25 April, 2011

Pupur buah- buahan baik untuk Wajah!

Assalammualaikum,

Hai gengs~ Dah lama tak bukak sesewang blog ni. Haish.... Sudah seminggu tidak ada mood untuk berblogging, makan tak lalu, hati berkecamuk.. Hanya Tuhan saja yg tahu. Hanya Tuhan saja yg boleh mengubatinya. hmm... tidak mengapa lah. Usah risau hati yg terluka. Itu kita tolak ketepi sebentar. Hari ini aku ada tips untuk menyerikan Wajah!

Kulit wajah adalah sensitif tapi mudah dirangsang. Kenapa? Pakar Kosmetik berpendapat, ia perlu dirangsang selalu bagi melicinkan perjalanan darah selain bermanfaat sebagai amalan awet muda pada kulit wajah. Rangsangan pada kulit muka boleh dilakukan dengan beberapa cara termasuklah menggunakan pupur yg disapukan lembut pada wajah. Penggunaan pupur atau topeng amat diperlukan bagi melambatkan proses penuaan, menyegar, menghalus dan melembutkan kulit.


Dari buah Timun:
  • kisar dua biji timun sehingga halus.
  • gaul dengan minyak zaitun dan susu segar sehingga sebati
  • sapukan pada wajah dan biarkan selama 15 minit.
  • bilas dengan air suam
Dari buah Tembikai:
  • jemur kulit tembikai sehingga cukup kering
  • giling kulit tembikai kering itu.
  • campurkan lendir lidah buaya dan sebiji timun bersaiz sederhana
  • masukkan kulit tembikai tadi ke dalam campuran tadi, gaul hingga sebati.
  • sapukan ramuan itu ke wajah selama 15 minit.
Dari buah Pisang:
  • hancurkan pisang embun yg sudah dimasak
  • tambahkan minyak zaitun dan tambah sedikit madu.
  • sapukan pada wajah dan biarkan 10 minit.
Dari buah Betik:
  • kisarkan setengah biji betik.
  • sapukan secara merata pada wajah dan biarkan selama 15 minit
  • bilas dengan air suam
Dari buah Epal:
  • parut dua biji epal
  • campurkan dengan sedikit madu
  • sapukan pada wajah selama 10 minit
  • bilas wajah hingga bersih dengan air sejuk!

Haaa.... mudah sajekan! dari buah-buahan sahaja. Kadang-kadang beli buah kat rumah tu tak terhabis. Ape kata kita buat pupur. Tak la membazir.. Nak pegi salun kecantikkan tak mampu. So, buat la cara begini pun da membantu. Tak ade chemical. Betul tak!??

Selamat Mencuba!

Photobucket

No comments: