11 October, 2011

Datuk Ahmad Jais Meninggal Dunia - AL- FATIHAH




Assalammualaikum...

Selamat Tengahari Selasa..

Bukak je Facebook. Nampak Berita Harian Online post berita tentang kematian Datuk Ahmad Jais. Penyanyi lagu raya yang paling aku minati dari kecil hingga la sekarang ni. Terngiang-ngiang lagu raya yang dinyanyikan oleh beliau.

Beliau meninggal di Pusat Perubatan Darul Ehsan Shah Alam pada pukul 9:19 pagi tadi. Lepas ni dah tak boleh la dengar dia nyanyi lagi. Orang meninggal kita sedekahkan Al-Fatihah tapi kita dok dengar dia berdendang. Moga rohnya dicucuri rahmat, ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. AL - FATIHAH.

Kehilangan beliau dalam industri muzik tanah air amat terasa tapi jangan kesal kerana itu dah suratan takdir dan sudah tiba masanya beliau meninggalkan kita. Bagaimana pula kita? Sudahkah kita mempersiapkan berkalan untuk kita kesana? Di dunia ni pun terkontang kanting.. Subahannallah...


sumber : Berita Harian

No comments: