09 February, 2011

Pantang Larang..


Assalammualaikum...

Ape macam semua...? Hari yang baik, mood pun agak ok la. Selamat pagi cinta. hihihi..
Entry kali ni pulak aku nak bercakap pasal Pantang Larang. Korang mesti penah dengarkan orang2 tua macam parents, atuk nenek, makcik, tak pun jiran sebelah umah la kan. Kalau kita buat je benda dia rasa itu pantang, dia akan tegur. Mesti penah dengar punya lah. Petua atau Pantang Larang ni wujud pada dulu lagi. Ada je tak kenekan. Rasionalkah pantang larang tu? Mari kita lihat contoh kat bawah nih:

  1. Orang dulu kata kalau makan tatang pinggan tu, akan banyak berhutang? betul ke? Rasionalnya: mungkin orang dulu nak nasihatkan supaya makan biar la bersopan. betul tak?
  2. Menyanyi di dapur bagi orang perempuan akan kawin dengan orang tua. Rasionalnya: Supaya kita focus dekat masakkan kita tu, takut2 terletak banyak garam, terhangit, terhangus.. huhuhu
  3. Bila seorang isteri itu mengandung, si suami tak boleh pegi memancing. Takut2 anak yg dilahirkan sumbing. Rasionalnya: hmmm.. agak2nya ape ye? aku pun kurang pasti. Mari kita fikirkan.
  4. Bayi atau budak kecik kalau badan agak besar, kita perlu la tegur atau cakap 'ku semangat'. Rasionalnya: Supaya si ibu bayi atau budak kecik tu, tak kecik hati..
  5. Bukak payung dalam rumah, dikhuatiri ular masuk dalam rumah. Rasionalnya: boleh jadi semak rumah mungkin. Wa Allah.
  6. Menyabung kaki ketika menyiarap, orang dulu kata buat mcm tu ibu bapa kita akan meninggal. Wa Allah.
  7. Makan ketupat. Tak boleh buka daun ketupat tu ikut urutan atau tarik satu persatu daun tu. Nak makan terus kerat dengan pisau di khuatiri sesat jalan. Rasionalnya: tak perlu tunggu lame2 nk buka ketupat tu. Potong sudah, settle da boleh makan.
  8. Makan tak boleh bergalih tempat dikhuatiri kawin ramai. Rasionalnya: tidak sopan. Bagaimana pula time open house? Bukan ke kita bergalih2. hmmmm....
  9. Makan nasi mesti kene habiskan nanti nasi menangis. Rasionalnya: mengelakkan pembaziran.
  10. Tak boleh duduk di atas tangga ketika magrib takut di rasuk hantu. Rasionalnya: Pada waktu magrib sepatutnya menunaikan solat fardhu magrib.
Haaa... tu la antaranya PANTANG LARANG orang dolu2.. Ada benarnya bagi alasan sedemikian. Bukan apa, untuk kebaikan juga. Banyak lagi pantang larang tapi hanya ini yg mampu saya beritahu. Kalau apa2 pertanyaan boleh la comment ye. Ada satu lagi pantang larang ni yg selalu la jugak orang guna iaitu..... jeng3.. PANTANG NENEK MOYANG AKU!!!

Photobucket

No comments: