27 May, 2011

Tersirat Antara Guru dan Muridnya...

Assalammualaikum...

Malam ni aku nak bicara tentang anak murid dengan guru di sekolah. Guru adalah pendidik bangsa di sekolah. Malah menjadi model kepada pelajarnya. Apa yang baik guru itu buat, baik jugalah anak murid itu. Jika buruk perbuatan guru itu, memberi kesan kepada murid-muridnya.

Kadang-kadang kita tidak berapa pasti adakah betul guru itu mendidik anak-anak anda di sekolah? Jika salah, perlu ke anak itu diherdek? Wajarkah guru berpelakuan sebegitu? Mari kita bincangkan berdasarkan pengalaman dan bertanya beberapa orang.

Betul atau tidak itu mestilah betul guru itu mendidik anak anda dengan baiknya, kasih sayangnya, ilmu yang tak kesudahnya. Aku mahu berbanyak terima kasih kepada guru-guru aku yang tak kesudahnya mencurahkan ilmunya sehingga aku berjaya. Terima kasih guru.

Tersiratnya yang kurang baik aku nak ceritakan di sini adalah berdasarkan apa yang aku selidik dengan bertanya beberapa orang. Kadang-kadang murid dekat sekolah tu terlalu nakal sehingga tak dapat di bendung lagi dan kadang- kadang itu juga guru tak dapat menahan tahap kemarahannya sehingga sanggup mengherdek anak muridnya itu dengan berkata "dahlah kau ni bodoh, bebal, anak orang susah menyusahkan". Adakalanya sesetengah guru itu sanggup bertindak menghukum pelajarnya dengan menjunjung kerusi roda besar itu dan ada juga guru menjadikan pelajarnya sebagai pelepas geramnya. Sanggup seorang guru itu mendebik atau memukul pelajar hanya kesalahan sedikit dan menghukum mengikut perasaan.

Pengalaman aku ketika di sekolah. Guru disiplin aku sentiasa membawa rotannya kemana sahaja dia pergi. Jadi, apabila nampak pelajar membuat kesalahan, terus di merotan anak muridnya itu bagaikan binatang. Walaupun pelajar itu, pelajar paling nakal di sekolah tapi guru itu kene ingat siapa yang dia pukul tu. Anak orang, bukan binatang, jika berlaku yang tak dijangka siapa susah? Mestilah kerjaya seorang guru itu. Tidak semudah guru itu untuk bertindak mengikut emosi.

Sesetengah pelajar lebih suka di tegur secara baik barulah dia boleh berubah bukan cara memaki hamun, di herdek dengan kata-kata kesat dan ini juga boleh membuatkan pemikiran pelajar itu terganggu dan semangatnya makin merundum. Selain itu juga, pelajar mungkin akan bertindak agresif dengan membalas dendam kepada guru yang membuatnya seperti memancitkan tayar gurunya, membaling cat, memecahkan cermin kereta, mengugut guru dan paling teruk yang penah aku dengar ialah pelajar bertindak memukul guru sampai mati.

Seperti sedia maklum, baru-baru ini keluar di surat khabar juga television tentang seorang guru mendera anak muridnya sehingga mati. Sungguh kejam guru zaman kini sehingga sanggup bertindak sedemikian dan ini memberi kesan kepada kerjaya guru itu dan juga pelajar kerana mereka takut/fobia untuk pergi ke sekolah.

Aku mencadangkan pihak maktab membuat satu kelas khas untuk mengajar bakal guru cara mengatasi emosi mereka ketika sedang marah. Apakah tindakkan yang perlu di buat ketika marah? Jika mereka masih tak boleh juga mengatasinya, seelok-eloknya bakal guru itu di berikan lagi masa untuk mengatasinya sebaik mungkin.


p/s: buang yang keruh, ambillah yang jernih. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan.

yang ikhlas,
Photobucket

No comments: