Assalammualaikum.. Selamat Tengah malam semua. ^___^ baikkah semuanye? Alhamdulillah.. bagus la kalau begitu. ok! Malam ni nak bertazkirah sedikit. BERSEDEKAH. Kenapa aku highlight kan? Sebab tajuk pasal itu la aku nak bincangkan malam ni. Adakah anda tau apa itu bersedekah? Wajib ke sunat? Bagaimana?
Mari kita teruskan. Bersedekah maksudnya kita seiklas hati menolong orang dalam kesusahan tidak kira la siapa orang tu. Bangsa melayukah, cina kah, india kah atau Islam, Hindu, Buddha, kristian.
Bersedekah ni ada pelbagai cara. Contohnya, dari segi keewangan, senyuman pun salah satu sedekah. Ape salahnya senyum, bukannya lepas senyum tu kita jadi cacat, tak rugi pun. Dapat pahala lagi. Bukan senang nak dapat pahala. So, dengan cara amalan kita bersedekah itu pun da dapat pahala dengan mudah. Sedekah juga akan dapat pembalasan dariNya. InsyaAllah.
Dalam Islam ada sedekah yg wajib contohnya zakat. Setiap umat Islam yg cukup segalanya diwajibkan membayar zakat bagi menolong orang yg dalam kesusahan. Manakala sunat pula, seperti bersedekah wang ringgit kepada orang yg memerlukan. Pakaian, makanan, dan sebagainya. Firman-Nya dalam surah Saba’, ayat 39 yang bermaksud: “Dan apa saja yang kamu nafkahkan di jalan Allah, maka Dia pasti menggantikannya. Dan Dialah sebaik-baik Pemberi Rezeki.”
Namun amalan ini mestilah dihindarkan daripada perasaan menunjuk-nunjuk (riak), rasa bangga diri sendiri (ujub), berbangga-bangga (takabur) dan mengungkit-ngungkit kerana ini semua akan menghapuskan pahala yang diperoleh ibarat mencurah air ke daun keladi.
p/s: harta dunia tak bawa ke mati. bersedekahlah kamu kepada golongan yg memerlukan.
4 comments:
banyak kelebihan bersedekah ni..
so rajin-rajinlah bersedekah
senyum pun sedekah jugak
salam terjah
hai azwan. hmm.. betul tu. senyum pun da memadai. so, senyum la selalu.. :)
hai fienaz.. selamat datang.. datang ari2 pun tak ape :)
Post a Comment