25 April, 2011

Untukmu Kali Terakhir

Assalammualaikum,

Hai awak, awak sehat, dah makan, good luck for your final exam. Hope awak sehat sentiasa bukan untuk siapa-siapa tapi untuk diri awak juga. Hmmm.. kenapa lah saya rindu sangat kat awak ni. T__T. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa peritnya, pedihnya hati ini setelah mendengarkan perkataan yang saya tak suke itu, malah lagi benci dan mintak-mintak dijauhkan tapi awak masih menyebutkannya. Kenapa kita harus berpisah?? kenapa awak? Ini bukan kerana orang ketigakan?

Walaupun awak telah menyatakan bukan disebabkan orang ketiga tapi semata-mata awak busy! Ya Allah. Terkedu saya mendengarnya awak. Tak terkeluar segala perkataan dalam benak dan fikiran saya ni. Hanya awak sahaja berkata-kata dan masing-masing hanya mampu mengalirkan titisan air mata. Subahannallah... kenapalah terjadi sebegini. Kenapa tiba-tiba awak boleh buat keputusan sebegitu? Kenapa awak tak berbincang elok-elok dengan saya dahulu sebelum membuat keputusan itu.

Awak sebersalah kerana kita jarang dapat berjumpa? Kadang-kadang awak rasa kalau ada masa free pun awak macam tak nak contact saya? Adakah salah satu sebabnya awak sudah bosan dengan saya? Awak kata awak semua kesalahan dan kekurangan pada awak menyebabkan awak nak putuskan hubungan kita? Ya Allah. Tak ada manusia kat dunia ni sempurna awak. Saya faham situasai awak, awak busy jadi saya tak mahu ganggu awak. Saya baru berniat nak jumpa awak tapi awak da buat keputusan begini. Saya tak mampu nak buat apa-apa. Awak yang mencari saya dan berikan kasih sayang awak dan awak juga lah yang membuang dan mengambil kembali kasih sayang yang awak berikan tu.

Namun, apakan daya dengan hati yang berat terpaksa menerima keputusan awak tu. Bagaimanakah hidup awak sekarang? Adakah serupa dengan saya? Tidur dalam tangisan, makan tidak lalu, lagi di telan, lagi menitis air mata. Jauh di sudut hati ini sanggup sahaja menerima awak sebagai kawan baik. Mulanya kita sebagai kawan, seharusnya di akhiri sebagai kawan. Usah rasa sebersalah lagi. Ingat Ajal, Maut, Jodoh ditangan Tuhan. Kita hanya mampu merancang dan hanya Tuhan yang menentukannya.

Saya harap awak jaga lah diri awak baik-baik. Carilah pasangan yang lebih baik dari saya dan yang boleh membahagiakan awak setiap detik waktu. InsyaAllah. Hanya satu sahaja soalan saya, boleh tak kita jadi sebagai kawan? Sekurang-kurangnya kita tidak memutuskan silaturahim yang telah tercipta. Harap awak membaca entry ini buat kali terakhir. Sekian.
Photobucket

No comments: