Selamat Pagi people... hmm.. hari ni aku memang dah menjangkakan aku bernasib malang. Korang nak tau macam mana aku boleh tahu aku bernasib malang hari ni? First adalah.. aku pegi keje lambat. Ok lagi. Sebab boleh pecut. Tengok-tengok miter minyak! perghh!! Kena cepat sikit ni pegi isi minyak dekat Petronas. Walaupun ada pam minyak yang dekat tapi Petronas lagi jimat.
Tambahan lagi, aku pecut punya pecut.. adoi! lampu merah pulak. Kalau ye pun tunggu la aku jalan dulu hishh. grrhh~~! Dah la aku kejar masa. Selit sikit pecut langgar lampu merah dengan senang hatinya.. selok sana, selok sini.. naik flyover.. Tiba-tiba kena bawa slow. Nak tau kenapa? Sebab aku nampak polis trafik belakang aku. Ceh, ceh slow la tu. Bajet penunggang motor berhemah la kan. Atas flyover tu polis trafik tu sebelah aku. Aku toleh, dia kata 'awak jalan lampu merah ke lampu hijau tadi?' Aku buat-buat tak dengar konon atas motorkan. Dia tanya 3x kali baru aku jawab. ngee :D Lampu merah. Saya nak cepat. Memang betul la reason aku tu.
*gambar hiasan
Turun je flyover tu, dia suruh aku ketepi. Perghh!!! malang betul la harini. Dah la nak cepat. Kalau la dia saman aku ni. Habis la lesen aku. Dah la baru dapat P. Tak pasal-pasal kena buat lesen balik. (bercakap dalam hati sebelum berhenti ke bibir jalan). Polis trafik tu apa lagi, dia toce, toce.. aku pun bagi la reason yang muna pegi sabah (munasabah). Sambil perhatikan Polis tu, dia nak keluarkan saman ke tidak. Tu je yang aku takut masa tu. Last warning aku dapat adalah. "Jangan selalu buat macam ni!" maknanya boleh buat lagi la. Lupa nak tanya dia macam tu. Yela nak cepat tadi.
Bawa la slow, slow belakang Polis tu. Depan ada lampu merah lagi tapi boleh shortcut ikut kiri than kita buat U turn. Memandangkan baru kena toce. Tunggu la macam tunggul kejap walaupun kejar masa. Lampu hijau je.. kita mulakan pecutan. Jumpa Petronas isi minyak RM6. Dah settle semua masalah dan hanya menumpukan kelajuan. Tak pasal-pasal aku lewat 15minit pegi keje. Sebelum nak sampai, ternampak pulak kereta eksiden. Kereta kancil terbalik. Bumbung ke atas, roda empat-empat kat atas. Nampak Polis lagi. Sebelum Nak masuk gate, jumpa Polis lagi. Perghh!!! memang jumpa pakcik Polis je la aku pagi nih...
*gambar hiasan tadi kereta kancil.
p/s: Nasib malang atas perbuatan sendiri yang tak reti nak berdisiplin. So, sila disiplinkan diri anda! T____T
No comments:
Post a Comment