05 June, 2011

Malang tak berbau.. Siapa tahu?

Assalammualaikum...
Hello, hello... Hmm.. Hari ni baru sempat nak hupdate blog ni. Sebab semalam, seawal pagi dah keluar rumah, gerak pegi Johor ziarah cousin aku eksiden.. Pergghh!!! Eksiden memang orang target tak bernyawa lagi lah! dah tahap orang patah riuk tulang temulangnya, otak berkecai tapi hanya dagu je patah, rahang dia tergerak jadi senget dan muka bercalar-calar selepas kereta yang dia pandu tu kereta Hilux terguling-guling 7-8 kali..

Cube korang imagine kalau kereta eksident guling-guling cenggitu sekali.. mau tak maut kan..
Time dia eksiden, tengahari. Pandu perlahan sebab dah masuk taman rumah dia. Bukak bacaan al-Quran dalam kereta tu. Pandu seorang. Kejadian berlaku tak disangka-sangka.
Masa nak sampai taman rumah dia tu, tibe-tibe streng kereta dia tu macam ada benda paut/pusingkan. Lepas tu dia try paut balik streng tu.. Tiba2 cermin kereta dia gelap.. Tau-tau je dia dah terbaling.. Keempat-empat roda dah ke atas..

Saksi kejadian adalah security taman tu sendiri. Dia melihat kejadian tu, dia nampak kereta tu bergerak perlahan. Tiba-tiba dia tengok kereta tu dah berguling-guling. Dia hanya mampun menjerit 'habis kereta aku, habis kereta aku' sebab kereta dia ada parking tepi jalan tu.. Tempat kejadian tu memang tak ada orang lalu lalang sangat dan lagi satu bak orang kata tempat
'benda' tu semua lalu lalang. Atas faktor dia marah disebabkan cousin aku pusingkan orang mengaji. Pelik kan? Tapi memang benar... Tak semua surah boleh di pusingkan
ketika perjalanan jauh sebab tu orang boleh eksiden tiba2 sebab perkara ni lah.. "Benda" tu marah, menyebabkan dia mengamok tu yang kereta cousin aku terbalik, berguling..

Ambulans datang tapi dorang tak buat apa-apa kecuali pandang saje.. Dorang dah anggap cousin aku tu dah tak bernyawa tapi abang cousin aku tu datang-datang je terus selamatkan adik dia tu. Tawakal saje ke atas Allah yang Maha Berkuasa.. Dengan kaki tersepit, muka dah berdarah-darah, tak boleh bernafas lagi disebabkan tersekat darah beku di tekaknya... Dia tetap nak selamatkan adik dia tu. Akhirnya dapat di keluarkan, segera dia bawa ke hospital.

Ketika di hospital, emak dan kakak dan abangnya menunggu di ruang operation. Setelah sedar dia mencari emaknya memberi khabar yang abahnya datang untuk 'mengambilnya' pergi. Jika terlambat dalam beberapa saat mungkin cousin aku tu dah tak ada lagi. Selamat abangnya datang awal. Itu menunjukkan cousin aku tu panjang umur lagi. Sekarang ni terlantar di rumah setelah selesai operation yang menelan berbelas ribu ringgit! Aku pun tak mampu.. Sayangkan adik, abang sanggup buat apa saja.. Alhamdulillah..

Moral disini adalah, berhati-hati ketika memandu di jalan raya. Terutama di lebuh raya, kerana lebuh raya biasanya berlaku kejadian tak diduga.. Sebelum bergerak keluar, pastikan baca surah yang patut.. InsyaAllah selamat sampai.

p/s: tak mampu nak tunjuk gambar. Seram sangat. Menakutkan.. Kalau aku dah ready nak tunjukkan. Aku upload next time..


Photobucket

No comments: