07 August, 2011

Coretan Ramadhan Al- Mubarak - 7 (Peringatan)

Assalammualaikum...

Alhamdulillah.. dah masuk yang ke berapa ye kawan-kawan?
Mesti la yang ke-7 sudah kita menjalani ibadah puasa.
Macam-macam berlaku di bulan puasa ni bukan?

Semalam aku tak sempat hupdate entry aku ni. Busy sikit.. hihi
Ok. Aku nak bagi tahu dan beri peringatan dekat korang ye.
Semalam aku pegi solat Terawih. Before memulakan solat
Terawih tu, Imam di masjid aku mendapat pesanan daripada
pihak polis supaya, umat Islam yang pegi ke masjid ataupun surau
ketika menunaikan solat Terawih berhati-hati.

Maksud aku berhati-hati itu adalah. Kenderaan korang semua.
Mestilah di parking di tempat yang selamat. Dikunci dengan selamat
dan yang paling penting pastikan tiada barang berharga
di dalam kenderaan korang yang boleh menarik perhatian
pencuri tersebut.

Sekarang ni dah banyak kes di laporkan mengenai
pencurian tersebut. So, kalau boleh bawa motor sahaja dan
kalau yang dekat tu, apa salahnya kita berjalan kaki.
Lebih banyak pahala kita dapat bukan?

p/s: sentiasa berjaga-jaga. penjahat ada dimana- mana.

No comments: