09 June, 2011

Nak ke tak nak ni.... hah!

Assalammualaikum...

Yuhuuu... Halluuu... Haa.. Dah jawab salam tu ke belum? Tak jawab dosa.. He He he... Tak ada maknanya dosa. Mana datang hukum tu dalam Al-Quran? Ni bukan aku saje taip taw. Ni aku ada dengar seorang ustaz bagi tau..

Haa.. hari ni kurang sikit entry aku kan kan.. Haish.. busy punya pasal katekan.. Sampai ada geng aku ni kata aku ni sebuk bagaikan Perdana Menteri. Ceh! bakal le tu... he he he... ada hati pulak nak jadi Perdana Menteri. Apa salahnya berangan, nak jadi kenyataan jauh sekali. So, berangan jela boleh. Tak ada siapa-siapa pun boleh halang.. Ada ke orang nak berangan tiba-tiba dia amek pemadam, dia padam idea orang tu.. Ceh! giler lah kalau boleh.. Tu karut tu.. macam cerita kartun.

Aku ni nak cakap busy sangat tu, tak ada laa.. Sikit tu ada laa.. Masih boleh di kawal lagi, cuma tak ada masa nak berblogging. Nak blogwalking pun kurang je hari ni. Kalau tak, seawal pagi lagi aku dah blogwalking dengan hupdate entry. Hari ni aku ada pra-test lesen. Then, duduk je rumah.. mengemas dan basuh baju aku yang bertimbun tak berbasuh.. Dah ke petang baru lah ada masa nak mengadap lappy untuk hupdate entry.

Tadi malam kannn.. aku pegi makan dinner terbaek punya.... bukan date taw! tapi dengan family aku lah... he he he.. Apak (ayah) aku ajak. Dah lama giler aku tak pegi makan kat KFC ni taw. Agak berbulan juga lah.. Sebab aku pun kurang suka juga nak makan fast food ni. Baik makan kat warung biasa je. Banyak dan murah lagi tapi kalau nak pikir murah dengan banyak.. Memang tak merasa lah nak makan fast food tu kan kan..

Hmmm... sampai di sini sahaja lah aku berceloteh hari ni. Aku penat sangat-sangat. Hamba nak masuk beradu dulu. Oke! Esok pagi-pagi lagi nak kena bangun, pegi mane? Haish! Pegi kerja la sayang.. Aku ni kan pekerja. Kena la pergi kerja esok. Nanti kita berblogging lagi ye pagi-pagi.. he he he... ^_______^.v

Photobucket

No comments: