Assalammualaikum... aiseymen aii.... lewat pulak aku nak join segmen nih! cet! takpe2 pelan2 kayuh.. =)
Pengalaman indah ketika bersama ibu.
Pengalaman bersama ibu tersangat bermakna. Beliau bernama Maria bt. Hj.Ahmad. Kini berumur 46tahun. Baru ku sedar beliau kian berumur. Setiap detik bersamanya diri terasa bahagia, aman dan senang hati. Aku sebagai anak sulung, begitu lama hidup dengannya berbanding adik-adikku. Setiap apa yg berlaku pada dirinya, aku akan sentiasa berada disampingnya sedaya mungkin. Pengalamanku bersamanya dari kecil hingga kini cukup bermakna. Pengalaman paling indah ialah ketika aku bersamanya dan adik-adik bergelak tawa, bergurau senda, masak bsama-sama, berkongsi cerita.. Tidak semua kita lalui dengan senang hati, manakala ada sesetengah orang sudah kehilangan ibu. Aku yg masih ada ibu yg sihat walafiat.. akan ku jaga dirinya sebaik mungkin. InsyaAllah dengan berkat doanya aku akan berjaya dan menghiburkan hatinya. Lagi kita mendekatinya, lagi kita sayang kepadanya.. Ya Tuhan ku, disini hambamu memohon kepadamu, supaya aku diberi kesihatan dan kejayaan demi masa depan ku dan Ibuku yg Tercinta..
Antara ibu dan ayah , Siapakah anda lebihkan?
Sebagai anak, tiada mana berat sebelah... begitu juga peranan mereka supaya tidak berat sebelah kepada anak-anak mereka. Aku berkelakuan sebegitu juga. Aku sayang mereka sama rata. InsyaAllah ke akhir hayat...
Apakah anda sanggup tinggalkan ibu atau ayah anda di rumah orang tua?
Selisih Malaikat! Tidak sanggup hati ini melihat begitu. Apetah lagi kalau aku berkelakuan sebegitu. Sungguh tak perikemanusiaan, tak mengenang budi aku jika berkelakuan sebegitu. Subbahannallah.. Mintak dijauhkan perasaan sebegitu. Rela hidup susah, jika kaya lupa ibu bapa. Pengalaman pergi rumah orang tua-tua, sudah menyedarkan aku erti kesedihan dan keseksaan seorang ibu dan bapa ditinggalkan anak sebegitu bertahun-tahun hingga ke nafas yg terakhir.. Ibu boleh menjaga anak 10 orang, tak kan anak 10 orang tak boleh jage ibu seorang tu..
Pendapat anda mengenai anak anak yang sanggup bercakaran merebut harta pusaka orang tua mereka...
Kelakuan yang kurang ajar! Orang yang tamak! Sebuk berebut harta pusaka demi kesenangan hidup sendiri. Pentingkan diri sendiri. Ada yang sanggup bunuh orang tuanya sendiri. Ada yg masih merah lagi tanah kubur orang tuanya, dah bercakaran merebut harta. Ada yang orang tuanya tengah nazak, nafas terakhir pun berkelakuan sedemikian..Pengalaman aku, ada lagi teruk yg aku dengar.. Anak guna cara ilmu halus menyiksa ayahnya sendiri sampai masuk wad ICU untuk mendapatkan harta pusaka. Sungguh durjana. Subahannallah...
p/s: entry yg membuat aku cukup sedyh.. bila mengenangkan semuanya... T__T
No comments:
Post a Comment