06 May, 2011

Kasih Seorang Ibu

Assalammualaikum... Wahai anak yang soleh dan solehah sekalian.. Hari ini aku mahu bercerita sedikit tentang "KASIH SEORANG IBU". Harap korang sudi membacanya. Sempena Hari Ibu ini.

sumber: google

Ibu? Siapa ibu itu? Jiran, cikgu yang mengajar kita di sekolah? Adakah mereka itu sama seperti Ibu kita? Ibu yang telah mengandungkan kita dari benih itu bercamtum hinggalah 9bulan dia menanggungnya, menjaga kandungan itu sepenuh jiwanya. Perasaan gembira tidak terhingga menanti cahaya matanya. Subbahannallah.. Sungguh aku terharu.

Seorang Ibu yang mempunyai sifat yang cukup-cukup lembut, pengasih, mengambil berat dan segalanya yang hanya di miliki oleh ibu. Itu lah keistemewaan seorang Ibu yang Tuhan beri kepada seorang Ibu itu. Sungguh Tuhan itu Maha Pengasih dan Mengetahui. Dia telah memberikan kita seorang ibu yang sebegitu baiknya. Bersyukur kepada Ilahi kerana memiliki Ibu sepertinya.. Alhamdulillah..

Setelah anak itu lahir di bumi ini. Betapa sungguh terharu seorang Ibu mendapat cahaya mata dan memberi satu kucupan kasih sayang kepada kita. Kasih Ibu tidak boleh di bandingi oleh siapa-siapa pun di dunia ini. Setiap hari Ibu menjaga kita 'bagai menatang minyak yang penuh'. Tiada sikit cela pun dia menjaga kita. Tangannya yang hangat memandikan kita dengan tangan sentuhan seorang Ibu yang lembut lagi halus. Setiap sentuhannya di penuhi kasih sayang.

Tangan Ibu yang telah mendidik kita menjadi seorang yang berguna dan berjasa kepadanya ketika dewasa. Pukulannya demi membentuk anaknya menjadi manusia yang berguna. Ketika kita sakit, siapa yang menjaga kita di tengah malam? siapa? Ibu wahai sekalian. Demi menjaga kita sanggup korbankan tidur lenanya demi kita. Dikala orang lain tidur diulit mimpi tapi Ibu tetap berada disisi kita, menjaga dan membelai kita. Anaknya didalam kesakitan, berlarian dia membawa kita pergi klinik.

Setiap masa dia akan sentiasa berada disisi kita supaya kita dalam keadaan selamat. Masakkan Ibu yang paling sedap sekali di dunia ini, walaupun hanya masakkan biasa sahaja tapi sudah memadai dari restaurant. Sentuhan air tangan Ibu sungguh tiada tolak bandingnya. Ketika kita dalam kesusahan, siapa yang kita cari dahulu? Ayah, kakak atau kawan? Ibu wahai sekalian kerana Ibulah penasihat yang terbaik yang Tuhan kurniakan untuk kita. Hanya Ibu sahaja yang memahami bagaimana kita ini. Dari kecil dia menjaga kita hingga kini.

Ibulah yang banyak berkorban kepada anak-anaknya. Sedar tidak sedar saja seorang anak itu dengan pengorbanan seorang Ibu. Di kala anaknya mahukan sesuatu, didalam masa yang sama ibu mengalami kegawatan kewangan tapi demi anaknya. Dia sanggup mengikat perut demi memenuhi permintaan anaknya. Melihat muka anaknya yang sungguh kesian, dia sanggup berkorban kerana kasih seorang Ibu kepada anaknya sungguh tinggi.

Bangga tidak anda sekarang? Menjadi orang yang berguna, terpelajar, berjasa kepada orang tua dan negara. Walau jahat mana sekali pun Ibu itu, dia tetap Ibu kita wahai sekali. Kita semua sudah dimaklumkan, syurga kita dibawah telapak kaki Ibu. Di bumi ini tiada siapa lari dari melakukan kesilapan. Kita hanya manusia biasa dan begitu juga Ibu, cuma Ibu adalah kurniaan Tuhan bagi menjaga, membesar dan mendidik kita. Begitu besar tanggungjawab dia miliki dari Tuhan yang perlu dilaksanakan.

Wahai sekalian, tidakkah anda kasih kepada Ibu kalian? Kini apabila melihat mukanya tidak seperti dahulu, yang berseri. Membelai tangannya yang kini sudah makin kasar dan rasa kedutan ditangannya. Dulu rambutnya hitam menutup segala dasar kulit kepalanya. Kini kita lihat, rambutnya kian bertukar warna kepada putih. Dulu kita lihat Ibu berjalan seperti biasa dan laju. Kini kita lihat, setapak demi setapak dia melangkah. Kadang-kadang dia mengadu kesakitan. Sakit disitu, sakit disini tapi apa kita buat?? Hanya melihat sahaja...tak mampu buat apa-apa.

Ibu mengalami penyakit teruk dan memerlukan jagaan sepenuhnya. Dimanakah kita ketika dia menanggung kesakitan itu? Dimana? Di tempat belajar ,ambil bersuka ria, bergelak tawa. Bekerja pagi ke malam, sampai tiada masa untuk menjenguk Ibu, apatah lagi untuk menjaga Ibu. Dimana kasih kita itu terhadap Ibu. 10 orang anak tidak semestinya sanggup menjaga seorang Ibu dan bagaimana pula seorang Ibu boleh menjaga dan mendidiknya yang 10orang itu.
Sungguh tabah seorang Ibu itu demi tanggungjawab yang Tuhan berikan itu.

p/s: Sayangilah Ibu anda sebelum Tuhan mengambilnya dari kita. Berkorbanlah demi Ibu kerana syurga dibawah telapak kaki Ibu. Selalulah menziarah Ibu dan bahagiakan Ibu ketika dia masih ada. Jangan menderhaka kepada Ibu kerana anak derhaka nerakalah tempatnya. I love you so much Ibu...

SELAMAT HARI IBU.

Photobucket

2 comments:

wanie m'nJ said...

touching...sobs

Liyana said...

kisah tentang ibu sentiasa menitiskan air mata..