02 May, 2011

Mr. & Mrs. MZ last part

Suatu ketika dahulu berkenalan sebagai rakan. Kurang sebulan menjadi rakan bertukar kepada hubungan yang rapat seperti kekasih lain. Saling mencintai, memahami, percaya mempercayai dan saling merindui dalam keadaan berjauhan. Mr. & Mrs. Mz hanya berjumpa 2x dalam perhubungan mereka.

Pada mula pertemuannya ketika mereka sedang berkawan. Berjumpa makan tengahari ramai-ramai dengan Si A dan rakan-rakannya yang lain. Mr. Mz walaupun nampak kekok tapi masih mencuba untuk berinteraksi tapi lain pula Mrs. Mz. Kekok tetap kekok.. masih malu untuk berbual tapi lain pula di handphone ketika bermesej. Rancak lagi bercerita, malah gelak tawa.

Mendapat tahu Mr. Mz mahu berjumpa, hati Mrs. Mz bagai berbunga-bunga dan ingin memberi hadiah untuk sejantung hatinya itu. Mr. Mz datang bersama dua orang lagi kawannya. Akhirnya bertemu berbual sebentar sambil berdiri di kaki lima shopping complex beralih ke tepi koridor untuk duduk. Di tengah-tengah bandar, deruan enjin kenderaan lalu lintas, sudut di ruang shopping complex Mr. Mz mahu meluahkan perasaannya yang dia perlu di luahkan. Tidak ada waktu lain lagi untuk di luahkan. Dia tidak mahu bercakap terus dari handphone, kerana dia memang tidak suka. Lebih suka bercakap berhadapan, melihat apa yang berlaku di depan matanya sendiri.

Permulaannya, Mr. Mz bertanyakan soal dirinya. Adakah masih sama atau sudah berubah dari mula-mula mengenalinya. "Awak masih seperti dulu cuma sekarang awak makin busy dengan kerja dan study awak. Itu sahaja bezanya dulu dan kini" jawab Mrs. Mz. Selang beberapa minit kemudian dengan perasaan tidak tentu arah membuatkan Mrs. Mz kehairanan sejak mula bersua di situ.

Akhirnya, Mr. Mz meluahkan jua apa yang terbuku di hatinya. "saya terpaksa lepaskan awak" pelahan luahan itu. 'ini yang saya tak suka sebutkan tapi terpaksa kerana tak nak awak terluka lagi dan lebih baik saya lepaskan awak sebelum awak lebih merana dan marah kat saya' tambahnya lagi. Mrs. Mz hanya mampu mengalirkan air mata. "Kalau itu yg awak mahukan, apakan daya, saya terpaksa terima" jawab Mrs. Mz.

credit to mr.google

"Saya mintak ampun, mintak maaf banyak saya dah buat awak marah, benci kat saya. Saya tak ada perempuan lain. Betul. Awak semua cukup, sempurna. Saya je yg kurang" kata Mr. Mz dengan penjelasan. Mrs. Mz masih berdiam diri dengan titisan demi titisan air mata jatuh ke bumi. Masih tidak boleh terima hakikat. "Saya tau saya bodoh buat keputusan macamni tapi saya terpaksa" kata Mr. Mz. "Memang awak bodoh dalam buat keputusan ni" sepantas kilat dijawab Mrs. Mz. Perjumpaan mengambil masa 2jam.

Pertemuan itu sepatutnya mengambil 10 minit sahaja kerana Mr. Mz harus pulang ke Shah Alam dengan segera kerana ada perkara penting perlu di selesaikan. Rakannya sudah call untuk pulang. "Saya kena gerak dulu ni" kata Mr. Mz dengan serba salah melangit. Mendengar Mr. Mz berkata sedemikian, Mrs. Mz bangun dan pergi tanpa menoleh lagi dengan air mata berlinangan dan menahannya dari teresak-esak, lari menuju ke motor kenderaannya.

Start sahaja enjin motornya, bawa tanpa sedar.. pergi menuju ke tempat yg boleh meluahkan perasaan iaitu di tepi pantai. Disitu lah sedu sedan, esak tangisan air mata mengalir bagai hujan yang lebat membasahi pipi. Tidak mampu menahan sebak di dada.. Mrs. Mz membalas kata-kata Mr. Mz dengan mesej pesanan ringkas dengan panjang lebar untuk kali terakhir. Hampir setengah jam duduk disitu, Mrs. Mz harus beransur pulang kerana hari sudah senja. Hati yang sebak membawa motor yang agak tidak sedar membuatkan dirinya hampir terjebak dengan kemalangan tapi sempat di elakkan.

Hari demi hari perlu dilalui, hati masih terluka kisah cintanya. Mr. Mz masih di hati sampai bila-bila dan tidak akan luput kerana Mrs. Mz menganggap Mr. Mz sebagai kawan selepas kejadian. Dia tidak mahu memutuskan silaturahim yang terjalin sebelum ini sebagai kawan. Makan di suap di mulut masih jua tidak boleh di telan kerana, setiap kali mahu menelannya air matanya akan mengalir. Terlantar bagai orang tiada tujuan untuk hidup lagi tapi dalam masa yang sama Mrs. Mz menasihatkan dirinya agar lebih kuat, tabah dan cekal menghadapi hidup ini. Masih jauh perjalanan hidupnya dan begitu juga Mr. Mz. Semuanya hanya tinggal kenangan walaupun banyak perlu dikatakan kepada Mr. Mz tapi hanya mampu pendam sahaja perasaan itu oleh Mrs. Mz.

-TAMAT-
Photobucket

4 comments:

maldinifaridkamil said...

ada banyak jugak kesalahan tatabahasa dan ejaan. tapi tidak menjadi masalah kerana ini cuma nukilan hati anda untuk pembaca-pembaca blog anda. good job. way to go girl. adakah ini coretan pengalaman anda sendiri? moga sentiasa tabah dan kuat. :)

Liyana said...

kesalahan tu tak dinafikan.. hanya untuk membuat kisah pasangan yg sedang bercinta. ala2 novel la gitu..
ape2 pun thank you very2 much becoz sudi membaca dan komen. :)

Anonymous said...

Its ok..Mrs.Mz seorang yg tabah..InsyaAllah ad jodoh yg lebih sesuai..berserah kpd Allah ye :)

Liyana said...

InsyaAllah... :D Thank you fren.