07 June, 2011

Buat jangan Tak buat...!



Assalammualaikum... bib...bib...bib.. bib..^____^. Satu dua tiga kucing berlari, mana nak sama si itik yang terkedek-kedek. Mana la kawan aku nak cari, nak ajak makan ubi keledek.. hehe.. Ewah, ewah. Bukan main lagi berpantun tengahari-tengahari ni.. Eah, eah.. tak lunch ke? Malaslah nak keluar.. Duduk jelah dalam office ni makan kuih tadi. Tak habis lagi makan. Just keluar pegi solat jela nanti.


Memandangkan boss dah keluar ada urusan luar, so aku duduk jelah dalam office ni buat macam office aku sendiri.. Hehe.. Bukan tidur ye.. cuma kita banyak-banyakkan berblogging.. Kita buat entry banyak-banyak. oke! Bereh~


Sambil-sambil update entry kita buat la kerja. Bila da boring blogging, kita buat kerja. Bila dah boring buat kerja, kita update entry. Sampailah kesudah.. He He.. Bila la nak pukul 5 ni.. Huuu... lambat lagi lah.. Kalau merayau nanti, office tak ada orang. Tak pasal-pasal kena complaine. =.='. So, duduk jelah diam-diam dalam office dengar aku keyboard yang aku taip, bunyi air-cond dengan bunyi mesin fotostat. Tu jelah kalau orang kerja di office. Kan?


Hiisshhh.. benganglah! Tension pulak tak boleh upload gambar kat sini taw! Tak ada bluetooth pulak. Kalau ada, pergghh!!! Dah macam-macam gambar aku upload kat office ni. Boring punye pasal katakan.. Time cenggini boleh lah. Tengok la esok, lusa nanti.. bertimbun-timbunlah kerja aku.. Cari kat Incik google jelah mana patut.





Dah colek dah pic ni dekat google. Lebih kuranglah tempat aku kerja sekarang ni tapi tak seramai kat dalam gambar tu. Kat bahagian aku ni ada 4 orang je.. He he.. >,<



Canggih tak kalau office aku cenggini. Perghh!!! Jadi worker horlick aku taw! Ishh.. Memang dah tak tau nak cakap ape lagi lah kalau dapat 3 in 1 cenggini. Boleh buat kerja, tidur, tengok movie mesti best kan.. Ha Ha Ha.. tak jadi keje aku di buatnya nanti. Ni tempat orang kurus je boleh eah. Kalau yang badan agak besar macam aku, tok sah berangan eah nak dapat 3 in 1 cenggini. Bertambah la berat badan korang tu. Nak-nak office zaman sekarang semua dah guna air-cond. Perghh!! sedap je tidur kan.. tu la. Tidur je keje.. Ha ha ha...



Photobucket

2 comments:

diana said...

tempat kerja macam gambar bawah sekali tak boleh la nak simpan gula2 ke..kopok lekor ke..
hhehe

Liyana said...

hahaha.. aah kan. tak boleh sgkut air kalau bulan puasa.. tett~ kantoi.. hehe