16 June, 2011

Kerana mereka adalah penting untuk kehidupan kita...

Assalammualaikum...

Vrooommm.... nyiiiiiiiiiitttttt.... (drift) <---- bajet la tu. Yela... baru lepas dapat lesen kereta hari ni.. Huish... Tersangat-sangat bersyukur Alhamdulillah.. Bukit, parking dengan jalan raya.. Haish.. Sangat-sangat menyeramkan ok! 24/7 hati dan mulut berkumat kamit berzikir dan beristifar banyak. Time tu aku pikir Tuhan je. Hanya Tuhan je dapat membantu aku atas usaha aku selama ni.

Selain tu juga, aku minta jangan lupa restu ibu bapa taw... Haaa... Boleh jadi tak lulus tiba-tiba tanpa restu daripada dorang. Itu mungkin pendapat aku, mungkin tak bagi korang kan? Sebab ia pernah berlaku dekat aku juga. Aku terlupa nak bagi mak aku yang aku ada test. Aleh-aleh aku gagal.. Haa... Tersangat-sangat sedih time tu tapi tak bermakna aku akan gagal selama-lamanya sebab itu lagi membakar semangat aku untuk buat yang lebih dari itu. InsyaAllah.

Apa yang aku nak sentuh dalam entry ni telah pun aku sentuh di atas iaitu Restu Ibu Bapa adalah penting. Kenapa? sebab merekalah lahirnya kita di bumi indah ni. Merekalah yang membesarkan kita dari kita di lahirkan hingga kini. Tuhan pun kata, syurga di telapak kaki ibu. So, kemana-mana atau buat apa sahaja korang buat, bagilah tahu mereka. Sekurang-kurangnya ibu bapa kita tu boleh mendoakan kita dalam keadaan yang selamat dan berjaya apa yang kita buat tu. Betul tak?

p/s: bagi siapa-siapa yang tak mempunyai ibu bapa atau salah sorang daripadanya, tidak semestinya tak boleh mintak restu daripadanya tapi kita meminta secara berdoa. Moga ibu bapa korang yang berada di langit mendengar doa korang. InsyaAllah..
Photobucket

No comments: