15 September, 2011

Tiba-tiba rasa nak beli pulak..

Assalammualaikum...
Hmmm.. Apa khabar blogger sekalian.
Hari ni hari makan-makan untuk aku. Ngeee. :D
Kenapakah? Sebab ada jamuan Merdeka Raya.. Yeay!
4x round pulak tu.. pergh!! ingat nak snap picture..
Tak sompek.. Den makan yoo. Maleh pulak nak snap snap bagai ni.
Hahahaha... ok cukup!

Tujuan aku post ni aku nak sebarkan satu dunia. Haha..
Boleh pulak negara luar baca post ko ni. Rasanya orang Malaysia
je faham bahasa ko ni. ngee.. Aku nak bagitau.
Aku nak cakap... Aku nak taip kat sini. Aku, aku.. (gagap ke hape budak ni)
Aku nak pegi shopping beli beg Domo- Kun. ^________^
Macam budak-budak tak? Mane ada. Cuma cute je..
Ada aku kesah! Kalau orang nak cakap. :)
Lantak pi la depa nak cakap ape pun.
Yang penting aku rasa beg tu comel. titik!


p/s: Yeay! kepala dah pening sebab tadi minum 3 cawan nescafe. Terasa hidung nak berdarah. Please dont!

12 September, 2011

Dato' Siti Nurhaliza ft Pit bull and Alicia Keys


Assalammualaikum...

Boom! Boom! Kebabommm... Ooo Pocot!
Ingat cite Senario hape! haha..
Tak terkejot pon~ :P

Ok2. Dah! Cukup la tu sebagai mukadimah. Ha Ha..
Baca tajuk pun dah meletop weehh~
Kelassss kau Mariah...
Hok! hok! hok! tersedak-sedak mak den
kat tempat kojo eah.. hahaha....

Bukan apa.. Sekarang.. haaaa.. kaw!
Dato' Siti Nurhaliza kita dah pandai berbahasa Inggeris
berduet denga Sean kingston, Pit bull and Alicia Keys.
Perrghh!!!! Meletop kaw! Meletop!
Tip top! haha...
Tabek separing... eah2. Sringg.. hehe..
Separing tu lain... ngee.. :D

p/s: kelasssss kau mariah..


Kuasa Duit atau Wang


Assalammualaikum...

Tajuknya simple. Duit ataupun wang. Semua orang mesti tau apa itu duit kecuali kanak-kanak yang masih kecil lagi ye dan berumur 2tahun ke bawah. Budak zaman sekerang dah pandai main duit ni. Kuasa duit ni tersangat-sangat lah dahsyat. Kenapa dahsyat? Sebab duit mampu membuatkan orang tersayang kita hilang dalam sekelip mata, hidup tunggang-langgang, bongkak, lupa diri, membezakan darjat dan sebagainya.

Di dunia ni hanya duit sahaja mampu menyelesaikan masalah. Betul tak? tapi tidak semua. Nak buang air kecil pun kena bayar sekarang ni. Apatah lagi nak beli barang, bayar itu, bayar ini dan yang lebih teruk lagi ialah untuk menyelamatkan diri orang sanggup rasuah dengan duit mana ada dengan rokok je. Apa barang rokok. Bakar terus habis. Sakit lagi dapat ada lah. Orang yang terlepas tu, bukan main senang hati lagi.

Disebabkan duit juga, orang sanggup mengadai anak bini untuk kepentingan diri sendiri. Kes ni sudah berleluasa di negara kita. Keliling kita penuh dengan tampalan poster atau notes kecil yang ditampal Ah Long ni bagi mendekat lagi diri dorang dengan mangsa yang cetek akal. Menyelesaikan masalah kewangan hanya berjumpa dengan Ah Long. Malang sungguh nasibnya kelak jika bayaran tidak di bayar pada masanya.

Duit mampu membuatkan orang tersenyum lebar dan juga mampu menitiskan tangisan seorang ibu. Dari kecil di bela dengan belaian kasih dan sayang dan akhirnya hentakkan padu di kepala sampai mati oleh anak kerana mahukan wang untuk membeli dadah ataupun utuk bersuka ria. Begitulah dahsyatnya duit itu di dunia ini dan membuatkan seseorang itu berubah dalam sekelip mata kepada yang baik kepada lupa daratan begitu juga sebaliknya.



Apa pendapat anda semua?


p/s: entry untuk tatapan

Untuk Hari Ini

Assalammualaikum..

Good Morning people.. Moga hari ini lebih baik dari semalam.
As usual.. Bangun pagi tengok cermin..
Sikat rambut yang kusut sebab tidur berguling2
Senyum lebar-lebar ^______^
Pegi mandi.. yeay!!! Pegi kerja... T_____T

On the way pegi keje singgah dulu
beli sarapan. KARIPAP SARDIN.
Itu la makanan feveret den.. ngee :D
Bawa sebotol air mineral. Cukup untuk dimakan
hari ini. Bukan balik nanti mentedarah. taw!

So, dekat office ni. Tak ada orang. Ada yang
dah pindah. Pegi meeting. Den duduk diam2
sambil hupdate blog yang kurun lamanya
tak hupdate. AKU MALAS!!! Ha ha ha.
Sambil aku taip, aku dengar radio online
HOTFM! Weehuuu.. ^______^
Seronok weeiii~~ tapi tak la sangat.



08 September, 2011

Memang cari pasal ni! Haish.. Aku ni memang ada Mesin Cop Duit.

Assalammualaikum...

Hai peoples... So, korang ada dapat mesej tak dari Maxis, Celcom, Digi or
talian lain?? Dapat la juga macam aku ye?

"RM0. Pelanggan dihargai, mulai 15/9/2011, pembelian tambah nilai prabayar & pek permulaan akan dikenakan cukai perkhidmatan sebayak 6%. Sila layari hotlink.com.my "

Itu la text yang aku dapat sebagai pengguna Hotlink..
Den ingat Hotlink yoo..maso mulo2 dapek text tu, nak
tukar Xpax kononya. Upenya.. semua talian.
Baru den nak tukar Xpax balik. Haishhh... Menyusahkan botul!
Den ni bukan hari-hari cop duet kat rumah ni haa..
Ado pulak mesin nak cop duet kat rumah den ni...
Gadang pulak aku dibuatnya.. Asal la pengguna macam kita orang ni dia
nak ganggu. Dah la Hotlink asek nak mencekek je kredit aku.
tak boleh tengok kredit aku lebih sekit. Mesti nak telan je kejenya..

kecik bona la pulak gambarnya. boleh la.. buat tatapan.

Pegi la naikkan cukai rokok dengan arak tu lebih-lebih.
Tak nak pulak.. Haish.. menyusahkan betul lah!
Patutnya larang la benda yang tak elok tu. Naikkan cukai.
Kita yang dok sedap elek-elek topup macam biasa dia naikkan cukai.
Ishhh. panas nih! panas~! Saje je tau.. tak ada cara lain
lagi ke nak dapat duet lebih tu dari cukai topup ni..
Tak pasal-pasal kena sediakan duet syiling yang berlambak!

RM5 =30sen
RM10= 60sen
RM20= RM 1.20
RM30= RM 1.80
RM50= RM 3.00
RM100= RM6.00

p/s: sebulan sekali la nampaknya aku topup. haish... ! tak pun lepas ni usung public phone kemane-mane. So, kepada Khidmat Public Phone. Sila baiki public phone ke public phone besi supaya tak ada orang boleh ceroboh dan perbanyakkannya. Terima kasih. peace.



07 September, 2011

Wordless Wednesday: Malang

Assalammualaikum...






*gambar hiasan.



Seperti sedia maklum aku tak boleh tengok Polis ni berjalan dia atas jalan raya. Fobia! T____T






Nasib Malang yang ni kita boleh bau taw! Tak percaya?

Assalammualaikum...

Selamat Pagi people... hmm.. hari ni aku memang dah menjangkakan aku bernasib malang. Korang nak tau macam mana aku boleh tahu aku bernasib malang hari ni? First adalah.. aku pegi keje lambat. Ok lagi. Sebab boleh pecut. Tengok-tengok miter minyak! perghh!! Kena cepat sikit ni pegi isi minyak dekat Petronas. Walaupun ada pam minyak yang dekat tapi Petronas lagi jimat.

Tambahan lagi, aku pecut punya pecut.. adoi! lampu merah pulak. Kalau ye pun tunggu la aku jalan dulu hishh. grrhh~~! Dah la aku kejar masa. Selit sikit pecut langgar lampu merah dengan senang hatinya.. selok sana, selok sini.. naik flyover.. Tiba-tiba kena bawa slow. Nak tau kenapa? Sebab aku nampak polis trafik belakang aku. Ceh, ceh slow la tu. Bajet penunggang motor berhemah la kan. Atas flyover tu polis trafik tu sebelah aku. Aku toleh, dia kata 'awak jalan lampu merah ke lampu hijau tadi?' Aku buat-buat tak dengar konon atas motorkan. Dia tanya 3x kali baru aku jawab. ngee :D Lampu merah. Saya nak cepat. Memang betul la reason aku tu.











*gambar hiasan





Turun je flyover tu, dia suruh aku ketepi. Perghh!!! malang betul la harini. Dah la nak cepat. Kalau la dia saman aku ni. Habis la lesen aku. Dah la baru dapat P. Tak pasal-pasal kena buat lesen balik. (bercakap dalam hati sebelum berhenti ke bibir jalan). Polis trafik tu apa lagi, dia toce, toce.. aku pun bagi la reason yang muna pegi sabah (munasabah). Sambil perhatikan Polis tu, dia nak keluarkan saman ke tidak. Tu je yang aku takut masa tu. Last warning aku dapat adalah. "Jangan selalu buat macam ni!" maknanya boleh buat lagi la. Lupa nak tanya dia macam tu. Yela nak cepat tadi.

Bawa la slow, slow belakang Polis tu. Depan ada lampu merah lagi tapi boleh shortcut ikut kiri than kita buat U turn. Memandangkan baru kena toce. Tunggu la macam tunggul kejap walaupun kejar masa. Lampu hijau je.. kita mulakan pecutan. Jumpa Petronas isi minyak RM6. Dah settle semua masalah dan hanya menumpukan kelajuan. Tak pasal-pasal aku lewat 15minit pegi keje. Sebelum nak sampai, ternampak pulak kereta eksiden. Kereta kancil terbalik. Bumbung ke atas, roda empat-empat kat atas. Nampak Polis lagi. Sebelum Nak masuk gate, jumpa Polis lagi. Perghh!!! memang jumpa pakcik Polis je la aku pagi nih...







*gambar hiasan tadi kereta kancil.





p/s: Nasib malang atas perbuatan sendiri yang tak reti nak berdisiplin. So, sila disiplinkan diri anda! T____T


02 September, 2011

Raya mungkin raya, mungkin tidak.

Assalammualaikum...

Hello peoples.. Salam Lebaran. Harap-harap aku masih tidak lewat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin. Jika ada tertaip apa-apa yang menyinggung perasaan bloggers, ayat-ayat yang kurang menyenangkan. Harap di maafkan. Setiap manusia pasti akan melakukan kesilapan bukan? So, hari ni dah masuk raya ke-4. Blog aku ni pun sebuk beraya juga. Seminggu cuti. ha ha ha ha.. ^__________^

Dari hari raya pertama hingga la ke hari ni. Hidangan aku hari-hari adalah rendang, ketupat pulut, pulut kuning, kari ayam dan sambal udang.. Ngee... :D Aku rasa ni baru first time makan makanan tu sampai raya ke-4. Biasa sampai hari raya ke-2 je dan yang pasti raya tahun orang kata meriah tapi aku wallah. No feel. No mood.

Orang pakai baju raya, aku pakai. Orang makan kuih raya, aku makan. Orang berjalan raya aku berjalan juga. Orang dapat duet raya, aku dapat juga certain orang la kan. Orang gelak-gelak, aku gelak-gelak juga tapi yang pasti hati aku tak macam tak macam dorang. Hanya badan follow the flow. Aku pun tak tahu kenapa. Apa telah terjadi sebenarnya kepada aku? Sebelum-sebelum ni aku rasa juga kurang mood raya tapi masih lagi terasa kemeriahannya. Tahun ni astafirrullahhalazim..tak tahu nak kata apa lagi.


p/s: selagi hayat di kandung badan. selagi tu aku akan cuba untuk teruskan. (gambar raya akan menyusul next entry)