24 May, 2011

Tip Memandu Ketika Gelap dan Sunyi.

Assalammualaikum...

Hai incik-incik sekalian. Ada sedikit tips untuk para pemandu yang rajin memandu. Ini berdasarkan pengalaman, walaupun tidak mempunyai lesen lagi tapi akan menjadi ikhtibar kepada aku.

Tujuan
Mesti kena tahu hala tuju yang kita mahu pergi, supaya tidak sesat.

Kenderaan
Kenderaan mestilah dalam keadaan yang selamat. Seminggu sebelum memulakan perjalanan, seelok-eloknya buat pemeriksaan kereta dahulu demi keselamatan anda dan penumpang. Periksa yang mana patut untuk di periksa seperti enjin, minyak, lampu, tayar dan sebagainya.

Sebelum Memandu
Pastikan semua pintu di kunci, dalam keadaan yang bersih dan yang pastikan menggunakan tali pinggang keledar dengan betul. Periksa buat kali terakhir sebelum memulakan pemanduan.

Semasa Memandu
Jika di kawasan yang gelap atau kawasan dikelilingi hutan, pastikan menggunakan lampu tinggi jika tiada kenderaan lain. Pastikan juga jarak kenderaan dari bahu jalan, jangan terlalu dekat dan terlalu ke tengah jalan. Berhati-hati di sesetengah jalan dikawasan gelap struktur jalannya kurang baik. Contohnya jalan tar dibahu jalan biasanya dikawasan hutan akan lebih bahaya kerana tanahnya lebih terhakis dan jika terkena tayar boleh menyebabkan tayar kereta rosak atau terkoyak. Jika waktu hujan, bawa dalam had kelajuan yang selamat, turn on lampu kecemasan, guna lampu tinggi.

Kesihatan
Kesihatan adalah salah satu faktor penting yang patut diambil kira dalam pemanduan jarak jauh mahu pun dekat. Bukan sahaja kenderaan perlu dalam keadaan baik, kesihatan juga amat penting. Jika kesihatan yang kurang baik, seelok-eloknya berjumpalah dengan doktor dahulu buat pemeriksaan.

Alat Pentunjuk Arah (GPS)
Seperti sedia maklum, kini pelbagai jenis saiz dan jenama berada di pasaran. Ada yang murah dan ada juga yang mahal mengikut kelebihan sesuatu GPS itu. Sekarang hampir separuh pemandu didunia ni menggunakan khidmat GPS ni untuk penggunaan harian ataupun ketika dalam kesesatan jalan raya. GPS banyak membantu pemandu ketika perjalanan jarak jauh daripada peta.

Biar Lambat Asalkan Selamat
Berhati-hati di Jalan Raya

Photobucket

No comments: