22 August, 2011

Kisah aku dan keluarga menjelang hari raya. #1

Assalammualaikum...

Pagi yang hening dengan angin sepoi-sepoi bahasa, udara yang nyaman di halaman tenang dengan bunyi burung berkicauan, ayam berkokok tanda hari sudah siang. Itik-itik keluar mencari rezeki. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Begitulah hidup haiwan-haiwan itu dan begitu juga keluarga aku.

Aku anak sulung daripada 6 orang adik beradik. Ibu aku suri rumah. Kadang-kadang ibu buat kerja kampung. Tolong orang mengemas rumah macam orang gaji tapi balik hari. Ayah aku pula seorang nelayan. Setiap pagi ayah aku keluar untuk mencari rezeki untuk kami sekeluarga. Kalau musim tengkujuh kami sekeluarga hanya makan nasi dan telur bersama kicap. Walaupun itu saja kami makan, kami tetap bersyukur kerana masih ada lagi rezeki untuk kami. Mungkin pada orang lain makanan kami makan itu tidak berselera tapi kami redha dengan ketentuan kami. Nasi goreng pun belum tentu menjadi sajian kamis sekeluarga, apatah lagi makanan segera seperti KFC, Mcdonald, Pizza Hut dan bermacam-macam lagi.

Aku masih bersekolah lagi di tingkatan 4. Tahun depan aku SPM. Aku kena berlajar bersungguh-sungguh untuk bantu keluarga aku. Aku nak juga tengok keluarga aku senang macam keluarga Mak cik Yah yang tinggal di sebelah rumah aku. Nampak perbezaan antara kami. Rumahnya cantik, berbatu, berkilau-kilau dan besar manakala rumah aku hanya beratapkan daun nipah, berdindingkan papan dan berlantaikan buluh. Kami semua tetap bersyukur kerana masih ada tempat berteduh dari hujan panas. Waktu musim hujan ribut kami terpaksa beralih arah kerana atap rumah kami sering bocor dan dinding kami berlubang-lubang. kami hanya menutup dinding itu dengan plastik. Adik-adik selalu jatuh kebawah kerana lantai buluh kian reput dek hari yang datang memakannya.


3 comments:

Pena Derhaka said...

tapi mai.... wlaupun kamu makan nasi dgn telur, kamu tetap mampu ada blog dan internet.....

kenapa perlu tipu sy yg kamu form 4? :(

Liyana said...

Fiq! haish! kau ni potong line betul la.. org nak buat cerpen pendek sikit pun tak boleh laa.. nanti aku smbg lagi. eps 2!

anumuchan said...

erkk cerpen ke ni..huuuuu