07 February, 2011

Antara yang ku sayangi...

Assalammualaikum...

Hmm... agak la malas nak mengupdate blog ni. Tak ada mood, tak beridea lagi.. haish..
Kadang2 ada juga terlintas di fikiran ni nak buat cite itu, nak buat cite ini. Bila jari da atas keyboard, dah tak tau nak type ape.. Jauh di permikiran, banyak nak di olahkan, di bicarakan tp tiba2 tidak ada mood pula. Tak sangka bukan mudah untuk menjadi seorang penulis. Ape tah lagi seorang penulis yg professional kan. Idea yg bertubi2 agak payah untuk dilahirkan. Kebuntuan fikiran menjadi punca utama si penulis tiada idea untuk berkarya.

Ok. Itu adalah sekadar mukadimah aku pada entry ini. Kali ni aku mahu bertanya la kepada sesetengah pembaca, mana2 blogger la kan. Kasihkah anda pada nenek anda?? Menjaga makan minumnya, kesihatannya dan sebagainya yg telah menjaga korang dari kecik sampai la korang boleh berdikari sendiri. Tidak semua orang sanggup berhadapan situasi sedemikian. Orang dulu pernah berkata "10 orang anak belum tentu boleh menjaga seorang ibu". Memang benar pepatah itu, kini kita boleh lihat dunia makin dekat dengan hari kiamat. Tunggang terbalik, perang sane sini, bunuh sane sini, paling teruk bunuh ibu bapa sendiri dan pembuangan bayi. Sungguh tragis dan memalukan. Subahannallah. Moga Allah jauhkan keburukan itu dariku. Amin.

Nenek Zainab dan Atuk Ahmad :)

Kini aku ada seorang nenek belah emak dan ayah juga tapi aku lebih rapat dengan belah mak. Biasa la tu, biasa anak akan rapat dengan nenek belah mak dangak jarang belah ayah. Hari ni aku dapat panggilan dari nenekku, dia tinggal selang sebuah umah dari rumahku. Dia telefon berkata dirinya demam dan memang dengar suara da serak2 kerana batuk2. Then, sejurus aku meletakkan ganggang telefon, aku ke rumahnya lalu aku pun memberi salam tapi tak bersahut. Dua tiga kali aku memberi salam dan pintu masih tidak terbuka jua dan aku membuat keputusan utk ke pintu hadapan. Akhirnya, terjumpa dia terdampar di atas katilnya dalam keadaan layu. 'nek nak da makan ubat tak?'tanyaku. 'belum, tak ade ubt.' jawabnya. Dalam hatiku bagaimana dia laluinya dari pagi tadi. Dia masak, bergerak kesana, kemari. Dia hulur je wang kertas RM10 dan aku berlari pantas ke rumah. Bersiap rapi, menaiki motor ayahku ke kedai dan aku pun membeli la satu papan panadol active fast. Kebetulan ada pasar malam, aku pun mbeli semangkuk bubur dan 4 keping begedil bukan bedegil. hihi.. :) Pulang je aku terus ke rumahnya, hidangkan makanan yg ku beli itu. Tenang hati ku dia makan, walaupun sedikit tapi dah membuat hati ku senang dan begedil hanya luak sekeping saje. Selebihnya aku yang bedal. =,='. Ni kes aku nak balas balik budi yg nenek aku curahkan dari kecil, mase bayi aku di jage olehnya dalam beberapa bulan kerana ibu bapaku bkerja. Nenekku memang menjaga cucunya dari maklong aku, mak uda, smpai la ke aku anak ibu bongsu. Sebelum ni aku pernah menjaga arwah atuk aku sebelum dia meninggal. Dia meninggal pun akibat koma tanpa disedari kerana dia jatuh, dan tidak sapa tahu die ada pendarahan otak. Arwah atukku pun sedikit demi sedikit kurang ingat (nyanyok) disebabkan pembedahan. Setiap senyumannya membuat aku sedih kerana senyumnya jarang aku dapat lihat.. Akhirnya, dia pergi meninggalkan aku dan famili.. AL-FATIHAH. Sekarang hanya tinggal nenek aku dan aku nak jaga dia macam dia jage aku dulu walaupun kejap je dia jage tapi itu sudah berharga.

p/s: saya sayang nenek saya. anda pula bagaimana?
Photobucket

No comments: