02 May, 2011

Hujung Minggu yg Meriah.

Assalammualaikum pepps... hehe. Macam biasa entry di type pada waktu-waktu begini.. Bukan kerna apa, cuma mood and idea datang time cenggini.. So, kita enjoy~~ yeay. ^____^

Hari ni aku nak cite apa yg aku buat seharian pada ujung minggu ni. Disebabkan kelewatan masuk beradu, so bangun pun agak la lambat juga.. Uish.. tak senonoh betul punya anak dara. Memalukan! chooiii...! Haha.. Mak ayah pun da balik dari pasar beli barang. Bangun-bangun je aku pun kene bersiap-siap nak pegi amek barang kat kolej (hostel) aku yg lama tersadai.

Sebelum pegi ke kolej, kene singgah dulu kenduri kawen ayah aku ni dekat Tanjung Keling, Melaka. Haishh...tak penah di buat oleh aku! Pegi kenduri kawen pakai kasual. Cam uish.. agak memalukan..tapi pikir-pikir balik, tutup aurat kott...sopan je. Haa.. so, its oke!

Settle je angkut semua barang, aku pegi beli kain untuk buat baju raya. Yeay ! Kene beli sekarang.. Kalau tak, tak raya weii...sebab makcik tukang buat baju aku tu tak mau ambil tempahan lagi. Dekat dia jelah murah. Sepasang RM25 je. Korang ada dapat harga mcm aku tu? Haa... dah tak dapat kan.. hahaha.. untung tinggal kampung mcm aku ni. Raya tetap hot~ jugak. cewah, cewah.. haha.

Dah menyimpang sekejap, huhu..aku pegi kat nagoya je. Malas lah nak pegi tempat lain. Walaupun banyak lagi tempat, memandangkan jalan agak sibuk..banyak kenderaan sempena cuti panjang ni kan. Orang pun berpusu-pusu nak keluar membeli-belah untuk persiapan raya juga seperti kami ni. Uish.. rambang mata weiii.. naik bulaw mata aku ni dgn mak aku. Ayah dgn
adik-adik aku dah lari pegi tempat lain. Aish..baru nak minta pendapat, dah lari dulu. Diarang dah tau kiteorang ni pilih baju memang lama.. hehe.. Yelah, nak cari yg berkenan susah!

So, akhirnya dapat la seorang 2pasang.. mak aku je terlebih satu. kononnya buat tambahan nak pegi keje. Yelah2.. Memandangkan rezeki kami pada bulan ni terlebih, tu yg memborong habis-habisan tu tapi still berpada-pada. Ingat, suruhanNya kene buat dan tinggalkan laranganNya. Barulah Tuhan tu mudah nak bagi rezeki dan makbulkan doa hambaNya.. bukan? Kami pun pulang area pukul 9p.m tadi, keluar dari pukul 1 petang. Sakan oiii....

p/s: walau susah senang mcm mana pun. Ingat Tuhan itu ada. Dia boleh buat apa saja. Hanya Dia yg berkuasa di Muka Bumi ini. Hanya padaNya kita meminta.
Photobucket

No comments: