01 February, 2011

Kenali diri Aku!

Assalammualaikum...
Salam 1 Malaysia semua..
Cewah bukan main lagi salam aku tuh.. tak penah2 aku bagi salam cam tu. hahaha..
Oke. oke. Aku sekarang ni nak story moly sikit la pasal diri aku nih...
Ramai tak tau aku ni cam mane.. Nak2 member blogger aku semua ni. Tak semua
yang aku kenal dan yang aku kenal boleh dikire dengan jari lagi.

Firstly:

  1. Nama diberi: Marzaitul Liyana bt. Zainuddin (best tak?) hihi
  2. Asal: Melaka (lahir kat Melaka, parents pun orang Melaka, segalanya adalah Melaka dalam diri aku. Betul anak jati Melaka nih.)
  3. Nama samaran: ana, liyana, yana, mar, mai, marzaitul, mashi, nana, mon, maimon (tak boleh bla name samaran aku ni)
  4. Agama: ya Allah. Confirm la Islam.. bukan setakat Islam di I/C tapi perbuatanya juga. InsyaAllah.
  5. Anak ke: Sulung dpd 5orang (besar tanggungganku)
  6. Status: In relationship.. (moga berkekalan dan diredhai)
  7. Student Uitm Melaka. Dip.in Office Management & Technology (ada rezeki aku nak sambung)
Secondly: Fizikal

  1. Tinggi: 152cm (sensitive bab2 tinggi nih! huh!)
  2. Berat: PALING SENSITIVE (tak menentu. kdg2 ok kdg2 sakit hati :P )
  3. Face: Comel, baby face.. :P (orang kate, saya tak kate)
  4. tak cantik tapi comel ada (tag line bg identiti aku)
  5. Memiliki mata yg besar
  6. Bulu mata yang panjang (adik2 pun sama dan ramai yg geram dengan bulu mataku. Jangan jelous...)
  7. Hidung mancung (bkn macam india tu eah. tu boleh sangkut henger)
  8. Berkulit kuning langsat. (aku pun tak sure. haha)
  9. Berhijab (bertudung)
Thirdly: Dalaman

  1. Panas baran, garang (kadang2, tak cukup iman. hehe :P )
  2. Tak boleh tengok kawan susah. Mesti nak tolong walau cam mane pun keadaan. selagi mampu.
  3. Cepat simpati (orang susah, orang tua, bayi terbuang, sakit sbb luka pun boleh)
  4. Suka dengar luahan hati orang. Ape2 jelah. Kalau boleh bagi pendapat, nasihat dan bagi diorang semangat. (aku sendiri pun tak ada semangat)
  5. Suka berjalan shooping sorang2. Lebih selesa dan tak menyusahkan.
  6. Suka bersendirian (bukan tak ada kawan, tapi lebih suka bersendirian)
  7. Sikap aku ni cepat je cool kalo marah, sempoi je, senang nak kawan dgn aku ni. Tak rugi.
  8. Sometimes aku ni sombong (ni aku pasti tp tak tau la kenapa aku sombong)
  9. Sangat sensitive (baru aku tahu)
  10. Suka keadilan.. (bukan parti keadilan ye! harap maklum)
Fourth: Habit

  1. Suka jalan sorang2.. Tak perlu pening2 kalo ade orang lain. Senang layan fikiran sendiri.
  2. Lebih suka berjalan pakai selipar je yang colorful tu.. hehe..
  3. Dengar lagu kuat2, pakai headphone. Sampai tak dengar ape yg berlaku sekeliling(kecuali ada bau, orang gerakkan)
  4. suka tidur lewat malam.. tp tak la bangun tengahari. Awl la juga bangun tu
  5. Suka jalan2 naik motor sorang2 layan fikiran tengah runsing..
  6. Suka buat keje lambat2.. (assignment la ape lagi)
  7. Online yang pasti haa.. setelah dipasangkan wifi di rumah ni. makin berlambung la bil elektrik aku ni.. hahaha
  8. Download Mp3 (lagu latest2 kat flyfm, hotfm)
  9. Masak!!! haa.. aku memang suka masak. Suruh je masak apa2. aku boleh masakkan. Kalau tau resepinya la kan. :P
  10. Gosok gigi dan cuci muka 3x sehari.
  11. Belanja orang makan or benda bila hati senang or tengah berduet.. hehehe
  12. Kau buat aku, aku balas balik! haa.. meh la kenekan aku. Akan ku balas balik.
Fifth: Benci


  1. Keganasan. Cukup3 aku benci. (gaduh2, perang, penyeksaan)
  2. Rokok!!! tak boleh bau asap rokok, lori.. nanti pening kepala. Lari dari asap!
  3. Air-con boleh bagi pening kepala juga.. hahaha.. (jimat aku ni)
  4. Penipu! pendusta! Tikam dari belakang! Tak tepati janji! paling aku benci.
  5. Tak suka bersepah2, kekotoran. Berpakaian biar nampak lusuh tp kemas.
  6. Semut merah (bila kene gigit abz bulu roma naik..)
  7. Orang yang tak suka jage bau badan. Dah tau badan berbau tp tak reti nak jage. Mandi selalu, pakai perfume ke.
  8. Kesesakkan (kat pasar malam ke, lebuh raya ke, shooping complex ke)
  9. Tidak suka dipermainkan (cinta)
  10. Sentuh or amek barang tanpa pengetahuan..
  11. Orang amek hak aku. Tak kesah la ape2 pun.
  12. Mengarah! tak suka di arah senang2. Ingat aku ni ape! kuli! hamba kau! kecuali Mak yg suruh. (sy sayang mak saya :)
Photobucket

2 comments:

Anonymous said...

hehe..panjg jugak ko punya detail huhu

Liyana said...

panjang.. itu la dari A-Z tentang diri aku nih.. mane part terlalu private tu xboleh la nak bgtau.. hehe