15 June, 2011

Sedar tak sedar...

Assalammualaikum...

Di hening malam ni.. Sebelum aku menutup mata untuk hari ni, izinkan aku memberi tazkirah sedikit buat ingatan kita bersama. Jika berminat boleh lah, baca sampai habis. Kalau tidak, renung-renungkan lah. Aku sebagai insan biasa, dah pelbagai aku tempuhi walaupun masih muda tapi dah macam-macam aku belajar. Harap ia menjadi ikhtibar kepada korang semua dan tauladan. InsyaAllah.

Kalau korang nak tau, kadang-kadang kita tak sedar apa kita buat tu menguris hati orang sekeliling kita. Contohnya, 'tengok orang tu, buruknya pakaian dia tu. Ada hati nak shopping mahal-mahal kat tempat camni'. Sedar tak sedar sebenarnya dia telah menguris hati rakannya. Cakap tu berpada-pada. Tengok la sekeliling kalau ye pun.

Kadang-kadang kita juga tak perasan. Apabila kita kutuk orang tu, tup tup.. Eah,eah.. terjadi lebih teruk dari orang yang kita kutuk tu. Contohnya: "ish.. memalukan agama je, buat benda tak senonoh tu kat khalayak ramai." Sedar tak sedar kadang-kadang berlaku pada diri sendiri. Ingat bukan kita lagi kutuk, tapi nasihat diri sendiri dan berdoa kepada Tuhan agar kita di jauhkan perkara itu semua berlaku kepada kita.

Careless atau pun cuai. Korang jenis yang cuai atau members korang yang jenis cuai. Ni berlaku kalau member korang cuai. Korang selalu tegur dia, jangan buat itu, jangan buat ini. Ingatkan dia itu, ingatkan dia ini. Sedar tak sedar sebenarnya kita pun tergolong orang yang cuai. Ini bukan rekaan tapi kenyataan. Berlaku di sekeliling aku sendiri.

Hmmm... bergitulah sedikit tazkirah aku pada hari ini. Harap membantu korang dan menasihati diri korang selepas bangun tidur. Berdoa kepada Tuhan, moga Dia jauhkan segala keburukan. InsyaAllah... Apa-apa pun berlajar dari kesilapan. Gagal sekali tidak semestinya gagal selamanya.

Photobucket

4 comments:

Khairi Fakhri said...

setuju :)

nrabiatul said...

suka ! setuju ! :)

p/s: tak dapat nak like guna facebook , sebab facebook adda kena hacked :(

Liyana said...

@keyri > haa.. kan kan..

Liyana said...

@Adda > comment pun dah oke. Kene hacked? uish.. bahaya tu. try cari email tu. then, delete or tukar password and email. bahaya. nanti abis semua gambar dia sebarkan bukan2.. ok.