Assalammualikum..
Selamat petang semua... Angin sepoi-sepoi bahasa, burung-burung berkicauan kat luar tuh.. best ni main layang-layang kan? Memandangkan rumah aku ni berdekatan dengan laut, jadi aku berhasrat mau lepak-lepak dekat tepi pantai ni. Nyaman, tenang je rasa hati dengan otak ni. Pantai adalah segala tempat aku luah perasaan, berbual bicara soal hati dan perasaan. Walau tanpa di ucap di bibir tapi hanya dari hati.
Duduk dari pagi sampai ke petang pun tidak mengapa. Hanya aku dan pantai. Itu sudah memadai untuk seketika. Deruan ombak melibas-libas pasir dan batu di tepinya. Setiap ombak yang datang dengan tenangnya dan pergi membawa segala masalah. Rasa tenang di hati walaupun hanya sekelumit sahaja tapi cukup memadai.
Tuhan itu Maha Kaya dan Maha Pengasih kerana mencipta benda yang saling berkait antara satu sama lain. Seperti aku yang memerlukan pantai untuk ketenangan, pokok memerlukan matahari dan air untuk hidup. Subahannallah.. syukur tak terhingga hidup di muka bumi ini.
p/s: jadilah manusia yang berguna, bersyukur dengan nikmat yang telah diberi. Paling penting adalah sentiasa mengingatiNya. Alhamdulillah..
No comments:
Post a Comment