20 March, 2011

Akad Nikah di Masjid Menyimpang dari Amalan Rasulullah?

Assalammualaikum... hai pembaca yg dikasihi dan yg lagi comel. Sejuk tak? aku kat sini uish... dah berapa kali keluar masuk toilet.. Rase haus, minum air. Then, buang, haus.. minum lagi. Mau tak keluar masuk toilet kan.

Oke! Tu mukadimahnye. Tadi aku ade terbace la satu article pasal 'Akad Nikah di Masjid Menyimpang dari Amalan Rasulullah?'. Agak terkejut juga la aku membacanya.. Padahal kita kat Malaysia speceli da sinonim orang akad nikah di Masjid. Betul tak? Bawah ni tentang article yg aku bace tu.


Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh.

Beliau berkata, Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.

Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah, namun ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.

Kesanggupan seorang lelaki yang turut berada dalam masjid untuk mengahwini wanita itu menyebabkan Rasulullah melakukan akad nikah dalam masjid.

Ahmad berkata, adalah lebih baik akad nikah dilakukan di rumah pengantin.


p/s: sources from Utusan Malaysia Online.
Photobucket

No comments: