Sudah sekian lama Mr. & Mrs. Mz berhubung melalui pesanan ringkas (sms). Hari- hari.. firstly Mrs. Mz bangun pagi cari handphone, kot-kot ada mesej atau call dari sang terunanya iaitu Mr. Mz. Kalau ada, si bunga (Mrs. Mz) akan balas dahulu, jika tidak ada apa2 Mrs. Mz akan buat kejenya dahulu yang mana patut utk di settle down kan dulu.. tapi dalam masa yg sama tangan bergerak buat kerja, dalam pemikirannya asek teringat sang terunannya. Lantas dari itu, Mrs. Mz mengapai telefon bimbitnya utk memberi kata2 senyuman seperti Selamat pagi cinta, Good Morning dan macam2 lagi..
Semenjak, dua, tiga menjak ni Mr. Mz tersangat busy dengan assignment, eventnya, dinner facultynya.. Manakala Mrs. Mz tetap dengan keje hariannya sebagai pekerja. Pergi pagi, balik malam as Personal Assistant (PA). Mereka hanya mampu berhubung melalui talian Maxis sahaja. Jika tiada line itu, masih tidak putus hubungan kerna kini zaman sudah moden. Penyelamat seterusnya adalah Muka Buku ataupun Facebook!!!
Tanggal 19 Feb 2011 bersamaan hari Sabtu, genaplah 3bulan hubungan Mr. & Mrs. Mz sebagai pasangan bahagia.. Pejam celik, pejam celik.. rupa2nya sudah 3bulan bukan 3tahun. Moga tuhan panjangkan jodoh dan umur mereka dengan izin oleh Nya.. Manakala 22 Feb 2011 adalah Hari Lahir Mr. Mz!!! Hari demi hari Mrs. Mz memikirkan cara untuk mengucap ucapan itu kepada Mr. Mz. Pernah terlintas di fikirannya, mahu membuat video, sedikit coretan kad ucapan.
Hampir memasuki 2bulan, sedar tak sedar juga.. Rupa2nya mereka sudah lama tidak dengar suara pasangan mereka. Akhirnya, pada suatu malam Mr. Mz menelefon Mrs. Mz utk bertanya khabar dan meminta maaf atas kesilapannya yg mengabaikan dan juga tidak dapat melayan Mrs. Mz. Dia juga berjanji dan berharap selepas ini mereka akan bermesej dan call seperti sebelum mereka menjadi pasangan iaitu ketika masih berkawan.
Ketika deringan handphone Mrs. Mz berbunyi.. Mrs. Mz dapat meneka yg Mr. Mz yg menelefonnya dan ternyata ia adalah benar. Lantas dengan tidak berlengah lagi, Mrs. Mz menjawab panggilan Mr. Mz dengan hati yg berdegup kencang, rasa tidak keruan.. Setelah sekian lama mereka tidak bercakap bersama apa tah lagi bertemu. InsyaAllah, 'saya akan turun Shah Alam bulan 3 nanti' jawab Mrs. Mz dengan yakin dan berharap. Tidak lama kemudian, mereka perlu meletak fon kerana masing2 ada keje perlu di buat..
Setelah buat kata2 terakhir sebelum mereka tidur, masing2 wish Selamat Malam dan sebagainya untuk hari itu. Setelah meletak genggaman telefon bimbitnya, Mrs. Mz terasa seram sejuk, kerinduan kian terasa dan hanya mampu tersenyum sipu. Mr. Mz dengan rasa leganya setelah membuat panggilan dan dia perlu membersihkan diri setelah keluar seharian dan mendapat surprise Birthday party oleh teman rapatnya dan Mrs. Mz tidak dapat join kerna busy dengan kerja. Selain itu, Mr. Mz perlu tidur lebih awal kerna paginya ada kuliah yg perlu dihadiri... ----> next part
No comments:
Post a Comment