Mrs. Mz bertemu setelah sekian lama berhuubung dengan talian maxis itu. Rupa2nya, sejam sebelum mengajak Mr. Mz keluar makan, dia menolak gara-gara penat dan mengantok kerana pada malam itu dia dan rakan2 keluar memancing. Pagi tu baru dia pulang ke rumah.. Selepas sahaja Mrs. Mz ada juga turut serta, Mr. Mz terus bersetuju untuk keluar bersama kata si A dengan cerianya. Hari berganti hari, masing2 ada menaruh perasaan sedikit.. Sedangkan niat utama meraka adalah sekadar berkawan.. Mana tidaknya hari hari msg bagai sedang bercinta. Setiap mase handphone tak lekang dari genggaman tangan kecuali time tidur la kan. Tak kan time tidur pun tangan berjalan menaip. Tu da angau sgt da tuh... -----> next part




Mr. & Mrs. MZ part 4



Dalam diam rupe2nye Mr. Mz mencuri pandang Mrs. Mz.. Mrs. Mz tidak perasan akan pandangan curi itu dan meneruskan perjalananye disitu. Pada satu malam itu, si A datang singgah ke rumah Mrs. Mz seorang diri utk mengajak Mrs. Mz dan rakannya keluar makan malam. Sedang Mrs. Mz dan rakan-rakannya menandankan diri, si A memberitahu yg Mr. Mz mengirimkan salam kepada Mrs. Mz. Then, Mrs. Mz terfikir.. adakah ini betul2. Mrs. Mz hanya mampu menjawab salam sahaja. Kirim salam sudah biase berlaku dalam kehidupan seseorang yg bernama gadis. Si A pun ada berkata yg Mr. Mz ada menanyakan facebooknye. Then, si A dengan pantasnye menjawab "Mrs. Mz". Mr. Mz masih terpinga-pinga. Si A mengejakan "Mrs. Mz". Mr. Mz pun mengiakan saja. Pada keesokan harinya Mr. Mz sudah mengadd Mrs. Mz. Adakah Mr. Mz bebenar excited dengan add Mrs. Mz tu?? Pada satu petang, Mrs. Mz menerima friend request dari facebook. Mrs. Mz agak tergamam sebentar kerana yg add die adalah Mr. Mz. "hmm.. Ok. accept jelah kan. Kate pun kawan kan" kata Mrs. Mz. dan Mrs. Mz pun mengapprove Mr. Mz dengan mengucapkan terima kaseh. Selepas itu, Mrs. Mz berhubung dengan Mr. Mz melalui facebook. Mereka mengenali diri sedikit demi sedikit dari laman web itu. After seminggu berbalas komen di facebook, Mr. Mz menghantar no.fon melalui msg di laman web facebook tersebut. Bermsej sebentar.. Selepas itu, meraka bertukar2 no.fon.. ---> next part




Mr. & Mrs. MZ part 3


Pada hari event mereka, Mrs. Mz membawa rakannya juga teman serumah sewanya. Kebetulan waktu tu Mrs. Mz baru pulang mengikut rakannya pulang ke kampung. Dari kampung rakannya tu, Mrs. Mz terus ke tempat destinasi mereka iaitu event si A.. Mrs. Mz pergi pada hari terakhir.. So, kurang la orang, kurang booth yg best. Then, Mrs. Mz dan rakannya melawat satu per satu booth yg berada disitu. Kat situ ada pelbagai jenis games yg ada.. Akhirnya Mrs. Mz dan rakan ke gerai si A dan rakan-rakannya. Mr. Mz ada di situ, mengawal audio system. Si A menawarkan Mrs. Mz dan rakannya memasuki pertandingan meneka lagu rosak di booth nye.. ----> next part



13 December, 2010

Mr. & Mrs. MZ part 2

Setahun kemudian..

Usia pun sudah meningkat, kini ditahap semesta lebih tinggi. So, Mrs. Mz terpisah kawan dengan si A kerana di semesta akhir ni pihak universiti terpaksa membuat keputusan semesta akhir wajib tinggal di luar. Disebabkan kekurang bilik, maka terpaksalah si A dan Mrs. Mz terpisah. Si A bersekedudukan dengan rakan kelasnya yg lain kerana meraka perlu membuat satu event terbesar. Event itu juga salah satu subjek mereka. Mrs. Mz kurang berhubung dengan si A. Mereka berjumpa apabila terserempak. Jika tidak sibuk, mereka makan malam bersama di restaurant. Si A kadang-kadang tu ada la juga menceritakan serba sedikit tentang Mr. Mz. Katanya, Mr. Mz bertambah baik, dan bertambah rapat dengannya semenjak semesta akhir ni. Si A ada beberapa lagi rakan rapat yg Mrs. Mz kenal. Mr. Mz juga join si A punya group dan si A dan Mr. Mz menjadi bertambah rapat. Itu satu perubahan yg bagus... ----> next part





Mr. & Mrs. MZ part 1

Assalammualaikum... ada cerita pendek tentang Mr. & Mrs Mz...

Watak:

Mrs. Mz: rendah2 je, agak berisi yg menampakkn lagi kecomelannye, bertudung, student, b'agama islam, ceria, pendiam skit, suka mendengar masalah kawanya, carring..

Mr. Mz: Tinggi, kurus, bersparkle , handsome, student, sporting.. (blm spnuh kenal)

Si A: Berkawan baik dengan Mr. & Mrs. Mz, satu kelas dgn Mr. Mz, match maker, baik..
________________________________________________
Firstly Mrs. Mz mengenali Mr. Mz dari kawan sebiliknya, si A. Masa berlajar tuh, si A selalu menceritakan bab percintaan Mr. Mz dgn aweknya. Mrs. Mz pula mmg suke mendengar rintihan atau dengar org bercerita. So, dari situ Mrs. Mz ada la dengar cerita pasal Mr. Mz. Tak tau la cmna rupa paras Mr. Mz tu. Just mengiakan jelah. Dulu Mrs. Mz belum ade feel ape2 pun dgn Mr. Mz. Yelah.. kata pun Mr. Mz tengah in relationship kan. Mrs. Mz time tu still single. Pada satu hari, si A suruh Mrs. Mz berjumpa dgn Mr. Mz utk past kan laptop nye ada aproblem. Gara-gara sengketa mereka, Mrs. Mz jadi mangsa la sekejap utk past kan laptopnya tu. Jumpa lah Mr. Mz tu ditepi tasik dgn aweknye. Time tu, baru tahu ni kah rupanya Mr. Mz tuh dan ini kah aweknye. hmmm.. ok. Lepas itu, tak dengar ape2 pun lagi sgt. Sebab si A pun da jarang bercerita tentang Mr. Mz kerana mereka ada perselisihan faham. So, si A dah tak rapat sangat dgn Mr. Mz. Tegur bila perlu je dalam kelas. Time tu, Mrs. Mz sudah in relationship dan sedang bahagia dengan kekasih hatinya. Sangat2 bahagia sampai tak sedar, kekasih hatinya telah menduakan dirinya. Mrs. Mz ckup tak suka diduakan lalu meminta diputuskan dan ditinggalkan.... =( ----> next part



Love


When I meet you
My heart skipped a beat
The sun become the moon
& cold turned into heat
Roses weren't Red...
Violet's weren't blue
all because i feel in
Love with you..



p/s: no matter where you are.. I love you till the end..




12 December, 2010

Salahkah Aku



Salahkah aku
Mencintaimu
Memilikimu
Menyayangimu
Jangan paksakan kita untuk
Slalu bersama
Jangan paksakan kita untuk
Slalu mencinta
Salahkah aku
Mencintaimu
Memilikimu
Menyayangimu
Bila kita harus berpisah, sudah
Biarkan ini semua berakhir, sudah
Cinta memang tak harus milikki




11 December, 2010

Sony Playstation Portable


Hello... welcome to my favorite player games
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

         Wokey.. did you know what it is?? Everyone know what it is right?? This is The PlayStation Portable or PSP in short name. Ia dikeluarkn oleh SONY Computer Entertainment. Hmm.. ok. Biasanya sapa2 yang minat main game akan memiliki PSP ni.. Bcoz function utama PSP ni ialah utk main game.. Disamping tuh..mcm2 bleh bt. PSP ni bkn smue orang akn ada.. Bcoz.. xsmue mampu or minat utk memilikinya.. Salah satu faktor utama dia adalah harga dan satu lagi adalah minat. Sesiapa saje yang minat pd PSP je akan memilikinya. Kalo xminat buat ape buang duit nk beli right?? Apa daa... (',") lain la blikn utk orang sebagai hadiahkan.. Wo0... untung btol sape2 yg dapat PSP ni mase birthday dia.. waaa..... ok. 

         Berbalik kepada PSP kt td. First PSP ialah model PSP1000 pada tahun 2004. Timetuh..memang giler2 la orang beli PSP tuh.. baru keluar katakan.. Masa tuh harga dia around RM1+++. Memang xmampu lagi la time tuh.. Sekolah lagi kot time 2.. sokey... Dalam bape tahun lepas tuh.. keluar plak PSPyg baru.. PSP2000 pada tahun 2007. Wo0... time keluar je new model 2.. adoyai.. gler tertarik... dengan design baru.. lagi slim, light, ringan, harga xyah cakap la.. confirm RM8+++. After tuh.. in 2009. Keluar yg baru lagi.. haa.... PSP3000. Saje highlight kn.. hehehe.. Bcoz.. this is mine. Hahahahaha...... hmm.... time nk beli tuh.. keliru gak..nak beli yg mane satu nih.. PSP2000 ke PSP3000.. beza harga die dlm RM50.. Hmm.. kelebihan yg ada kat PSP3000 nih.. ade microphone, bleh access internet, Wi-Fi... tuh yg lagi besh.. boleh dengar radio, tgok tv..hmmm.... xrugi la sapa2 yg memilikinya.. 

         Now.. im very happy today.. finally.. sy dpat jg memiliki game console nie.. hehehe.. dgn hasil usaha sendri.. bekerja.. sape2 yg ingin memilikinya tp tidak mampu.. So, what are you waiting for.. go!!! kerja la.. dpt gaji.. beli.. hehehehe.. baru puas hati.. dengan hasil titik peluh beli benda paling berharga.. skg ni..kt kumpul asset kn... hehehe wish me LUCK!!!

PSP 3000

  • MEDIA : UMD, Digital distribution, Blu-ray disc
  • Storage capacity : Memory Stick Duo and Memory Stick Pro Duo
  • Internal : 64 Mb
  • Skrin : LCD 4.3 inch (110 mm)
  • Local Price : RM7++
  • Original Price : RM9++
  • Weight : 189 grams
  • Color : Piano Black, White, Red, Blue, Pink, Green... etc.
  • Successor : PSP Slim & Lite







USB CAMERA FOR PSP (hehehe... one day..wait..)






CRYSTAL CASE








MEMORY STICK PRO DUO 8GB








COVER









COLOR OF SKIN












EARPHONE SONY FOR PSP






Kisah 3 Beradik Tiada Lagi Ibu..




“Assalamualaikum.. along, angah, adik, bangun.. subuh dah ni..” Mak memberi salam dan mengetuk pintu untuk mengejutkan Si Tiga Beradik seperti biasa.

“eh? tak berkunci pintu ni..” getus hati Mak kehairanan lalu menguak pintu bilik kayu itu.

“ASSALAMUALAIKUM MAK! SELAMAT PAGI! SELAMAT HARI IBU!” teriak Si Tiga Beradik serentak, memecah sunyi pagi subuh itu. Mak yang masih di muka pintu tersenyum lalu mendekati Si Tiga Beradik dan memeluk mereka.

“terima kasih.. sayang anak-anak mak..” Mak meluahkan rasa hatinya kepada Si Tiga Beradik, namun hanya Allah sahaja yang mengetahui perasaan dan kasih sayang seorang ibu kepada anak-anaknya.

Melihatkan anak-anaknya dah bangun, mak pun kemudiannya berlalu pergi untuk menunaikan solat subuh. Si Tiga Beradik memandang sesama sendiri sambil mengenyitkan mata.

“MISI SUPRISE BERJAYA!” serentak lagi teriakan mereka sambil menunjukkan ibu jari masing-masing.

***

Selesai solat subuh secara berjemaah, Si Tiga Beradik masuk ke bilik. Abah juga terus bangun meninggalkan sejadah. Mungkin ada kerja yang ingin dilakukan. Namun, Mak seperti biasa tidak berganjak dari kain sejadahnya dan masih dalam telekung putih yang dihadiahkan oleh Si Tiga Beradik setahun yang lepas.

Tidak lama kemudian kedengaranlah alunan ayat-ayat suci al-Quran oleh suara merdu Mak. Dibaca ayat demi ayat dengan penuh khusyu’, tadabbur, dan bertajwid. Dan seperti kebiasaannya, alunan merdu yang menghiasi seisi rumah itu ditamatkan tatkala jam menunjukkan pukul 7 pagi.

“sodaqallahul azim..” Mak menamatkan bacaannya dengan iringan ‘alarm clock’ yang berbunyi sebanyak tujuh kali. Selepas melipat kain telekungnya, Mak bergegas ke dapur untuk menyiapkan sarapan. Suasana pagi masih belum terang. Matahari masih belum naik. Mak memetik suis menghidupkan lampu dapur yang dalam kesamaran.

“SARAPAN DAH SIAP!” tiba-tiba Si Tiga Beradik muncul. Dapur menjadi terang benderang. Si Tiga Beradik tercongok di tepi meja makan sambil menunjukkan ke arah meja. Mak yang tadinya terkejut dengan teriakan Si Tiga Beradik mengalihkan pandangannya ke meja. Beberapa pinggan kuih muih sudah terhidang di atas meja. Satu jag air teh pun telah siap dibancuh.

“jom makan, sayang..” Abah pula tiba-tiba muncul di belakang Mak dan memegang bahu Mak lembut. Abah memimpin tangan Mak ke meja bagaikan raja yang mengiringi permaisurinya ke meja santapan. Romantik sungguh. Mak tersenyum lagi. Hampir-hampir matanya berkaca-kaca. Namun keterharuan itu diluahkan dengan lisan penghargaan.

“terima kasih, bang..” sambil Mak mendakap Abah. “terima kasih along, angah, adik..” Mak mengusap kepala Si Tiga Beradik pula.

*******

Si Along memberhentikan lamunannya. Kalau boleh plot di atas yang dirancangnya tadi dapat dijayakan bersama-sama Si Angah dan Si Adik pada Hari Ibu esok. Tapi....

***

Si Angah meletakkan pen dan merenung kertas di hadapannya. Kalau boleh cerita di atas yang ditulisnya dapat menjadi kenyataan pada Hari Ibu esok bersama-sama dengan Si Along dan Si Adik. Tapi....

***

Si Adik terjaga daripada tidurnya. Kalau boleh mimpinya di atas tadi dapat menjadi realiti pada Hari Ibu esok bersama-sama Si Along dan Si Angah. tapi....

***

Tapi.... Si Tiga beradik sedar. Apa yang dilamunkan bukanlah untuk Hari Ibu esok. Tapi Hari Ibu yang lepas-lepas. Apa yang ditulis bukanlah cerita untuk Hari Ibu esok. Tapi Hari Ibu yang lepas-lepas. Apa yang dimimpikan pun bukanlah realiti untuk Hari Ibu esok. Tapi Hari Ibu yang lepas-lepas.

Kini.. Si Tiga Beradik sedar. Tiada lagi layanan dan hadiah Hari Ibu yang dapat mereka berikan. Hanya satu sahaja tanda kasih sayang dan terima kasih mereka kepada Mak yang dapat mereka buktikan. Hanyalah dengan menjadi anak-anak yang soleh yang tidak kan pernah lupa untuk terus mendoakan ibu mereka di sana.

Si Tiga Beradik berpandangan sesama sendiri, dengan mata yang berkaca, dan dengan suara yang tersekat-sekat menahan kesedihan mereka berdoa.... Ya Allah, rahmatilah ibu kami!





10 December, 2010

Only yoU my Dear



To whom I care and Cherish
No matter where you are or
No matter how far u are from
from my eyes..
You are innocent look will be kept
Locked in my heart untill end of time
Just a simple I Love U will show
how much you meant to me for life..




p/s: I love you so so so... much!!!