Assalammualaikum...
Tajuknya simple. Duit ataupun wang. Semua orang mesti tau apa itu duit kecuali kanak-kanak yang masih kecil lagi ye dan berumur 2tahun ke bawah. Budak zaman sekerang dah pandai main duit ni. Kuasa duit ni tersangat-sangat lah dahsyat. Kenapa dahsyat? Sebab duit mampu membuatkan orang tersayang kita hilang dalam sekelip mata, hidup tunggang-langgang, bongkak, lupa diri, membezakan darjat dan sebagainya.
Di dunia ni hanya duit sahaja mampu menyelesaikan masalah. Betul tak? tapi tidak semua. Nak buang air kecil pun kena bayar sekarang ni. Apatah lagi nak beli barang, bayar itu, bayar ini dan yang lebih teruk lagi ialah untuk menyelamatkan diri orang sanggup rasuah dengan duit mana ada dengan rokok je. Apa barang rokok. Bakar terus habis. Sakit lagi dapat ada lah. Orang yang terlepas tu, bukan main senang hati lagi.
Disebabkan duit juga, orang sanggup mengadai anak bini untuk kepentingan diri sendiri. Kes ni sudah berleluasa di negara kita. Keliling kita penuh dengan tampalan poster atau notes kecil yang ditampal Ah Long ni bagi mendekat lagi diri dorang dengan mangsa yang cetek akal. Menyelesaikan masalah kewangan hanya berjumpa dengan Ah Long. Malang sungguh nasibnya kelak jika bayaran tidak di bayar pada masanya.
Duit mampu membuatkan orang tersenyum lebar dan juga mampu menitiskan tangisan seorang ibu. Dari kecil di bela dengan belaian kasih dan sayang dan akhirnya hentakkan padu di kepala sampai mati oleh anak kerana mahukan wang untuk membeli dadah ataupun utuk bersuka ria. Begitulah dahsyatnya duit itu di dunia ini dan membuatkan seseorang itu berubah dalam sekelip mata kepada yang baik kepada lupa daratan begitu juga sebaliknya.
Apa pendapat anda semua?
p/s: entry untuk tatapan
No comments:
Post a Comment