21 May, 2011

Resipi : Lempeng Bawang

Assalammualaikum...
Wee huuu.... Tadi aku ada mengatakan menu breakfast aku nak buat hari ni iaitu lempeng? Tau tidak lempeng tu apa? Tak semua orang tahu lempeng tu. Apa kejadahnya makanan tu?
Heh! Ini makanan orang kampung. Orang bandar jarang makan makanan cenggini. Best apa? Cicah dengan sambal, gula pasir pun boleh. Rugi tak cuba. So, aku bagi jela resepi nak buatnya dulu. oke!

Bahan-bahan : 4 atau 5 orang

Tepung Gandum
Bawang Besar
Garam
Air
Minyak Masak

Cara-cara :

Mula-mula masukkan semua tepung gandum itu ke dalam bekas yang besar senang nak gaul. Larutkan garam dengan air. Masukkan air yang telah dicampurkan dengan garam tadi ke dalam bekas berisi tepung. Gaul hingga sebati tak terlalu cair dan tak terlalu pekat. Sesudah itu masukkan pula bawang besar yang telah di hiris halus. Gaul hingga sebati dan bolehlah goreng di atas kuali leper bagi senang masak. Masak macam masak roti canai. Selesai, senang bukan?

Selamat Mencuba... ^____^

Photobucket

No comments: