31 May, 2011

Top 10 bersama Sengal Zone


Aiyakkk... Wachaa... Pek!!! Gerrhh~ retak dinding tu dengan
tendangan kaki batuku menampal header tu. he he..
Takut tak, takut tak... Tak takut? Tak takut tak pe lah..
Sebab kita baik tak nak mengancam orang.. ^____^

Hakcum, Hakcomm~~ Huuu... Dah ghongpong hidung ni bersin..
Dah berapa lama tak hupdate entry blog sengal man kita ni.
Sebelum tu lupe plak. Assalammualaikum..
Satu, dua, tiga kucing berjoget
mana nak same dengan sengal man senget.

hahaha.. Sekali sekala kan sengal man. Kita bergurau senda..
Ngee.. :D
Nak join jugak?? Jangan buang masa lagi. Just klik header atas tu je..
Hadoi... Non hado idea dah nak type ape ni. Tadi hado..
tapi tibe-tibe charger lappy tercabut. Terkatup semuanya..
Habis idea-idea pun terkatup sekali... :'(
Menci taw, menci.. oke bye!

Layan je pemandangan yang aku attach ni.. :

Pantai di area Masjid Terapung, Melaka.
Kalau dah boring dan tension. Dtg je sini.. Tenang sikit.

google.

google.


Photobucket

Shuutt!!! Diam-diam taw!

Assalammualaikum...

Huish... shuutt.. diam-diam. hehe
Petang ni aku curi masa sikit hupdate entry...
Sementara waktu rehat ni kan.. Kalau tak, tak sempat nak hupdate.
Balik keje dah nak magrib, pergghh!! Dengan mata yang nak tidur je..
Memang tak ada masa lah aku nak bukak pc hupdate entry.
Balik je rumah after keje, rest for a while, mandi,
siap-siap apa yang patut.. Then, kita tengok tv3...
Weee~~ mesti korang pun tengok kan kan..???
Bagi blogger girl la kan. Kalau laki tu, aku tak sure.
Nak tahu cerita apa? Nora Elena laaa...
He He He... Tak best? Mane ade.. Best kot...
Sweet... Rugi tak tengok. Tak percaya?
Hah! try tengok petang karang pukul 7p.m. at tv3.
Nak tahu siapa pelakon die.. Siti Saleha dengan Jejaka pujaan
ramai wanita kat luar sane iaitu Aaron Aziz.. 0,0!!
Kalau dah mula suka tengok tu, mesti nak tengok sebelum-sebelumnya
kan? Just klik TV3.
Website tv3 untuk siapa-siapa terlepas tengok cerita kat Tv3.
So, boleh la usha mana yang patut. Just klik sahaja.. Oke.

Chow sin cii.... ^_______^



Photobucket

29 May, 2011

BEN ASHAARI REDAH BLOG BARU JER...


Assalammualaikum dan selamat petang ye.
Ok. Tidak melengahkan masa lagi aku nak join segmen PCB kita ni.
Lagi pun tak buat apa-apa, ada masa nak join. So, join lah.
Korang nak join juga. Jom! Ops! Before tu, meh klik SINI
Dah settle? Jangan tipu taw.. ^_____^
Then, kita teruskan ke SINI pulak...
Tak susah pun kan.

PERINGATAN:
untuk follower kurang 500.
tutup: 10 malam ni.

Photobucket

Wujud Lagikah 1tube?


Assalammualaikum...

Klik gambar untuk ke website nya.

1 tube? Siapa tahu apa benda alah tuh?
Meh sini den nak terangkan kat korang...
1 tube ni lebih kurang lah dengan Youtube tu..
Yang korang dok usha video lawak, lagu, cerita, trailer lah..
macam-macamlah kan korang cari kat Youtube tu kan..
So, di sini saya nak maklumkan lagi dan nak perkenalkan lagi
1 Tube ni kepada sesiapa yang masih belum tahu kewujudannya..
Masih lagi wujud oke! Masih aktif lagi... Just klik saje 1 Tube tu..
Dah boleh pegi website tuh.. Masih baru lagi. Tanpa sokongan anda..
Siapa lagi bukan?? Mari kita meramaikan dan memeriahkan lagi.
Salam 1 Malaysia..

Photobucket

Colbie Caillat - I Do

It's always been about me myself and I
If all relationships were nothing but a waste of time
I never wanted to be anybody's other half
I was happy to say that our love wouldn't last
That was the only way I knew to that you

You make we wanna say
I do, I do, I do, do do do do do do doo
Yeah, I do, I do, I do, do do do do do do doo
Cause every time before we spend like
Maybe yes and maybe no
I can live without it, I can let it go
Ooh, I did, I get myself into
You make we wanna say I do, I do, I do, I do, I do, I do,

Tell me is it only me
Do you feel the same?
You know me well enough to know that I'm not playing games
I promise I won't turn around and I won't let you down
You can trust and never feel it now
Baby there's nothing, there's nothing we can't get through

So can we say
I do, I do, I do, do do do do do do doo
Oh baby, I do, I do, I do, do do do do do do doo
Cause every time before we spend like
Maybe yes and maybe no
I won't live without it, I won't let it go
Wooh Can I get myself into
You make we wanna say

Me a family, a house a family
Ooh, can we be a family?
And when I'm old and sit next to you.

And when we remember when we said
I do, I do, I do, do do do do do do doo
Oh baby, I do, I do, I do, do do do do do do doo
Cause every time before we spend like
Maybe yes and maybe no
I won't live without it, I won't let it go
Just look at what we got ourselves into
You make we wanna say I do, I do, I do, I do, I do, I do,
Love you...



Photobucket

Sebab musababnya..

Assalammualaikum...
Selamat pagi peppss.. hehe.. Agak tengah malam aku hupdate entry...
Sekarang menunjukkan pukul 2:42 a.m..
Aku terlewat satu hari hupdate blog aku nih. Biasa hari-hari...
Ada sebab sebenarnya.. Busy dengan hamek lesennye, keje lagi..
Semua kene focus betul2, kalau tak hancus... Pergghh!!! Terseksa naluri kebatinan
hamba~ Ngee.. :D <--- terseksa la sangat..

Alamak!!!! perut dah berbunyi pulak~~
Huuwaaa.... Tadi makan pun dah lewat.. Ni lapar balik..
Perghh!! tong besar ke hape nih.. Tak boleh, tak boleh.. Kena bertahan..
Kalau tak, tunggu la akibatnya nanti...
Diri sendiri terseksa tengoknya nanti.. Dah la berazam nak berdiet..
Uishh.. Kena kuatkan semangat, bukan 'semangatkan' lagi badan tuh.
He He He...

Oke. bye. Dah mengantuk. Esok nak poie belajar memandu lagi..
Dah pukul berapa plak sekarang nih. Memang stim la mata aku esok nih.
Selamat Tidur... Ngee.. ^____^.v..

Photobucket

27 May, 2011

Blog Renovation...

Assalammualaikum...

Nak tanya pendapat korang. Ok tak template blog aku nih? Nampak kelam/malap je tak ada seri kecuali nampak muka aku tu, nampak la serinya tak? haha.. bergurau pulak. Kalau betul, hakikat la tu. hehe.. So, mungkin siapa blogwalking kat blog aku ni akan pelik kejap. Kejap tekan, template lain, kejap tekan lain, template lain. Itu maknanya aku tengah buat renovation.. hehe... ^_____^
Photobucket

Follower Hilang!!!

Assalammualaikum...

Selamat petang gengs.. hehe <--- ada hati gelak setelah tengok follower hilang.. hmmm. :'(
Sedyh betul.. Dia buat hal lagi dengan aku. Aku baik taw, tak dengki dia pun, tak buli dia pun. Hari-hari layan dia dengan baik tapi macam ni dia layan aku. Aku yang dah 'tua' di perbodohkan. Huh!!! aku tetap setia juga.. ^____^.
|
|
|
|

Tengok dekat belah kanan tu. Pengikut Yg ComeL.. Blank kan? huu...
Mane la dorang pegi bawa diri tu.. Nanti datang balik taw... anyow... :)


Photobucket

Games Menjadi Trend

Assalammualaikum...

Sekarang ni bukan sahaja pakaian menjadi trend, malah games pun ada trend nya. Ha Ha Ha...
Ada musimnya. Sekarang ni aku banyak tengok orang post pasal game Angry Bird. Best main game tu. Bukan burung tu yang marah, tuan yang main ni pun angry juga taw. Sakit pulak hati si cik hijau tu gelakkan kita ni kalau kalah. Ceh! Time aku belajar dulu pun ada pelbagai jenis games aku dengan member aku main. Sampai lawan-lawan, siapa menang dia yang teror tu je. Tak ada nak main judi. Just untuk suka-suka menghiburkan hati selepas penat study.. Antaranya ialah:

Plant vs Zombie: Main ni sampai 4/5 kali ulang tapi level tetap lagi susah..
Tersangat best. Ada member aku sanggup tak off lappy dia. Ha Ha Ha..
Kemaruk sangat la tuh.. (rindu pulak kat dia :)

Need for Speed Underground.. Pergghh!! ni game tersangat la syok!
Ramai gamers suka main game ni. Tersangat la berangan memiliki
kereta macam dalam game ni. Ha Ha.. Feveret game aku.. :)
Siapa tahu pasal game ni?? Best tau main game nih. Mencabar juga. Baru masuk
beberapa level. Ni macam music game. Kene ikut beat. Sekarang ni aku main
game ni kat psp aku.

Ni namenya Roco Loco game. comel. Music dia pun macam kanak2. haha
cute tau main game nih. Siapa2 pun boleh main game nih.

Zuma game ni menjadi kenangan aku masa aku study dulu.
Gila game time tu, ni kes senior aku la bagi game ni. After exam je, hentam
main game ni. Ha Ha.. menjadi faveret kat member aku sorang lagi.
(miss her much)

Angry Bird. Ha Ha Ha.... Tak sangka Abg Ben pun gila main game nih..
Ingat aku je. Game ni pun aku baru main dalam 5, 6 bulan lepas..
Tu pun member aku kenalkan. Sanggup tunggu loading..
Dia send by email. ha ha ha...

Games ni ada buruk baiknya. Baik game tu, baik la untuk pemainnya. Buruk game tu, buruklah kesannya kepada pemainnya. Korang pun boleh fikir sendiri. Jika main games bunuh-bunuh atau tembak-tembak, tidak ke boleh memberi kesan kepada pemain untuk bertindak sedemikian in real life dorang. Mereka merasakan ia sesuatu yang biasa tapi bukan orang sekelilingnya. Baiknya adalah membuatkan pemain semakin kreatif dan boleh release tension...

p/s: sumber gambar dari google.

Photobucket

Bagaimana Menghilangkan Getah


Assalammualikum...


Entry aku seterusnya ini nak menceritakan bagaimana nak menghilangkan kesan getah dari mana-mana tempat atau benda yang terkena getah. Buruk kan dinding rumah atau tempat yang terkena getah tu. Menjadi kotor dan tak sedap mata memandang.

Siapa-siapa yang mempunya anak yang masih kecil, yang suka menampal stiker di dinding rumah, almari, atau di mana sahaja. Malah siapa-siapa yang rajin menampal stiker di handphone boleh juga menghilangkannya. Mudah sahaja dengan mengikut tips di bawah ini:

  1. Gosokkan kesan getah itu dengan minyak masak yang bersih dengan kain bersih. Gosok perlahan-lahan sehingga getah itu tertanggal.
  2. Lapkan minyak itu dengan tisu dan basuh dengan sabun dan bilasnya dengan air bagi menghilangkan minyak dan baunya.
  3. Lapkan sehingga kering.
Mudah bukan?? InsyaAllah kesan getah itu akan hilang. Selamat Mencuba.

Sharing is carring... ^_____^
Photobucket

Tersirat Antara Guru dan Muridnya...

Assalammualaikum...

Malam ni aku nak bicara tentang anak murid dengan guru di sekolah. Guru adalah pendidik bangsa di sekolah. Malah menjadi model kepada pelajarnya. Apa yang baik guru itu buat, baik jugalah anak murid itu. Jika buruk perbuatan guru itu, memberi kesan kepada murid-muridnya.

Kadang-kadang kita tidak berapa pasti adakah betul guru itu mendidik anak-anak anda di sekolah? Jika salah, perlu ke anak itu diherdek? Wajarkah guru berpelakuan sebegitu? Mari kita bincangkan berdasarkan pengalaman dan bertanya beberapa orang.

Betul atau tidak itu mestilah betul guru itu mendidik anak anda dengan baiknya, kasih sayangnya, ilmu yang tak kesudahnya. Aku mahu berbanyak terima kasih kepada guru-guru aku yang tak kesudahnya mencurahkan ilmunya sehingga aku berjaya. Terima kasih guru.

Tersiratnya yang kurang baik aku nak ceritakan di sini adalah berdasarkan apa yang aku selidik dengan bertanya beberapa orang. Kadang-kadang murid dekat sekolah tu terlalu nakal sehingga tak dapat di bendung lagi dan kadang- kadang itu juga guru tak dapat menahan tahap kemarahannya sehingga sanggup mengherdek anak muridnya itu dengan berkata "dahlah kau ni bodoh, bebal, anak orang susah menyusahkan". Adakalanya sesetengah guru itu sanggup bertindak menghukum pelajarnya dengan menjunjung kerusi roda besar itu dan ada juga guru menjadikan pelajarnya sebagai pelepas geramnya. Sanggup seorang guru itu mendebik atau memukul pelajar hanya kesalahan sedikit dan menghukum mengikut perasaan.

Pengalaman aku ketika di sekolah. Guru disiplin aku sentiasa membawa rotannya kemana sahaja dia pergi. Jadi, apabila nampak pelajar membuat kesalahan, terus di merotan anak muridnya itu bagaikan binatang. Walaupun pelajar itu, pelajar paling nakal di sekolah tapi guru itu kene ingat siapa yang dia pukul tu. Anak orang, bukan binatang, jika berlaku yang tak dijangka siapa susah? Mestilah kerjaya seorang guru itu. Tidak semudah guru itu untuk bertindak mengikut emosi.

Sesetengah pelajar lebih suka di tegur secara baik barulah dia boleh berubah bukan cara memaki hamun, di herdek dengan kata-kata kesat dan ini juga boleh membuatkan pemikiran pelajar itu terganggu dan semangatnya makin merundum. Selain itu juga, pelajar mungkin akan bertindak agresif dengan membalas dendam kepada guru yang membuatnya seperti memancitkan tayar gurunya, membaling cat, memecahkan cermin kereta, mengugut guru dan paling teruk yang penah aku dengar ialah pelajar bertindak memukul guru sampai mati.

Seperti sedia maklum, baru-baru ini keluar di surat khabar juga television tentang seorang guru mendera anak muridnya sehingga mati. Sungguh kejam guru zaman kini sehingga sanggup bertindak sedemikian dan ini memberi kesan kepada kerjaya guru itu dan juga pelajar kerana mereka takut/fobia untuk pergi ke sekolah.

Aku mencadangkan pihak maktab membuat satu kelas khas untuk mengajar bakal guru cara mengatasi emosi mereka ketika sedang marah. Apakah tindakkan yang perlu di buat ketika marah? Jika mereka masih tak boleh juga mengatasinya, seelok-eloknya bakal guru itu di berikan lagi masa untuk mengatasinya sebaik mungkin.


p/s: buang yang keruh, ambillah yang jernih. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan.

yang ikhlas,
Photobucket

26 May, 2011

Majoriti siapa yang terlibat? buat apakah?

Assalammualaikum...

Selamat petang! Wee... Students in Diploma, UiTM mesti dah dapat result exam kan? So, how? Dean list? oke2 aje? Pun boleh lah. Asalkan pasted semuanya. Buat yang terbaek after this. Oke! Teruskan perjuangan selagi mampu dan muda. yeah! Berbalik kepada tajuk.

Majoriti
Oke. Sekarang ni, seperti semua orang tahu. Majoriti golongan hawa joined jadi blogger. Dimanakah golongan adam? Ada je dorang join tapi tak seramai golongan hawa nih. Golongan adam ni lagi teror dari golongan hawa. Tak caye pegi la usha mane2 golongan adam punye blog. Mesti bestkan blog dorang. Senang dapat tarikan juga.

Sampingan
Golongan hawa kini menjadi trend dorang untuk promosi barang dorang juga. Maksud aku buat business onlinelah. Tak kurang juga golongan lelaki ni. Ada juga buat business online nih. Ni semua sebab nak buat side income. Sekarang ni, side income jelah yang boleh membantu untuk hidup senang sikitkan.

Ruang
Ruang untuk membesarkan rumah! Ha Ha Ha.. tak adalah. Maksud aku ruang tu adalah mengisi masa lapang. Bak kate omputih 'space' ^____^. Kadang-kadang kita dalam kebosanan, beremosi, excited, berkongsi sesuatu, mempromosi barang, itu lah penyebab kita join jadi blogger. Ada saje nak di taipkan, nak di kongsikan dengan para blogger.

p/s: Join jadi blogger ni tak rugi. Boleh menambahkan lagi friend list korang. ^_____^

Photobucket

Tips Menaip Tanpa Melihat Keyboard.

Assalammualaikum...

Memandangkan aku ada buat entry pasal keyboard ni. Member aku pun mengesyorkan aku buat entry macam mana nak taip tanpa melihat keyboard. he he. Sebelum aku mula, nak bagi tahu yang keyboard pc tak sama dengan keyboard notebook ye.
Photobucket

Kau orang taip guna apa tu??


Assalammualaikum...

Weee.... Muncullah aku sebagai blogger burung hantu. Yes! Terima kasih. he he.. Time macam gini je aku rajin taip entry. Idea berpinak-pinak lagi tuh.. Hari ni aku pegi latihan memandu. Tak kesudahnya dari hari tu. Tidak berkesempatan dan ada masalah keewangan juga. :(

Itulah mukadimah aku hari ni. So, korang tengah buat apa tuh? Oh! tengah bace entry aku ke. Terima kasih kerana sudi membacanya. Biasa korang type entry guna ape ye? Apa soalan 'Banggang' kau nih?!! Ha ha ha.. Of cos la guna laptop, Pc, hand phone. Haish...

Itu aku taulah! Tapi taip guna keyboard lah juga kan. Kalau ada pc tak ada keyboard ape yang nak di taipkannye tuh. Hah! Tenung jelah skrin tu, skrin tu boleh pulak bace dari mate korang tuh. Nak bercakap macam recording tu, tak lah pulak pc korang tu ada telinga.. Ha Ha Ha..

Taip gune ape? Keyboard... Oke. Korang taip macam mane? Gune home key ke main tekan macam nak tersembul/tercampak button keyboard tuh? Ha Ha Ha.. Jahanam lah keyboard tu taip macam orang baru jumpe keyboard. Sebulan sekali kene beli keyboard. Kopak lah poket korang cam tu.

sumber: Google

Penah dengar tak guna home key masa taip guna keyboard? Penah? Tak penah? Biasalah tu. Siapa yang pernah ambil kursus komputer, mestilah tahu kan. So, bagi yang tak pernah tahu tu. Mesti korang taip jari bersepah-sepahkan. Satu persatu cari huruf. Eah2 mane huruf P ni, mane huruf H ni. Terkial-kial nak cari. So, siapa2 yang dah tahu gune home key ni. Dia taip tak payah tengok keyboard pun boleh. Macam aku! tapi aku tak pegi kursus komputer. Aku belajar time diploma ni. Ada subject keyboarding. Setiap kali masuk je kelas ni, semua kene ready jari atas home key. Statik je. Haa... kita tengok sape yg teror. 1 minit 30 perkataan. Ape macam boleh buat? Try cari karangan pendek, set masa 1 minit. Boleh tak?? Bukan senang. Kelam kebut di buatnya.. Hura-hara... Ha ha ha.

Kemudahan untuk anda juga. Ada kepentingannya. :)

p/s: jumpa di next entry pasal keyboard nih. oke.

Photobucket

24 May, 2011

Tip Memandu Ketika Gelap dan Sunyi.

Assalammualaikum...

Hai incik-incik sekalian. Ada sedikit tips untuk para pemandu yang rajin memandu. Ini berdasarkan pengalaman, walaupun tidak mempunyai lesen lagi tapi akan menjadi ikhtibar kepada aku.

Tujuan
Mesti kena tahu hala tuju yang kita mahu pergi, supaya tidak sesat.

Kenderaan
Kenderaan mestilah dalam keadaan yang selamat. Seminggu sebelum memulakan perjalanan, seelok-eloknya buat pemeriksaan kereta dahulu demi keselamatan anda dan penumpang. Periksa yang mana patut untuk di periksa seperti enjin, minyak, lampu, tayar dan sebagainya.

Sebelum Memandu
Pastikan semua pintu di kunci, dalam keadaan yang bersih dan yang pastikan menggunakan tali pinggang keledar dengan betul. Periksa buat kali terakhir sebelum memulakan pemanduan.

Semasa Memandu
Jika di kawasan yang gelap atau kawasan dikelilingi hutan, pastikan menggunakan lampu tinggi jika tiada kenderaan lain. Pastikan juga jarak kenderaan dari bahu jalan, jangan terlalu dekat dan terlalu ke tengah jalan. Berhati-hati di sesetengah jalan dikawasan gelap struktur jalannya kurang baik. Contohnya jalan tar dibahu jalan biasanya dikawasan hutan akan lebih bahaya kerana tanahnya lebih terhakis dan jika terkena tayar boleh menyebabkan tayar kereta rosak atau terkoyak. Jika waktu hujan, bawa dalam had kelajuan yang selamat, turn on lampu kecemasan, guna lampu tinggi.

Kesihatan
Kesihatan adalah salah satu faktor penting yang patut diambil kira dalam pemanduan jarak jauh mahu pun dekat. Bukan sahaja kenderaan perlu dalam keadaan baik, kesihatan juga amat penting. Jika kesihatan yang kurang baik, seelok-eloknya berjumpalah dengan doktor dahulu buat pemeriksaan.

Alat Pentunjuk Arah (GPS)
Seperti sedia maklum, kini pelbagai jenis saiz dan jenama berada di pasaran. Ada yang murah dan ada juga yang mahal mengikut kelebihan sesuatu GPS itu. Sekarang hampir separuh pemandu didunia ni menggunakan khidmat GPS ni untuk penggunaan harian ataupun ketika dalam kesesatan jalan raya. GPS banyak membantu pemandu ketika perjalanan jarak jauh daripada peta.

Biar Lambat Asalkan Selamat
Berhati-hati di Jalan Raya

Photobucket

Apa yang perlu direnungkan..

Assalammualaikum..
Hello peppss.. tengah buat apa lagi tuh?
Masih menaip entry lagi ke? Haish.. Udah-udah le tuh..
Pegi tidur.. esok nak pegi keje. Tak pasal-pasal mata tu macam panda.
Hehehe... Ops! jangan marah hah~ Gurau je.

Hmmm... hampir 2 hari aku tak hupdate blog aku nih..
Pasti tak ada sape2 rindu karya aku kan? Aku tau aku bukan blogger
tegar macam otai-otai kita tu tapi aku taip ape yang terlintas di fikiran aku je.
Kalau orang nak comment, comment lah. Asalkan jangan buat hal. sudah.
Sebab musabab kebab aku tak hupdate entry ni adalah
aku mengalami kemurungan. Hmm... apa la nasib hoii.. Alahai lapar pulak
taip kebab. Haish. tak boleh makan. nanti bertambah 'kurus'. :P

24/7 asyik mengeluh saje. Muda-muda lagi asyik mengeluh je
tak kesudahnya. Sabar jelah. Muda lagi ke? eah2! Muda lah dah 20 an pun
Wah! 20 an bagai. Ha Ha Ha.. bunyi macam dah tua je.
22 tahun sudah. Banyak lagi perlu aku uruskan, selesaikan dan perjuangkan.
Korang pulak macam mane? Dah ada plan ape2 tak untuk esok?
Mari kita fikirkan same-same.. oke! night2.. :)


Photobucket

21 May, 2011

Baru sebulan follower dah mencanak...


Assalammualaikum...

Olaaa... Nampak tak header kat atas tu yang aku tempek! Kecik je kan..
Hmmmm.. tidak mengapalah.
Apa yang nak perkatakan disini ialah dia agak newbies
baru bulan lepas joined blog ni. Baru sebulan follower dia da 300 lebih.
Pergghh!!! kejap je tuh.. bagi aku 300 tu dah kira terbaek la tu
dalam masa yg terdekat. Aku yang da lebih 5bulan pun tak lebih 200 lagi..
Haish.. bukan salah orang tak nak follow aku tapi aku sendiri jarang update.
Tu la pasalnya..tapi korang tak rugi terjah blog nih..
Best... jom klik edinakasyah




Photobucket